Dodoma, secara rasminya Bandar Dodoma, ialah ibu negara Tanzania dan ibu negeri Kawasan Dodoma dengan jumlah penduduk sebanyak 410956.[1]

Dodoma
Bandar Dodoma
NegaraTanzania
KawasanDodoma
Keluasan
 • Jumlah2,576 km2 (995 batu persegi)
Aras
1,120 m (3,670 ft)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah2,083,588
Zon waktuUTC+3 (UTC+3)

Di tengah negara, bandar ini terletak 453 km ke arah barat dari bekas ibu negaranya Dar es Salaam dan terletak 441 km ke arah selatan dari Arusha, iaitu pusat Masyarakat Afrika Timur. Mengikut jumlah penduduknya, terdapat 199487 orang lelaki dan 211469 orang perempuan. Asalnya sebagai bandar pasar kecil yang dikenali sebagai Idodomya, Dodoma diasaskan pada tahun 1907 oleh pendatang Jerman semasa pembinaan kereta api utama Tanzania. Dodoma mempunyai iklim separuh gersang dan suhu yang agak panas sepanjang tahun. Rumah Parlimen Tanzania terletak di Dodoma. Bandar ini diwakili dalam Liga Premier Tanzania oleh persatuan bola sepak Dodoma FC, yang sebelum ini dikenali sebagai Polisi Dodoma, serta persatuan terawal lain seperti CDA, Waziri Mkuu, Kurugenzi, Mji Mpwapwa dan Dundee. Bandar ini menempatkan Gereja Dodoma, Gereja Anglikan dan Masjid Muammer Gaddafi.

Rujukan sunting

  1. ^ "Country Profile from the official website of Tanzanian government". Dicapai pada 2014-03-01.