Dolla (kadangkala digayakan dalam huruf besar) merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019.[1][2][3] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby dan Angel. Pada 8 April 2024, Dolla mengumumkan bahawa ahli termuda mereka, Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli atas sebab-sebab peribadi.[4] Dolla terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan. Mereka mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka bertajuk "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.[5][6]

DOLLA
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Ahli
Bekas ahli

Sejak itu, Dolla mula mendapat perhatian meluas dalam pelbagai rancangan televisyen dan stesen radio tempatan serta liputan media massa. Bakat tarian dan alunan suara yang bertenaga menjadikan kumpulan ini mendapat perhatian dalam tempoh yang singkat. iDolla, nama bagi fandom kumpulan ini, telah diwujudkan melalui perbincangan mereka bersama peminat dan telah diumumkan ketika Live Fan Meeting yang hanya diadakan di YouTube.[7]

Kerjaya sunting

2019–2020: Penubuhan dan kejayaan awal sunting

Dolla ditubuhkan pada April 2019[8] apabila Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya yang pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. Ketika itu, pihak pengurusan telah meletakkan kriteria yang dicari ialah dengan memiliki bakat menyanyi dan menari.[9][10]

Setelah penubuhan kumpulan itu, yang tidak mempunyai nama pada masa itu, ahli-ahli kumpulan membincangkan apakah nama yang sesuai untuk menamakan kumpulan baru ini dan akhirnya mereka memilih nama "DOLLA" seperti yang disarankan oleh Angel. Semasa pra-kemunculan, mereka sering tampil di acara untuk menerima publisiti dan pengalaman.[11]

Mereka mendapat perhatian penonton yang hadir apabila membuat persembahan yang cukup bertenaga di Final #RapstarEra bertempat di The Bee Republika.[12] Pada 20 Mac 2020, DOLLA melancarkan single sulung mereka "Dolla Make You Wanna" yang diterbitkan oleh komposer dan penerbit rakaman Australia, Bryan B, serta hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.[13] Penampilan mereka juga sering dibandingkan dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink dan kumpulan antarabangsa Little Mix.[14]

Dolla juga merupakan antara 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia menerusi lagu "#jangankeluar", lagu hip hop hasil karya Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia bagi menentang penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal 2020.[15] Kumpulan ini bersama-sama dengan artis-artis Asia Tenggara berkolaborasi menerusi lagu, "HEAL", diterbitkan oleh Star Music, anak syarikat konglomerat media Filipina, ABS-CBN Corporation.[16]

Pada 30 Oktober 2020, Dolla melancarkan single kedua mereka berjudul "Impikan" dan versi bahasa Inggerisnya, "Watch Me Glow".[17][18]

2021–kini: Puncak populariti sunting

Dolla bersama-sama Jannine Weigel, Alvin Chong dan Nicole Lai di bawah Allianz mengeluarkan lagu bertajuk "We Care" pada 15 Januari 2021, iaitu hari lahir ahli kumpulan, Syasya yang ke-20. Lagu ini diterbitkan sebagai penghormatan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan menyampaikan mesej untuk berdiri bersama dan membantu antara satu sama lain.[19] Kumpulan ini kemudian melancarkan lagu Raya pertama mereka, "Raya Raya Raya" pada awal Mei 2021.[20][21]

Dolla juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi telefilem bertajuk Dolla Watch Me Glow arahan Izuan Mokhtar yang disiarkan di Astro Citra pada 22 Mei 2021, yang berdasarkan dari kisah benar kumpulan ini.[22]

Pada 24 September 2021, kumpulan ini melancarkan single ketiga mereka, "Berani".[23][24] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, dan dikeluarkan pada hari pelancaran rasmi single ini.[25][26][27]

Mereka kemudian membuat persembahan di acara amal, Konsert Stay Strong Malaysia yang mana ia berjaya mengumpul RM26,632. Berlangsung pada 30 Oktober 2021, konsert ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk petugas barisan hadapan. Kutipan 100 peratus menerusi sumbangan itu disalurkan untuk membeli bekalan perubatan hospital selain digunakan untuk membantu kakitangan perubatan yang bertungkus-lumus memerangi pandemik COVID-19.[28][29]

Single keempat mereka, "Bad" dikeluarkan pada 11 Februari 2022. Dicipta oleh pemuzik dari Sweden, Ludwig Lindell dan Karl-Oscar 'Cage' Gummesson, lagu ini ditulis dalam dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Muzik video rasminya telah meraih 100,000 tontonan dalam tempoh sejam di YouTube sekaligus menjadi sohor kini selepas pelancaran rasminya.[30][31]

Pada 19 Februari, kumpulan ini mengadakan konsert Dolla Mini Showcase yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya, Selangor. Tiket untuk ke konsert mereka telah habis dijual dalam tempoh 5 minit.[32][33][34][35] Dua hari kemudian, iaitu pada 21 Februari, EP sulung Dolla, Dolla: Mini Album telah dikeluarkan. Album ini telah terjual sebanyak 1,000 unit dalam tempoh 24 jam selepas pelancaran rasminya. Ia turut mengandungi buku foto serta poskad individu setiap anggotanya.[36][37][38]

Kumpulan ini berkolaborasi bersama Hael Husaini menerusi lagu Raya bertajuk "Suara Lebaran Kita" hasil ciptaan Hael bersama Ezra Kong. Dikeluarkan pada April 2022, ia menceritakan tentang perasaan rakyat Malaysia yang mendambakan kemeriahan sambutan Hari Raya bersama keluarga serta saudara-mara sebagaimana sebelum pandemik dan pada tahun ini ia menjadi kenyataan. Muzik videonya diterbitkan bagi mempromosikan single ini dan menampilkan suasana retro dan elemen fantasi.[39][40]

Pada 17 Jun, Dolla melancarkan single kolaborasi bersama Garena Free Fire yang bertajuk "Fight" berserta dengan muzik video rasminya yang menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya. Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang berjalan serentak bersama kempen "Free Fire Untuk Semua Budaya" yang diadakan dari 13 hingga 30 Jun 2022.[41]

Dolla bekerjasama dengan pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menerusi lagu "Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat" yang dilancarkan pada 30 September 2022.[42][43][44] Kemudian, mereka bekerjasama dengan Yonnyboii menerusi lagu "Sudi" yang dikeluarkan pada 1 Disember 2022.

Dolla menjadi satu-satunya kumpulan muzik Malaysia yang diberi penghormatan membuat persembahan di festival muzik Korea Selatan terbesar Asia Tenggara iaitu Seen Festival yang berlangsung pada 28 Januari 2023. Dolla beraksi bersama-sama kumpulan Korea yang lain seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE.[45][46][47]

Pada 17 Februari 2023, Dolla melancarkan single terbaharu mereka, "Look At This" yang dikeluarkan sebagai single kelima mereka.[48][49]

Bakat sunting

Sejak penampilan sulung mereka, Dolla menjadi perhatian meluas dan sohor kini di media sosial terutamanya Twitter selepas beberapa portal hiburan antarabangsa menerbitkan berita mengenai mereka.[50][51]

Dikenali kerana memiliki persamaan dengan kumpulan wanita Korea Selatan, Blackpink dari segi gaya muzik, gerak tarian dan fesyen pilihan,[52][53] mereka berpendirian bahawa telah memiliki "keunikan tersendiri" dan mengakui persamaan dengan Blackpink hanyalah secara kebetulan.[54]

Ada yang membandingkan mereka dengan Blackpink tapi mereka tidak sama malah menghargai peminat yang membandingkan mereka dengan Blackpink, menurut Sabronzo: "Kami tak menghalang orang ramai membuat perbandingan Dolla dengan Blackpink. Malah kami berbangga apabila dibandingkan dengan kumpulan popular bertaraf antarabangsa itu. Ia bagaikan satu penghormatan, malah kami tumpang tuah kumpulan hebat itu".[55]

Pencapaian cemerlang sunting

Pada Mei 2021, Dolla menerima penghargaan daripada Samsung apabila wajah mereka telah diabadikan sebagai lukisan mural yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.[56][57]

Dolla muncul sebagai artis ketiga Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania, yang dipaparkan di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat. Penampilan Dolla ialah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.[58][59][60]

Pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 yang berlangsung pada 13 November 2021, Dolla dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular.[61] Kemenangan ini menjadikan Dolla sebagai artis wanita berkumpulan pertama yang memenangi kategori itu dalam sejarah ABPBH. Menurut mereka: "Dolla sangat bebesar hati sebab dapat peluang untuk menang kategori Artis Baharu Wanita Popular. Kami berasakan semua calon lain dalam kategori ini hebat dan layak untuk menang. Tapi, apabila kami diumumkan pemenang, rasa sangat bersyukur kepada peminat iaitu iDollas yang sudah mengundi setiap hari sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini,".[62]

Pada 26 Februari 2023, Dolla telah memenangi dua anugerah di Gempak Most Wanted Award 2022 iaitu Video Muzik Tergempak dan Lagu Trending Tergempak. Anugerah ini diberikan kepada Dolla hasil daripada undian iDolla bermula 15 Disember 2022 hingga 26 Februari 2023.[63][64]

Ahli kumpulan sunting

Semua ahli kumpulan Dolla berasal dari Kuala Lumpur kecuali Angel yang berasal dari Sarawak. Sabronzo ialah ahli yang paling tua dalam kumpulan ini.

Ahli semasa sunting

Bekas ahli sunting

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
New Classic

Album mini sunting

Tajuk Butiran album
Dolla: Mini Album

Single sunting

Sebagai artis utama sunting

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
MY
RIM
[69] [a]
HotW
"Dolla Make You Wanna" 2020 * Dolla: Mini Album
"Impikan"
"Raya Raya Raya" 2021
"Berani"
"Bad" 2022 1[70] 10[71]
"Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat"
(bersama Naim Daniel)
Single tanpa album
"Sudi"
(bersama Yonnyboii)
"Look At This" 2023
"Damelo"
(menampilkan Hard Lights)
New Classic
"Classic" TBA
"—" menunjukkan rakaman yang tiada dalam carta atau tidak dikeluarkan di wilayah tersebut.
"*" menunjukkan carta yang tidak wujud pada ketika itu.

Lagu-lagu lain sunting

Tajuk Tahun Artis lain
"#jangankeluar"[72] 2020 Yonnyboii, Shila Amzah, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong, Bella Astillah, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju, Kowachee, ASYRFNSIR, Abubakarxli, Siqma, Malik Abdullah
"Heal"[73] Jayda, Jona, Kyla, KZ Tandingan, Lesha, Moira Dela Torre, Xela, Yura Yunita, Rinni Wulandari, Valentina Ploy, Haneri, Haven, Shalma Eliana
"We Care"[74] 2021 Jannine Weigel, Alvin Chong, Nicole Lai
"Suara Lebaran Kita" 2022 Hael Husaini
"Fight" Garena Free Fire

Filemografi sunting

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Dolla Watch Me Glow Diri mereka sendiri Astro Citra Lakonan pertama

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Dapur Panas Diri mereka sendiri TV3 Artis jemputan
2022 I Can See Your Voice Malaysia (musim 5)
2023 Holla Dolla Astro Ria Pengacara

Konsert sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 ERA Digital Muzik Awards 2020 Artis Baru Baek DOLLA Tercalon
Fan Club Paling Ngam iDOLLA Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular DOLLA Menang
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular "Dolla Make You Wanna" Tercalon
2022 Women Of Excellence Awards (WOEA) Best New Artist Of The Year DOLLA Menang
Anugerah MeleTOP Era 2021 Artis Baharu MeleTOP DOLLA Tercalon
BBNU MeleTOP Tercalon
Grup/Duo MeleTOP Tercalon
Artis Top Top MeleTOP (Kumpulan/Duo) Menang
Lagu MeleTOP "Dolla Make You Wanna" Tercalon
2023 Gempak Most Wanted Awards Muzik Video Tergempak "BAD" Menang
Lagu Trending Tergempak Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular DOLLA Menang

Catatan sunting

  1. ^ Carta 10 Teratas Single Domestik Terbaik telah disusun semula menjadi carta lagu Melayu, bermula minggu berakhir 24 Mac 2022.

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (6 April 2020). "Dolla mahu perkasa wanita". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2020.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Oktober 2020). "Cabaran berbeza Dolla". Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2020.
  3. ^ Nor Eryani Yusup (3 November 2020). "Dolla menerjah dunia". Kosmo!. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  4. ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2024-04-08.
  5. ^ Budiey (20 Mac 2020). "Mesej semangat yakin diri wanita dalam Dolla Make You Wanna". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 April 2020.
  6. ^ Najiy Jefri (20 Mac 2020). "Ajak pendengar bergoyang". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2020.
  7. ^ Norhayati Nordin (29 November 2020). "Dolla ada sasaran". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2021.
  8. ^ Najiy Jefri (16 November 2021). "Bertahan selama mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  9. ^ Khai Azfar (20 Oktober 2020). "Digelar Blackpink Malaysia, Dolla dedah sejarah penubuhan kumpulan". Murai.my. Dicapai pada 14 November 2020.
  10. ^ Mohd Haikal Isa (20 Mac 2021). "Selepas setahun debut, Dolla trending dalam Twitter". Kosmo!. Dicapai pada 16 April 2021.
  11. ^ S. Indra Sathiabalan (1 Disember 2020). "The PKP princesses" [Puteri PKP] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  12. ^ Mya Amri (20 Mac 2020). "DOLLA, Berbakat Persis Kumpulan K-pop". Astro Gempak. Dicapai pada 21 April 2020.
  13. ^ "Dolla tekad takluki industri seni, muncul single Dolla Make You Wanna". Kopiplanet. 20 Mac 2020. Dicapai pada 19 April 2020.
  14. ^ Media Hiburan (20 Julai 2020). ""Semoga peminat sudi menyokong" - Dolla optimis mahu kuasai gerak tari How You Like That dari Blackpink". Dicapai pada 21 September 2020.
  15. ^ "Mesej 17 artis". HM Digital. Harian Metro. 20 April 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  16. ^ "All-female Southeast Asian artistes unite for ABS-CBN Music's "Heal" project" [Artis wanita Asia Tenggara bersatu untuk projek "Heal" ABS-CBN Music] (dalam bahasa Inggeris). ABS-CBN Corporation. 3 September 2020. Dicapai pada 22 November 2020.
  17. ^ Norhayati Nordin (4 Oktober 2020). "Dolla dah terbiasa seksi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  18. ^ "Dolla tembusi pasaran antarabangsa". Malaysia Gazette. 31 Oktober 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  19. ^ Fiza Kamarudin (24 Januari 2021). "Perangi pandemik COVID-19, Alvin Chong, Dolla sertai larian secara maya - Fuhhh... Lain macam". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  20. ^ "Dolla muncul dengan Raya Raya Raya". XTRA. 1 Mei 2021. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  21. ^ "Raya Raya Raya bersama Dolla". Utusan Borneo. 11 Jun 2021. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  22. ^ Najiy Jefri (6 Mac 2021). "Dolla semakin memuncak". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  23. ^ Fiza Kamarudin (27 September 2021). "Lain Macam Single Terbaharu Ni... Dolla Memang Berani!". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  24. ^ Norhayati Nordin (23 September 2021). "Dolla tak tuju lagu untuk 'haters'". Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  25. ^ Mohd Haikal Isa (2 Oktober 2021). "Nilai sensasi, berani Dolla". Kosmo!. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  26. ^ Budiey (23 September 2021). "Dolla Lancar Single BERANI, Mahu Industri Animasi Malaysia Terus Berkembang Maju". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  27. ^ Najiy Jefri (14 Oktober 2021). "Dolla bukti wanita berani". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  28. ^ a b Georgie Joseph (31 Oktober 2021). "Konsert amal Dolla dapat kumpul RM26,632". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  29. ^ Callen James Marsh (8 Oktober 2021). "Malaysian girl group Dolla's virtual concert to raise money for medical frontliners" [Konsert maya kumpulan gadis Malaysia Dolla mengumpul wang untuk barisan hadapan perubatan] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 29 November 2021.
  30. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (15 Februari 2022). "Single Bad 'trending' nombor satu". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  31. ^ "Lagu Bad serlah sisi matang Dolla". Majoriti. 15 Februari 2022. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  32. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (31 Januari 2022). "Lima minit tiket 'showcase' Dolla licin". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  33. ^ Tahir Alhamzah (31 Januari 2022). "#Showbiz: Dolla Mini Showcase tickets sell out in 5 minutes" [#Hiburan: Tiket Dolla Mini Showcase habis dijual dalam tempoh 5 minit] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  34. ^ Aqmar Mustaza (31 Januari 2022). "Laku keras, tiket Dolla Mini Showcase habis dijual dalam masa lima minit". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  35. ^ Najiy Jefri (19 Februari 2022). "Air mata gembira, terharu Dolla!". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  36. ^ "Album Dolla laku keras, 24 jam habis dijual". Majoriti. 24 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  37. ^ Phic Arman (22 Februari 2022). ""Kami Sendiri Memang Tak Sangka"- DOLLA: Mini Album Habis Terjual Dalam Masa 24 Jam?". Murai.my. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  38. ^ "Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam". XTRA. 22 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  39. ^ Wawann Mohd (26 April 2022). "Suara Lebaran Kita satukan Dolla, Hael Husaini". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  40. ^ Padin (17 April 2022). "Kolaborasi Hael Husaini & DOLLA Dalam Suara Lebaran Kita". XTRA. Dicapai pada 23 Jun 2022.
  41. ^ "Video muzik Fight tampil kolaborasi Free Fire x DOLLA". Majoriti. 16 Jun 2022. Dicapai pada 23 Jun 2022.
  42. ^ Rubini Nagarajah (2 Oktober 2022). "'Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat', Luahan Kesedihan Naim Daniel". Getaran. Dicapai pada 1 Mei 2023.
  43. ^ Nur Emira Saizali (18 Oktober 2022). "Lagu paling sedih, panjang Naim, Dolla". Kosmo!. Dicapai pada 1 Mei 2023.
  44. ^ Sudirman Mohd Tahir (7 Oktober 2022). "Gila-gila tapi baik". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2023.
  45. ^ "Dolla teruja kongsi pentas dengan barisan artis K-pop di Seen Festival, esok!". Utusan TV. 27 Januari 2023. Dicapai pada 1 Mei 2023.
  46. ^ Wafa Awla (11 Mac 2023). "Dolla tunjuk taring". Getaran. Dicapai pada 1 Mei 2023.
  47. ^ Dennis Chua (28 Januari 2023). "#Showbiz: Dolla holds its own at K-Pop Seen Festival" [#Hiburan: Dolla beraksi di K-Pop Seen Festival] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 1 Mei 2023.
  48. ^ Shahrin Zulkifle (20 Februari 2023). "Tampilkan Sisi Hip Hop, Dolla Mahu Peminat 'Look At This'". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Februari 2023.
  49. ^ Maszuhaira Sarimin (18 Februari 2023). "Dolla guna khidmat penulis Sweden, kembali dengan single rancak 'Look At This'". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2023.
  50. ^ Qarami Hashim (27 Oktober 2020). "Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - "Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara". mStar Online. Dicapai pada 30 November 2020.
  51. ^ "This is the indomitable rise of Malaysian Pop" [Inilah kebangkitan mendadak Pop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Men's Folio. 1 Jun 2021. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  52. ^ Norhayati Nordin (22 Oktober 2020). "Bukan jelmaan Blackpink". Harian Metro. Dicapai pada 25 November 2020.
  53. ^ "Dolla 'Blackpink Malaysia'". Berita Harian Singapura. 17 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  54. ^ "Similarities with K-pop's Blackpink are a 'coincidence': Malaysian girl group Dolla" [Persamaan dengan kumpulan K-pop Blackpink hanyalah secara 'kebetulan' sahaja: Kumpulan gadis Malaysia Dolla]. CNA Lifestyle (dalam bahasa Inggeris). CNA. 24 Oktober 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  55. ^ Farhana Ab Rahman (13 November 2020). "Dolla tumpang tuah Blackpink". Berita Harian. Dicapai pada 14 November 2020.
  56. ^ Farihad Shalla Mahmud (10 Mei 2021). "Dolla diancam bunuh?". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  57. ^ "Fuh! Lit betul dinding grafiti Dolla oleh Samsung sempena..." Remaja. 3 Mei 2021. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  58. ^ Zaidi Mohamad (23 September 2021). "Giliran Dolla 'hiasi' Times Square". Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  59. ^ Gordon Kho (22 September 2021). "Malaysian girl group Dolla featured on Times Square billboard in New York" [Kumpulan gadis Malaysia Dolla dipaparkan di papan iklan Times Square di New York] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 29 November 2021.
  60. ^ John Tan (21 Oktober 2021). "Breaking barriers" [Memecahkan tembok penghalang] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 19 Mei 2022.
  61. ^ Fatin Farhana Ariffin (17 November 2021). "Dolla singkirkan rasa cemburu". Berita Harian. Dicapai pada 29 November 2021.
  62. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 November 2021). "Dolla memang layak". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  63. ^ Budiey (8 Mac 2023). "Lepas Lancar LAT, Dolla Menang di Anugerah Gempak Most Wanted 2022". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2023.
  64. ^ FZ (15 Disember 2022). "Dolla, 'Casablanca', 'Melur Untuk Firdaus' & Chombi Antara Calon 'Top 5' Anugerah Gempak Most Wanted 2022". Remaja. Dicapai pada 13 April 2023.
  65. ^ a b c d "Dolla members profile and facts" [Profil dan fakta ahli kumpulan Dolla] (dalam bahasa Inggeris). KProfiles. 30 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  66. ^ Zaara Talita (23 Februari 2022). "Sabronzo Dolla dah lali kecaman seksi dari netizen". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  67. ^ Mark Mathen Victor (9 Januari 2021). "A star from the start" [Sebutir bintang dari permulaan] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 25 Januari 2021.
  68. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (8 Februari 2022). "Syasya enggan tumpang nama nenek". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  69. ^ Kedudukan tertinggi carta dalam 10 Teratas RIM bagi lagu Melayu yang paling banyak distrim di Malaysia:
  70. ^ "Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia" [10 Teratas Single Domestik Paling Distrim Di Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2022.
  71. ^ Michael Cusson (15 Februari 2022). "Malaysia Songs" [Lagu Malaysia]. Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-18.
  72. ^ Universal Music Malaysia (24 April 2020). "#JANGANKELUAR delivers important message - PR Newswire APAC". en.prnasia.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  73. ^ Singh, Surej (2020-09-11). "Kyla, Haneri, Valentina Ploy among 14 Southeast Asian singers on charity single, 'Heal'". NME (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  74. ^ Alhamzah, Tahir (21 Januari 2021). "#Showbiz: Universal Music, Allianz Malaysia collaborate to bring song of hope". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2023.

Pautan luar sunting