Dora the Explorer adalah serial animasi televisi anak-anak pendidikan dari Amerika Syarikat-Kanada saluran Televisyen kabel Nickelodeon dan Treehouse TV. Episode percubaan disiarkan pada tahun 1999 dan menjadi siri tetap mulai tahun 2000. Siri ini dibuat oleh Chris Gifford, Valerie Walsh, Eric Weiner, Douglas Hansen, Mike Young, Steven Comeau, Jamie Piekarz, and Kay Wilson Stallings.

Dora the Explorer
Dari kiri ke kanan: Swiper (di latar belakang), Dora, dan Boots
GenrePengembaraan
PenciptaChris Gifford
Valerie Walsh Valdes
Eric Weiner
PengarahGeorge S. Chialtas
Gary Conrad
Henry Lenardin-Madden
Sherie Pollack
Arnie Wong
Pelakon suara
  • Caitlin Sanchez
  • Kathleen Herles
  • Fátima Ptacek
  • Harrison Chad
  • Regan Mizrahi
  • Koda Gursoy
  • Marc Weiner
  • Alexandria Suarez
Penggubah lagu tema
  • Joshua Sitron
  • Billy Straus
Lagu pembukaanDora the Explorer Theme
Lagu penutupvarious closing themes
Negara asal Amerika Syarikat
 Kanada
Bahasa
  • Inggris
  • Spanyol
  • Perancis
Bilangan musim9
Bilangan episod178
Penerbitan
Penerbit eksekutifChris Gifford
Mike Young
Douglas Hansen
Steven Comeau
Jamie Mitchell
Kay Wilson Stallings
PenerbitValerie Walsh Valdes
Penyunting
  • Gayle McIntyre
  • Karyn Finley Powell
  • David Wigforss
Tempoh siaran22 minit , 45 minit (istimewa)
Syarikat penerbitan
Mike Young Productions
Big Bang Digital Studios
Collideascope
Treehouse TV Original Production
Nick Jr. Original Production
Syarikat pengedaran
Viacom Media Networks
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon (U.S.)
Treehouse TV (Canada)
Format gambar
Siaran asal19 Ogos 2000 (2000-08-19) – 10 Ogos 2019 (2019-08-10)
Kronologi
Diikuti olehDora and Friends: Into the City!
Pinky Dinky Doo
Rancangan berkaitan
Go, Diego, Go!
Wow! Wow! Wubbzy!
Pautan luar
Laman sesawang

Siri ini dihasilkan oleh Mike Young Productions, Big Bang Digital Studios, Collideascope, Treehouse TV Original Production, dan Nick Jr. Original Production. Dora Explorer adalah salah satu animasi paling lama yang disiarkan di siaran Nick Jr. dan Treehouse TV Pada musim keenam, animasi ni menjadi siri Nick Jr dan Treehouse TV dengan episod paling banyak, melepasi Blue's Clues dengan 143 episod. Rancangan ini berakhir pada 10 Ogos 2019 selepas 9 musim dan 178 episod.

Adaptasi filem, Dora and the Lost City of Gold dijadualkan dikeluarkan pada 10 Ogos 2019.

Watak dan latar sunting

Dora, watak utama siri ini, adalah seorang gadis kecil yang baik hati dan senang menjelajah. Ia selalu ditemani oleh Boots, seekor monyet. Mereka berdua menjelajah untuk membantu seorang teman atau mencari sesuatu yang mereka perlukan. Arah penjelajahan mereka biasanya dibimbing oleh peta yang saat tidak digunakan tersimpan dalam beg milik Dora. Selain peta, di dalam beg Dora juga terdapat pelbagai benda yang diperlukan dalam penjelajahan mereka. Sepanjang perjalanan mereka akan dibantu oleh beberapa teman yang akan membantu, seperti keluarga dan saudara Dora, juga binatang-binatang, tumbuhan, atau benda yang boleh bercakap lainnya. Satu-satunya yang sering menyekat perjalanan mereka adalah Swiper, seekor musang. Ia suka mencuri barang-barang yang diperlukan dalam perjalanan.

Dalam penjelajahannya, Dora banyak mengajak penonton untuk "turut" membantunya, seperti mengajak anak-anak yang menjadi penontonnya untuk menjawab pertanyaan Dora, membantu mengira, memilih jalan atau benda yang mereka perlukan daripada beberapa alternatif pilihan, mencari benda yang tersembunyi, atau memperingatkan bila Swiper mendekat. Penyertaan disambung dengan munculnya anak panah menyerupai penunjuk tetikus dalam komputer, sehingga penonton seolah-olah boleh melakukan pilihan atau menunjuk sesuatu.

Pada akhir perjalanan, ketika tujuan mereka sudah tercapai, Dora biasanya merayakan kejayaannya dengan menyanyikan lagu kejayaaan. Dora pun akan bertanya pada penonton bahagian mana daripada perjalanannya yang paling disukai.

Episod sunting

Gambaran keseluruhan siri sunting

Musim Episod Tarikh siaran asal (Amerika Syarikat) dan (Kanada)
Pertama Terakhir
1 26 19 Ogos 2000 (2000-08-19) 20 Oktober 2001 (2001-10-20)
2 27 16 Mac 2002 (2002-03-16) 19 Julai 2003 (2003-07-19)
3 23 30 Ogos 2003 (2003-08-30) 24 April 2004 (2004-04-24)
4 24 25 September 2004 (2004-09-25) 10 November 2007 (2007-11-10)
5 21 13 September 2008 (2008-09-13) 21 Ogos 2010 (2010-08-21)
6 18 6 November 2010 (2010-11-06) 4 Februari 2012 (2012-02-04)
7 18 7 April 2012 (2012-04-07) 19 Januari 2013 (2013-01-19)
8 20 23 Mac 2013 (2013-03-23) 10 Ogos 2019 (2019-08-10)


Penyiaran di televisyen sunting

Dora the Explorer sangat berjaya sehingga sudah menghasilkan $1 juta hanya dalam penjualan tahun 2004 saja.

Di saluran televisyen Malaysia siri ini disiarkan dalam Versi Bahasa Melayu di TV9. Dalam beberapa episodnya, untuk versi bahasa Melayu dimasukkan beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris, sehingga siri ini sering dijadikan bahan untuk mempelajari bahasa tersebut.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Templat:Treehouse TV