Dunkin' Donuts ialah sebuah pembekal donat antarabangsa yang diasaskan oleh William Rosenberg pada tahun 1950 di Quincy, Massachusetts. Syarikat ini mendakwa bahawa Dunkin' Donuts ialah "rangkaian kopi dan makanan bakar yang terbesar di dunia", dengan dua juta orang pelanggan yang mengunjungi 6,200 buah restorannya di seluruh dunia setiap hari.[1]. Kebanyakan restorannya adalah perniagaan francais.[2][3]

Dunkin'
Nama dahuluDunkin' Donuts (1950–2018)
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
Industri
Ditubuhkan1950; 74 tahun yang lalu (1950) di Quincy, Massachusetts, AS
PengasasWilliam Rosenberg
Ibu pejabatCanton, Massachusetts, AS
Bilangan lokasi
  • 11,000 jumlah
  • 9,200 di AS
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • David Hoffmann (CEO dan presiden)
  • Nigel Travis (pengerusi eksekutif)
Keluaran
  • Makanan yang dipanggang
  • minuman panas
  • minuman ais
  • minuman beku
  • sandwic
  • minuman ringan
Hasil US$828.9 juta[1] (2016)
PemilikDunkin' Brands, Inspire Brands Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukDunkin' Brands
Tapak webhttp://www.dunkindonuts.com.my/
Facebook: DunkinUS Twitter: dunkindonuts Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Logo sebagai Dunkin' Donuts
Logo lama sebagai Dunkin'

Sejarah sunting

Pada tahun 1946, William Rosenberg mengasaskan "Perkhidmatan Makan Tengah Hari Perindustrian" ("Industrial Luncheon Services") untuk menghantar hidangan dan "snek waktu minum" kepada pelanggan-pelanggannya di luar kawasan Boston, Massachusetts. Perniagaannya mencapai kejayaan dan Rosenberg kemudian membuka kedai kopi dan donatnya yang sulung, digelarkan "Cerek Terbuka" ("The Open Kettle").

Pada tahun 1950, Rosenberg membuka kedai "Dunkin' Donuts" yang pertama di 543 Southern Artery, Quincy, Massachusetts. Kedai itu masih beroperasi pada hari ini. Grant Benson ialah Naib Presiden terkini untuk "Kemajuan Timur Dunkin Donuts" (Dunkin' Donuts Eastern Development) dan bertugas dari ibu pejabat sejagatnya di Randolph, Massachusetts.

Dunkin' Donuts, bersama-sama dengan Togo's dan Baskin-Robbins, dimiliki oleh Dunkin' Brands Inc. (dahulu dinamakan "Restoran-restoran Perkhidmatan Segera Allied Domecq" ("Allied Domecq Quick Service Restaurants") yang merupakan sebahagian syarikat Allied Domecq). Dunkin' Brands pula dimiliki oleh syarikat minuman Perancis, Pernod Ricard S.A. selepas syarikat itu membeli Allied Domecq, tetapi mereka mencapai persetujuan pada Disember 2005 untuk menjual jenama itu dengan harga AS$2.4 bilion kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada tiga buah syarikat ekuiti swasta, iaitu Rakan-rakan Bain Capital, Kumpulan Carlyle dan Rakan-rakan Thomas H. Lee. Urus niaga penjualan itu disiapkan pada suku tahun pertama 2006.

Operasi perniagaan sunting

Di Amerika Syarikat, Dunkin' Donuts sering dipasangkan dengan kedai-kedai sandwic Togo's dan kedai-kedai ais krim Baskin-Robbins. Kebanyakan daripada pesaingan perniagaannya datang daripada kedai-kedai pemilikan tempatan yang kecil, donat Krispy Kreme, dan Southern Maid. Di Kanada dan sebilangan bahagian kawasan Great Lakes di Amerika Syarikat, Tim Hortons merupakan pesaingnya yang utama. Mister Donut merupakan pesaingnya yang terbesar di Amerika Syarikat sebelum diambil alih oleh syarikat induk Dunkin' Donuts, dan kedai-kedai Mister Donut dijenamakan semula sebagai Dunkin' Donuts.

Di wilayah Quebec, Kanada, kesemua operasi Dunkin' Donuts dikuasai oleh Alimentation Couche-Tard.

Biasanya, setiap kedai Dunkin' Donuts akan mempunyai rasa-rasa Kek Ringkas (Plain), Kek Jeli Terisi Penuh (Jelly-Filled), Kek Sadur Coklat (Chocolate Glazed), Kek Kulit Kayu Manis (Cinnamon), Kek Serbuk (Powdered), dan Kek Sadur (Glazed). Sebilangan kedai-kedai juga mempunyai jenis Kek Krim Menabur (Sprinkled Kreme) atau Bavaria. Pada tahun 1972, Dunkin' Donuts bermula menjual Munchkins, iaitu bebola yang diperbuat daripada lubang donat, dalam kotak 25 biji atau 50 biji. Nama "Munchkins" mungkin berasal daripada nama watak-watak kerdil yang ditonjolkan dalam filem klasik 1939, "Lelaki Sihir Dari Oz" ("The Wizard of Oz). Rangkaian Dunkin' Donat menjual melebihi 700 juta biji Munchkins pada tahun 2001.

Pada tahun 1996, reputasi Dunkin' Donuts hampir terjejas di kawasan Cape Cod Bawah (di Eastham), Massachusetts, Amerika Syarikat Timur Laut, sewaktu syarikat itu menjadi rangkaian restoran yang sulung untuk beroperasi di sana sejak Dairy Queen, sebuah rangkaian makanan segera antarbangsa tertutup di Provincetown, Massachusetts pada tahun 1983. Dunkin' Donuts menghadapi tentangan tempatan yang hebat terhadap pembukaannya. Sejak masa itu, rangkaian sandwic Subway dan Uno Chicago Grill (kini telah tutup) telah membuka di kawasan itu.

Dunkin' Donuts mempunyai perhubungan yang rapat dengan dua pasukan sukan profesional di kawasan Boston: Boston Red Sox dan New England Patriots. Dunkin' Donuts membuat iklan-iklan yang baru pada permulaan setiap musim pasukan sebagai salah satu daripada usaha promosinya.

Kempen Dunkin' Donuts, "Adalah Berbaloi Untuk Mengunjungi" (""It's Worth the Trip"), yang menonjolkan "Fred Si Pembuat Roti" dengan mata mengantuk, serta rangkai kata penariknya, "Masa untuk membuat donat", memenangi anugerah daripada "Biro Pengiklanan Televisyen" ("Television Bureau of Advertising") sebagai salah satu daripada lima buah iklan televisyen yang terbaik pada dekad 1980-an. Fred Si Pembuat Roti dibintangi oleh pelakon Michael Vale selama melebihi 15 tahun sehingga persaraannya pada tahun 1997. Vale mati daripada komplikasi penyakit kencing manis pada 24 Disember 2005 sewaktu berumur 83 di New York City.

Kini, Dunkin' Donuts telah menjadi sebahagian kebudayaan pop di Amerika Syarikat. Biasanya, jika sesuatu watak dalam sitcom televisyen Amerika Syarikat memegang sebuah kotak donat, kotak itu akan menonjolkan logo generik yang hampir serupa dengan logo Dunkin' Donuts kerana logo itu akan dikenali dengan serentak sebagai "sekotak donat" Dunkin' Donuts juga telah menjadi rujukan utama dalam kebudayaan pop, khususnya di tempat asalnya, iaitu Amerika Syarikat Timur Laut, serta di Kanada Timur. Rujukan televisyen dan filem termasuk filem-filem MacKenzie bersaudara, "Bru Aneh" ("Strange Brew"), "Teenage Mutant Ninja Turtles II: Rahsia Ooz", dan komedi Chris Farley, "Budak Tommy" (Tommy Boy).

Dunkin' Donuts di Malaysia sunting

  Malaysia sunting

  Johor sunting

  Kelantan sunting

  Kuala Lumpur sunting

(22 Cawangan) [6]

  Putrajaya sunting

  Melaka sunting

  Negeri Sembilan sunting

  Pahang sunting

  Negeri Perak sunting

  Pulau Pinang sunting

  Sabah sunting

  Sarawak sunting

  Selangor sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "DunkinBrands.com". Dunkin' Brand Group Form 10-K. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2019-03-11.
  2. ^ "William Rosenberg, 86, Founder of Dunkin' Donuts". The New York Times. 2002-09-23. Dicapai pada 2013-10-05.
  3. ^ "Company Snapshot".
  4. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  5. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  6. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  7. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  8. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  9. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  10. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  11. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  12. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  13. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  14. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  15. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  16. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  17. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  18. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  19. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  20. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  21. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  22. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  23. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  24. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  25. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  26. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  27. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  28. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  29. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  30. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  31. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html
  32. ^ http://www.dunkindonuts.com.my/stores.html

Pautan luar sunting