E pepet (/ˈpəpət/, bahasa Inggeris: schwa serapan Ibrani: שְׁוָא, rumi: shva) adalah sebuah istilah yang menandakan suara vokal pusat tengah pada gambar rajah vokal diaturkan Abjad Fonetik Antarabangsa diwakili suatu huruf e yang diterbalikkan atau /ə/. Bunyinya adalah seperti 'e' pada kata besar, keras, dan tetap.

E pepet
ə
Nombor AFA322
Lihat juga vokal pusat tengah
Pengekodan
Entiti (perpuluhan)ə
Unikod (heks)U+0259
Sampel audio
noicon

Sebutan ini tidak ditunjukkan langsung dalam tulisan Jawi. Penandaan dalam abjad Rumi atau Latin yang dibezakan daripada e taling pula bergantung mengikut kamus:

Penggunaan dalam bahasa Melayu sunting

Penggunaan dalam dialek baku sunting

Bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia mewakilkan bunyi ə dengan huruf E tanpa sebarang tanda.

Penggunaan dalam dialek lain sunting

Dalam dialek tuturan Riau, Johor, Pahang, dan Selangor, penggunaan ə dapat digunakan untuk huruf e dan a, walaupun secara penampilan mirip dengan huruf a. Penggunaan fonem selain ə pada a dalam bahasa Melayu adalah a.

Rujukan sunting

  1. ^ "pepet". Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kemendikbud. KBBI Daring. Dicapai pada 14 November 2020.
  2. ^ Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011