Easy A (diolah sebagai easy A) ialah filem komedi remaja Amerika Syarikat 2010 ditulis oleh Bert V. Royal, diarahkan oleh Will Gluck dan dibintangi Emma Stone. Lakon layar sebahagiannya diilhamkan dari novel The Scarlet Letter oleh Nathaniel Hawthorne. Menjalani penggambaran di Screen Gems dan di Ojai, California, filem ini ditayangkan pada September 17, 2010 dan menerima ulasan positif.

Easy A
PengarahWill Gluck
PenulisBert V. Royal
Dihasilkan oleh
  • Zanne Devine
  • Will Gluck
Dibintangi
SinematografiMichael Grady
Disunting olehSusan Littenberg
Muzik olehVangelis
Syarikat
penerbitan
Olive Bridge Entertainment
Diedarkan olehScreen Gems
Tarikh tayangan
  • 11 September 2010 (2010-09-11) (TIFF)
  • 17 September 2010 (2010-09-17) (United States)
Masa tayangan
92 minutes[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$8 juta[2]
Pecah panggung$75 juta[3]

Plot sunting

Pelajar sekolah tinggi, Olive Penderghast (Emma Stone) mendapati dirinya menjadi mangsa "kilang khabar angin" sekolahnya apabila dia menipu kepada kawan baiknya Rhiannon (Alyson Michalka) tentang pertemuan hujung minggu dengan seorang pelajar tahun pertama kolej. Khabar angin dengan segera merebak tentang pergaulan Olive tetapi dia mengalu-alukan perhatian. Apabila dia bersetuju untuk membantu kawannya yang dibuli dengan berpura-pura tidur dengan dia, imejnya dengat cepat bertukar kepada lebih berahi dan dunianya mula menjadi tidak terkawal. Semasa dia terus membantu lebih ramai rakan kelasnya dan penipuannya terus meningkat, Olive mesti mencari jalan untuk menyelamatkan maruahynay sebelum fanantik agama sekolah, Marianne (Amanda Bynes) berjaya membuatkannya dibuang sekolah dan dia kehilangan peluang untuk mencapai kebahagiaan sendiri.

Pelakon sunting

Produksi sunting

Pembangunan sunting

Penulis skrin, Bert V. Royal mendakwa telah menulis keseluruhan lakon skrin kecuali sepuluh muka surat terakhir dalam masa lima hari.[4] Rancangan Royal adalah untuk mengadaptasi tiga kerja klasik ke dalam filem-filem yang berlaku di sekolah tinggi yang sama supaya sesetengah watak akan muncul dalam lebih daripada satu filem. Selaon The Scarlet Letter yang merupakan bahan sumber untuk Easy A, Royal mahu mengadaptasi Cyrano de Bergerac dan The Mystery of Edwin Drood.[4] Lagu Natasha Bedingfield, "Pocketful of Sunshine", yang menjadi lagu jenaka dalam filem ini tidak berada dalam skrip asal Royal. Menurut Royal, walaupun perkataan "fuck" muncul 47 kali dalam draf asal, yang ditulis sebagai komedi rated-r, kesemuanya telah dipotong daripada filem terakhir. Walau bagaimanapun, pengarah Will Gluck membuat pengambaran dua versi untuk banyak adegan, kedua-duanya dengan dan tanpa bahasa lebih kasar.[4] Walaupun filem itu telah dipotong untuk penonton yang lebih luas, filem ini masih mendapat rating 15 di United Kingdom.[5]

Pengambaran sunting

Keseluruhan filem menjalani pengambaran di Ojai, California. Sekolah "Ojai North High School" di dalam filem adalah Nordhoff High School, juga terletak di Ojai, California.

Tayangan sunting

 
Emma Stone dan Penn Badgley semasa pembukaan filem itu di Toronto.

Easy A telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010.[6]

Media rumah sunting

Easy A dikeluarkan secara DVD dan Blu-ray Disc pada Disember 21, 2010.[7]

Penerimaan sunting

Box office sunting

Filem ini ditayangkan pada September 17, 2010 dan mengutip $6,787,163 semasa hari pembukaan dan $17,734,040 semasa minggu pembukaan.[2] Filem ini mengutip keseluruhan $58,401,464 di Amerika Syarikat dan Kanada serta $16,550,841 di pasaran antarabangsa dengan jumlah keseluruhan $74,952,305.[3]

Respons kritikal sunting

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik debfab ramai yang memuji lakonan Stone. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 85% berdasarkan 175 ulasan debgan purata skor 7.1/10.[8] Metacritic memberi filem ini skor 72% berdasarkan 34 ulasan daripada pengkritik.[9] Dalam ulasanny, pengkritik filem Chicago Sun-Times, Roger Ebert memberi filem ini tiga setengah daripada empat bintang.[10] Richard Corliss dari majalah Time menamakan lakonan Emma Stone sebagai salah satu daripada 10 Teratas Lakonan Dalam Filem tahun 2010.[11]

Anugerah sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Golden Globe ke-68 Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi Emma Stone Tercalon
Casting Society of America[12] Anugerah Artios untuk Pencapaian Cemerlang dalam Pemilihan Pelakon - Ciri-ciri - Studio atau Komedi bebas Lisa Miller Katz Tercalon
Anugerah Komedi Pelakon Komedi Wanita Terbaik Emma Stone Tercalon
Anugerah Komedi Pengarah Komedi Terbaik Will Gluck Tercalon
Anugerah Komedi Filem Komedi Terbaik Tercalon
People's Choice Award Filem Komedi Terbaik Tercalon
Broadcast Film Critics Association Awards Filem Komedi Terbaik Menang
Anugerah Filem MTV Lakonan Wanita Terbaik[13] Emma Stone Tercalon
Anugerah Filem MTV Lakonan Komedi Terbaik[14] Emma Stone Menang
Anugerah Filem MTV Line Terbaik daripada Filem[15] Emma Stone dan Amanda Bynes Tercalon
Teen Choice Awards Filem Pilihan: Romantik Komedi Menang
Teen Choice Awards Pelakon Lelaki Filem Pilihan: Romantik Komedi Penn Badgley Tercalon
Teen Choice Awards Pelakon Wanita Filem Pilihan: Romantik Komedi Emma Stone Menang
Teen Choice Awards Filem Pilihan: Babak Wanita Tumpuan Aly Michalka Tercalon
Anugerah A.C.E. Suntingan Terbaik, Komedi Susan Littenberg Tercalon

Muzik sunting

Runut bunyi dikeluarkan oleh Madison Gate Records pada September 14, 2010 dan boleh didapati melalui iTunes. Ia mempunyai trek daripada Jessie J, Lenka, Natasha Bedingfield, Kardinal Offishall dan Cary Brothers. Lagu-lagu lain dalam filem tetapi tiada dalam album runut bunyi adalah dari OneRepublic, The Dollyrots, Death Cab for Cutie dan The Pussycat Dolls.[16]

Easy A (Original Motion Picture Soundtrack)
 
Runut bunyi oleh
Pelbagai Artis
Dilancarkan padaSeptember 14, 2010
TempatAmerika Syarikat  
GenrePop, hip hop, rock, punk rock, new wave
Panjang92:00  
BahasaBahasa Inggeris  
SyarikatMadison Gate Records
PengedarScreen Gems, InterCom (en)   dan Netflix  
PengarahWill Gluck (en)    
PenerbitWill Gluck (en)    
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini
No.TajukGubahanMasa
1."Change of Seasons"Sweet Thing3:46
2."Bad Before Good"Day One3:50
3."Trouble Is a Friend"Lenka3:37
4."If You Were Here"Cary Brothers3:49
5."15 Minutes"The Yeah You's3:30
6."Cupid Shoot Me"Remi Nicole3:43
7."Satellite"Kram3:06
8."Don't You (Forget About Me)"AM4:23
9."We Go Together"I Heart Homework3:17
10."Numba 1 (Tide Is High)"Kardinal Offishall3:42
11."Perfect Picture"Carlos Bertonatti3:06
12."The Wolf"Miniature Tigers2:35
13."Sexy Silk"Jessie J2:43
14."When Life Gives Me Lemons I Make Lemonade"The Boy Least Likely To3:42
15."Pocketful of Sunshine"Natasha Bedingfield3:24
16."Don't You (Forget About Me)"Simple Minds4:23


Rujukan sunting

  1. ^ "EASY A (15)". British Board of Film Classification. August 12, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada November 22, 2014.
  2. ^ a b Fritz, Ben (2010-09-16). "Movie projector: 'Easy A' expected to lead 'The Town,' 'Devil,' 'Alpha and Omega'". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada 2010-09-16.
  3. ^ a b "Easy A (2010)". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada January 27, 2011.
  4. ^ a b c "Bert V. Royal Interview with Creative Screenwriting Magazine Podcast, Sept. 14, 2010". Creativescreenwritingmagazine.blogspot.com. Dicapai pada 2011-10-04.
  5. ^ "EASY A rated 15 by the BBFC". Bbfc.co.uk. 2010-08-12. Dicapai pada 2011-10-04.
  6. ^ Corliss, Richard (2010-09-17). "Easy A: We ♥ Emma Stone". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-24. Dicapai pada 2015-09-30.
  7. ^ "'Easy A' DVD Release Date Announced". BuzzFocus. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-12. Dicapai pada 2010-11-23.
  8. ^ "Easy A Film Reviews at rottentomatoes.com". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada October 15, 2010.
  9. ^ "Easy A Film Reviews at Metacritic.com". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada October 9, 2010.
  10. ^ Roger Ebert (September 15, 2010). "Review: "Easy A"". Chicago Sun-Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-10. Dicapai pada 2021-09-26.
  11. ^ Corliss, Richard (December 9, 2010). "The Top 10 Everything of 2010 - Emma Stone as Olive in Easy A". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-20. Dicapai pada December 13, 2011.
  12. ^ "2011 Artios Award Nominations for Outstanding Achievement in Casting". Casting Society of America. 2011. Dicapai pada January 7, 2012.
  13. ^ "Best Female Performance". MTV Movie Awards. Retrieved May 3, 2011.
  14. ^ "Best Comedic Performance". MTV Movie Awards. Retrieved May 3, 2011.
  15. ^ "Best Line from a Movie". MTV Movie Awards. Retrieved May 3, 2011.
  16. ^ http://www.imdb.com/title/tt1282140/soundtrack

Pautan luar sunting