Edmund si Martir (juga dikenali sebagai St Edmund atau Edmund dari Anglia Timur, meninggal dunia pada 20 November 869)[note 1] adalah seorang raja Anglia Timur bermula pada tahun 855 sehingga pada hari kematian beliau.

Edmund
Raja Anglia Timur
Sebuah karya Zaman Pertengahan menggambarkan kematian Edmund si Martir pada 20 November 869 oleh Viking
Pemerintahan25 Disember 855 (secara traditisi) – 20 November 869 (atau 870)
Didahului olehEthelweard
Diikuti olehOswald
Keputeraansekitar 841
KemangkatanTerbunuh dalam pertempuran pada 20 November 869 (atau 870)
Lihat ...legenda
KerabatTidak diketahui
AyahandaKemungkinan Æthelweard
AgamaKristian

Tidak banyak diketahui berkenaan Edmund. Beliau dipercayai berasal daripada Anglia Timur dan pertama kali disebut dalam sebuah cerita di dalam Kisah Anglo-Saxon, yang ditulis beberapa tahun selepas kematian beliau. Kerajaan beraja Anglia Timur dihancurkan oleh Viking, yang mana memusnahkan semua bukti-bukti kontemporari berkenaan pemerintahan beliau. Para penulis selepas beliau menghasilkan kisah-kisah fiksyen berkenaan kehidupan beliau, menyatakan bahawa beliau telah dilahirkan pada tahun 841, anak lelaki kepada Æthelweard, seorang raja Anglia Timur yang dilindungi, yang mana dikatakan beliau menaiki takhta semasa berumur 14 tahun (atau secara alternatif beliau merupakan anak lelaki bongsu kepada raja Jermanik bernama Alcmund). Versi-versi selepasnya mengaitkan kehidupan Edmund bahawa beliau dirajakan pada 25 Disember 855 di Burna (kemungkinan Bures St Mary di Suffolk), yang mana waktu itu berfungsi sebagai ibu kota diraja,[2] and that he became a model king.

Pada tahun 869, Tentera Heathen Besar mara ke arah Anglia Timur dan membunuh Edmund. Beliau mungkin dibunuh oleh tentera Danes semasa dalam pertempuran, tetapi mengikut tradisi beliau meninggal dunia di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti yang dikenali sebagai Haegelisdun, setelah beliau enggan memenuhi tuntutan Danes untuk keluar daripada agama Kristian: Danes memukul beliau, memanah beliau dan kemudian dipancung, atas arahan Ivar the Boneless dan abang beliau Ubba. Berdasarkan sebuah lagenda, kepala beliau kemudian dibuang ke dalam hutan, tetapi ditemui oleh para pencari selepas mengikuti bunyi lolongan seekor serigala ethereal dalam bahasa Latin yang berbunyi "Hic, Hic, Hic" – "Di sini, Di sini, Di sini".

Sekeping duit syiling yang memaparkan Edmund telah dikeluarkan pada waktu sekitar Anglia Timur dimasukkan ke dalam kerajaan beraja Wessex dan sebuah kultus popular muncul. Sekitar tahun 986, Abbo of Fleury menulis berkenaan kehidupan dan martyrdom beliau. Jenazah Edmund dialihkan sementara daripada Bury St Edmunds ke London untuk tujuan keselamatan pada tahun 1010. Makam beliau di Bury dilawati oleh ramai raja, termasuk Canute, yang bertanggungjawab untuk membina semula abbey: gereja batu pada Zaman Pertengahan dibina semula pada tahun 1095. Pada Zaman Pertengahan, apabila Edmund dianggap sebagai seorang santo pelindung England, Bury dan abbey yang menggagumkan memperolehi kekayaan, tetapi semasa pembubaran Gereja, gereja beliau telah dimusnahkan. Manuskrip dan kerja seni pada Zaman Pertengahan berkaitan dengan Edmund termasuk Passio Sancti Eadmundi karya Abbo, Life karya John Lydgate pada kurun ke-14, Wilton Diptych dan sejumlah lukisan dinding gereja.

Nota sunting

  1. ^ The year of Edmund's death may have been 870, according to some calculations. The uncertainty has arisen because the Anglo-Saxon Chronicle sometimes began in September, meaning that an event that took place in November 869 (according to the modern calendar) would have been recorded by the Anglo-Saxons as having taken place in 870.[1]

Nota kaki sunting

  1. ^ Swanton, Anglo-Saxon Chronicle, p. xv.
  2. ^ Saint Edmund King and Martyr. 1970. m/s. 19. ISBN 9780900963186.

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

- Harley 1766 (The Fall of Princes)
- Royal 2 B VI (Psalter and Canticles 13th century)
Kerabat diraja England
Didahului oleh
Æthelweard
Raja Anglia Timur
25 Disember 855 (trad.) – 20 November 869
Diikuti oleh:
Oswald

Templat:Kings of East Anglia Templat:Viking Invasion of Englandimur