Edward, Si Putera Hitam

Edward, Si Putera Hitam atau Edward dari Woodstock (15 Jun, 13308 Jun, 1376) adalah anak lelaki sulung kepada Raja Edward III dari England.

Edward dari Woodstock
Putera Wales ; putera dari Aquitaine dipanggil "Si Putera Hitam"
Edward, Si Putera Hitam dalamsebuah manuskrip berhias
PemakamanKatedral Canterbury, Kent
PasanganJoan, Countess Kent ke-4
AnakandaEdward dari Angoulême
Richard II dari Bordeaux, Raja England
KerabatKerabat Plantagenet
AyahandaEdward III dari Windsor, Raja England
BondaPhilippa dari Hainault

Edward telah dilahirkan di Istana Woodstock berdekatan Oxford. Beliau telah diangkat menjadi Putera Wales pada tahun 1343 dan mengikuti bapanya dalam peperangan menentang Perancis. Beliau adalah seorang tentera yang terkenal, dan telah membantu bapanya mencapai kemenangan dalam Pertempuran Crécy dan Pertempuran Poitiers. Pada tahun 1361, Edward telah mengahwini sepupu beliau, Joan dari Kent. Mereka memiliki dua orang anak lelaki, Edward dan Richard. Anak lelaki sulung beliau, Edward telah meninggal dunia semasa berumur enam tahun.

Edward dikenali dalam sejarah sebagai "Si Putera Hitam", akan tetapi tiada seorangpun yang pasti alasan di atas nama gelaran ini. Edward meninggal dunia semasa berumur 45 tahun dan dikebumikan di Katedral Canterbury. Disebabkan bapanya masih hidup, Edward tidak pernah menjadi seorang raja. Beliau telah meminta bapanya memberi gelaran Putera Wales kepada anak lelakinya Richard, yang kemudian menjadi Raja Richard II dari England.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting