Eindhoven, merupakan sebuah gemeente Belanda yang terletak di wilayah Noord Brabant, selatan Belanda. Pada tahun 2004 daerah ini memiliki penduduk sebanyak 207,870 orang. Eindhoven merupakan sebuah bandar perindustrian dan teknikal, di sinilah bandar asal syarikat penghasilan lampu, Philips. Di sini terdapat pula Muzium Van Abbe, Lapangan Terbang Eindhoven AB, Fontys University of Applied Sciences (Fontys Hogescholen) dan Universiti Teknologi Eindhoven (Technische Universiteit Eindhoven). Bandar ini merupakan bandar kelima terbesar di Belanda dan sebahagian dari kawasan Samenwerkingsverband Regio Eindhoven (Cityregion Eindhoven atau Eindhoven Raya) atau SRE.[2] Eindhoven mempunyai kelab sepak bola terkenal yang bernama PSV (Philips Sport Vereniging) Eindhoven yang mempunyai sejarah yang panjang bersama organisasi Philips, dengan stadiumnya yang juga bernama Philips.[5]

Eindhoven
Eindhoven
Pemandangan dari udara di Eindhoven
Pemandangan dari udara di Eindhoven
Bendera Eindhoven
Jata Eindhoven
Nama panggilan: City of Light, Brainport
Negara Belanda
ProvinsiNoord Brabant
Kerajaan
 • Datuk bandarJohn Jorritsma (VVD)
 • AldermenYasin Torunoglu
Mary Ann-Schreurs
Lenie Scholten
Staff Depla
Joost Helms
Monique List
Keluasan
 • Urban
88.84 km2 (34.30 batu persegi)
Penduduk
 • Urban
215,000
 • Metro
750,000
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Kod kawasan+31
Laman sesawang[3]

Sejarah sunting

Abad ke-20 sunting

Pada 1920, kampung-kampung di sekeliling Eindhoven iaitu Gestel, Stratum, Strijp, Tongelre and Woensel digabungkan ke dalam pentadbiran bandar.[2]

Abad ke-21 sunting

Mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia dibawa ke Lapangan Terbang Eindhoven AB dari Ukraine pada 23 Julai 2014 untuk proses pengecaman mayat.[6]

Pengangkutan sunting

Kereta Api sunting

Eindhoven mempunyai dua stesen kereta api utama iaitu Eindhoven Centraal dan Eindhoven Beukenlaan. Eindhoven Centraal menyediakan perkhidmatan antarabandar ke bandar-bandar utama Belanda seperti The Hague, Utrecht dan Rotterdam.

Eindhoven Beukenlaan pula menyediakan perkhidmatan kereta api ke bandar-bandar terdekat seperti Tilburg dan Den Bosch.[7]

Bas sunting

Stesen bas Neckerspoel merupakan stesen bas pusat untuk bandar ini. Perkhidmatan bas dalam bandar dan antarabandar serta perkhidmatan Phileas, pengangkutan generasi baru disediakan di stesen ini.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.dolsenz.com/eindhoven/ Maklumat bandar
  2. ^ a b c Fakta Eindhoven Diarkibkan 2011-08-27 di Wayback Machine, Capaian pada 20 Julai 2014
  3. ^ http://www.eindhoven.eu/en
  4. ^ http://www.findlatitudeandlongitude.com/?loc=Eindhoven Koordinat Eindhoven
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-14.
  6. ^ http://www.theguardian.com/world/2014/jul/23/netherlands-mourns-mh17-plane-crash-victims-flown-home Netherlands mourns as bodies of MH17 plane crash victims are flown home (Inggeris)
  7. ^ a b Pengangkutan bandar Diarkibkan 2013-12-27 di Wayback Machine, Capaian pada 20 Julai 2014

Lihat juga sunting