Hong Kong menjanakan ekonomi melalui pergantungan terhadap perdagangan antarabangsa. Ia merupakan salah satu daripada ekonomi terbebas di dunia and juga kawasan perdagangan yang ke-10 terbesar dan pusat perbankan yang ke-11 terbesar di dunia. Sumber alam semula jadi amat terhad dan bahan mentah serta makanan terpaksa diimport. Malahan nilai import dan export, termasuk pengeksportan-semula, tiap-tiap satunya melebihi KDNK dalam nilai dolar. Hong Kong mempunyai lingkaran perdagangan dan pelaburan yang meluas dengan Republik Rakyat Cina, sebelum daripada penyatuan semulanya dengan negeri Cina pada 1 Julai, 1997. Industri perkhidmatan mewakili 86.5% KDNK pada tahun 2001, dan kawasan Hong Kong, dengan sektor perbankannya yang amat maju pernah menjadi tuan rumah untuk beberapa HQ Asia untuk banyak syarikat-syarikat multi-nasional dalam beberapa dekad yang lepas.

Dengan tahap KDNK perkapita yang mencapai US$28,800(kiraan tahun 2003), KDNK per kapita Hong Kong adalah standing dengan 4 badan ekonomi yang terbesar di Eropah barat. Dalam tahun 1989 hingga 1997, secara puratanya KDNK Hong Kong meningkat dengan kadar 5% setiap tahun. Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 menghantam ekonomi dagang-gantung ini dengan agak berat. Daripada itu, ekonomi Hong Kong mengalami penurunan KDNK sebanyak 5%. Tetapi badan ekonomi ini dapat memulih dengan cepat dengan pembangunan ekonomi sebanyak 10% pada tahun 2000. Setelah pulih daripada Krisis Kewangan Asia, ekonomi Hong Kong sekali lagi terbantut oleh kemerosotan ekonomi global. Daripada itu, peningkatan KDNK dan eksport Hong Kong adalah sekadar 2.3% pada tahun 2002. Pada awal tahun 2003, eknonomi Hong Kong telah dipukul oleh wabak penyakit SARS.

Untuk menyelamatakan ekonomi Hong Kong daripada terus merosot, satu perjanjian yang bertajuk "peraturan untuk pakatan ekonomi yang lebih rapat antara tanah besar dan Hong Kong (Mainland and Hong Kong Closer Economic Partnership Arrangement (CEPA))" telah ditandatangani oleh kedua pihak Hong Kong dan Republik Rakyat China, pada 6 Jun tahun 2003. Di bawah perjanjian ini, orang Hong Kong menikmati kemudahan untuk memulakan peniagaan perkhidmatan di negeri China. Dengan itu, golongan profesional Hong Kong boleh berkhidmat di seluruh China dan peniaga Hong Kong pula diizinkan membuka kedai runcit di Daerah Guangdong.

Pada 28 Julai, tahun 2003, skema pelawatan individu telah bermula supaya pelancong dari beberapa bandar di tanah besar China boleh melawat ke Hong Kong secara berindividu. Sebagai kesannya, industri pelancongan Hong Kong telah melambung sekali lagi.