Ekonomi Indonesia adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan merupakan salah satu ekonomi pasaran yang sedang pesat membangun. Sebagai negara berpendapatan sederhana & ahli G20, Indonesia diklasifikasikan sebagai negara perindustrian baru. Ia adalah ekonomi ke-17 terbesar di dunia mengikut KDNK nominal dan ke-7 terbesar dari segi KDNK (PPP). Dianggarkan berjumlah AS$40 bilion pada 2019, ekonomi Internet Indonesia dijangka melepasi paras AS$130 bilion menjelang 2025. Indonesia bergantung kepada pasaran domestik dan perbelanjaan belanjawan kerajaan dan pemilikannya terhadap perusahaan milik negara (kerajaan pusat memiliki 141 perusahaan). Pentadbiran harga pelbagai barangan asas (termasuk beras dan elektrik) juga memainkan peranan penting dalam ekonomi pasaran Indonesia. Walau bagaimanapun, sejak 1990-an, majoriti ekonomi telah dikawal oleh individu swasta Indonesia dan syarikat asing..[1][2][3]

Ekonomi Indonesia
Kedudukanke-15
Mata wangRupiah
Tahun fiskalTahun kalendar
Pertubuhan perdaganganAPEC, ASEAN, WTO, OPEC
Perangkaan
KDNKAS$1.86 trillion (2021)
Pertumbuhan KDNK3.7% (2021)
KDNK per kapitaAS$4,349.17 (2021)
KDNK mengikut sektorPertanian (16.6%), industri (43.6%), perkhidmatan (39.9%) (2004)
Inflasi (CPI)4.84% (2022)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
9.54% (2022)
Pekali Ginitiada maklumat
Tenaga buruh105.7 juta (2004)
Tenaga buruh mengikut pekerjaanPerkilangan 46%, pertanian 16%, perkhidmatan 39% (1999)
Pengangguran5.84% (2022)
Industri utamaPetroleum dan gas asli; tekstil, pakaian dan kasut; pelombongan, simen, baja kimia, kayu lapis; getah; makanan; pelancongan
Dagangan antarabangsa
EksportAS$67.38 bilion (2021)
Barangan yang dieksportPetroleum dan gas, kayu lapis, tekstil, getah
Rakan dagangan eksport utamaJepun 22.3%, Amerika Syarikat 12.1%, Singapura 8.9%, Korea Selatan 7.1%, the Republik Rakyat China 6.2% (2003)
ImportAS$21.36 bilion (2021)
Barangan yang diimportJentera dan pelengkapan; bahan kimia, bahan api, makanan
Rakan dagangan import utamaJepun 13%, Singapura 12.8%, China 9.1%, Amerika Syarikat 8.3%, Thailand 5.2%, Australia 5.1%, Korea Selatan 4.7%, Arab Saudi 4.6% (2003]])
Kewangan awam
Hutang awam$415.1 bilion (32.5% KDNK)
Hasil negara$139.96 bilion (2021)
Perbelanjaan$194.52 bilion (2021)
Bantuan ekonomiPenerima: $43 bilion daripada IMF (1997–2000)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Indonesia diramalkan menjadi ekonomi ke-4 terbesar di dunia menjelang 2045. Joko Widodo telah menyatakan bahawa pengiraan kabinetnya menunjukkan bahawa menjelang 2045, Indonesia akan mempunyai 309 juta penduduk. Mengikut anggaran Widodo, akan terdapat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5−6% & KDNK sebanyak AS$9.1 trilion. Pendapatan per kapita Indonesia dijangka mencecah AS$29,000.[4]

Latar belakang sunting

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita bertumbuh pada kadar 545% yang sangat memeranjatkan semasa dekad 1970-an, dirangsangkan oleh permintaan minyak. Walaupun demikian, kadar itu tidak dapat dikekalkan dan pertumbuhan ekonomi jatuh dengan ketara kepada kadar 20% yang mudah diurus pada dekad 1980-an dan 13% pada dekad 1990-an.

Semasa tiga puluh tahun "Orde Baru" kerajaan Presiden Suharto, ekonomi Indonesia bertumbuh dari KDNK per kapita sebanyak AS$70 sehingga melebihi AS$1,000 menjelang tahun 1996. Melalui dasar kewangan dan belanjawan yang bijak, inflasi dikawal pada julat antara 5%–10%, dengan rupiah bersifat stabil dan boleh diramalkan. Kerajaan Indonesia mengelakkan pembiayaan dalam negeri untuk kurangan belanjawan, dengan kebanyakan belanjawan pembangunan dibiayai oleh bantuan asing konsesi. Sejak kerajaan Indonesia mengumumkan dasar pelaburan asing pada tahun 1967, jumlah pelaburan asing telah mencapai US$ 9,682 juta oleh 30 buah negara.[5]

Pada pertengahan dekad 1980-an, kerajaan Indonesia memulakan proses penghapusan halangan-halangan kawal selia terhadap kegiatan ekonomi. Langkah-langkah itu ditujukan khusus kepada sektor-sektor luaran serta kewangan dan direka bentuk untuk merangsangkan penggajian dan pertumbuhan dalam sektor eksport bukan minyak. Pertumbuhan KNK tahunan sebenar mencapai hampir 7% pada puratanya antara tahun-tahun 19871997, dan kebanyakan penganalisis mengiktiraf Indonesia sebagai sebuah ekonomi perindustrian yang baru serta pasaran utama yang sedang muncul.

Tahap-tahap tinggi pertumbuhan ekonomi antara tahun-tahun 1987–1997 menyelindung sebilangan kelemahan struktur dalam ekonomi Indonesia. Sistem-sistem undang-undang sangat lemah, dan tidak adanya cara yang berkesan untuk menguatkuasakan kontrak, memungut hutang, atau mendakwa kemuflisan. Amalan-amalan perbankan tidak canggih, dengan peminjaman berasaskan sandaran merupakan norma. Pencabulan peraturan-peraturan cermat, termasuk had-had peminjaman, juga merupakan suatu perkara yang biasa. Sekatan bukan tarif, pengenaan sewa oleh syarikat-syarikat kerajaan, subsidi dalam negeri, sekatan perdagangan dalam negeri, serta sekatan eksport, kesemuanya mewujudkan herotan ekonomi.

Masalah-masalah kewangan wilayah yang melanda Indonesia pada akhir tahun 1997 dengan cepatnya menjadi sebuah krisis ekonomi dan politik. Gerak balas permulaan Indonesia adalah untuk mengapungkan rupiah, menaikkan kadar faedah dalam negeri, serta mengetatkan dasar belanjawan. Pada Oktober 1997, Indonesia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan terhadap sebuah rancangan pembaharuan ekonomi yang ditujukan pada penstabilan makroekonomi serta penghapusan sebilangan dasar ekonomi yang paling menjejaskan negara, seperti Rancangan Kereta Negara dan monopoli bunga cengkih, kedua-duanya melibatkan ahli-ahli keluarga Presiden Suharto. Bagaimanapun, mata wang rupiah gagal menstabilkan diri, dan Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya pada Mei 1998. Pada Ogos 1998, Indonesia dan IMF bersetuju tentang sebuah Kemudahan Tabung Tambahan (EFF) di bawah Presiden B. J. Habibie yang termasuk sasaran-sasaran pembaharuan struktur yang penting. Abdurrahman Wahid menjadi presiden pada bulan Oktober 1999, dan Indonesia sekali lagi memeterai lagi sebuah EFF dengan IMF pada Januari 2000 yang juga merangkumi berbagai-bagai pembaharuan ekonomi dan struktur serta sasaran-sasaran penguasaan.

Kesan-kesan kewangan dan ekonomi amat teruk. Pada tahun 1998, KDNK sebenar mengecut sebanyak 13.7%. Ekonomi Indonesia jatuh ke paras yang paling rendah pada pertengahan tahun 1999, dengan pertumbuhan KDNK sebenar hanya sebanyak 0.3% pada tahun itu. Inflasi merosot sehingga 77% pada tahun 1998 tetapi pulih kepada 2% pada tahun 1999. Mata wang rupiah yang berada dalam julat Rp 2,400/AS$1 pada tahun 1997 merosot sehingga Rp 17,000/AS$1 pada kemuncak keganasan tahun 1998 dan kembali ke julat Rp 6,500–8,000/AS$1 pada akhir tahun itu. Ia telah ditukarkan pada julat Rp 6,500–9,000/AS$1 sejak masa itu, dengan turun naik yang ketara. Walaupun suatu kemarau yang teruk pada tahun 1997–1998 memaksa Indonesia mengimport banyak beras, import pada keseluruhannya jatuh dengan ketara pada peringkat-peringkat awal krisis sebagai tindak balas kepada kadar pertukaran asing yang buruk, permintaan dalam negeri yang merosot, serta ketiadaan pelaburan-pelaburan yang baru. Walaupun tidak adanya statistik pengangguran yang boleh dipercayai, penggajian sektor formal mengecut dengan ketara.

Pada akhir tahun 2005, Indonesia menghadapi sebuah 'minikrisis', akibat kenaikan harga minyak antarabangsa dan import. Mata wang merosot sehingga Rp 12,000/USD1 sebelum menjadi stabil. Kerajaan Indonesia terpaksa memotong subsidi-subsidi bahan apinya yang sangat mahal pada bulan Oktober; kosnya AS$14 bilion bagi tahun 2005. [6] Ini mengakibatkan harga bahan api pengguna naik melebihi dua kali serta inflasi dua angka. Keadaan tersebut telahpun menjadi stabil tetapi ekonomi Indonesia masih berjuang dengan inflasi sebanyak 17% pada bulan Januari 2006. Untuk meringankan hidup rakyat yang penuh dengan kesusahan, kerajaan Indonesia telah menawarkan sebuah subsidi sekali kepada para rakyat yang berlayak dan dengan itu, secara berkesan melancarkan skim faedah keselamatan sosial dibiayai kerajaan yang pertama di Indonesia. [7]

Sejak dari awal tahun 2006, harapan ekonomi Indonesia adalah lebih positif. Ekonomi Indonesia bertumbuh dengan pesat sehingga 5.1% pada tahun 2004 dan mencapai 5.6% pada tahun 2005. Pendapatan per kapita sebenar mencapai peringkat-peringkat sebelum krisis, didorong khususnya oleh penggunaan dalam negeri yang terdiri daripada kira-kira 75% KDNK Indonesia. Bursa Saham Jakarta mencapai prestasi bursa saham yang terbaik di Asia pada tahun 2004 dengan kenaikan sebanyak kira-kira 42%. Masalah-masalah yang masih melambatkan pertumbuhan ekonomi termasuk tahap pelaburan asing yang rendah, pita merah birokrasi, serta amalan rasuah yang meluas. Bagaimanapun, terdapat sikap optimistik yang amat kuat di Indonesia dengan pemilihan reformis Susilo Bambang Yudhoyono sebagai presiden dalam pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 2004.

Arah aliran makroekonomi sunting

Yang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalan Negara Kasar Indonesia pada harga pasaran, sebagaimana yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa. Semua angka adalah dalam juta rupiah.


Tahun KDNK Pertukaran Dolar
Amerika Syarikat
Indeks inflasi
(2000=100)
1980 60,143,191 626.98 12
1985 112,969,792 1,110.58 20
1990 233,013,290 1,842.80 29
1995 502,249,558 2,248.60 44
2000 1,389,769,700 8,396.33 100
2005 2,678,664,096 9,705.16 155

Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat ditukarkan pada kadar 3,094.57 rupiah sahaja.

Sektor minyak dan galian sunting

Negara memiliki semua hak petroleum dan galian, dengan syarikat-syarikat asing menyertai sektor-sektor ini melalui perkongsian pengeluaran serta kontrak kerja. Para kontraktor minyak dan gas diperlukan membiayai semua kos cari gali, pengeluaran, serta pembangunan dalam kawasan kontrak masing-masing; mereka berhak untuk mendapat balik semua kos pengendalian, cari gali, dan pembangunan daripada minyak dan gas yang dikeluarkan.

Sektor minyak sunting

Indonesia ialah satu-satunya ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Asia di luar Timur Tengah, serta juga satu-satunya ahli OPEC yang merupakan pengimport minyak pada keseluruhannya. Pada tahun kalendar 1998, sektor minyak dan gas (termasuk penapisan) memberikan sumbangan sebanyak kira-kira 9% kepada KDNK, manakala jumlah pengeluaran minyak mentah dan hasil pemeluwapannya pada tahun 1999 ialah 1.5 juta tong (240,000 ) setiap hari pada puratanya.

Pada awal tahun 2005, jumlah pengeluaran minyak mentah dan hasil pemeluwapannya merosot sehingga 1.07 juta tong sehari. Ini merupakan suatu kemerosotan yang amat besar, berbanding dengan jumlah pengeluaran pada sepanjang dekad 1990-an, akibat khususnya oleh medan minyak yang menua, serta kekurangan pelaburan dalam pelengkapan pengeluaran minyak. Kemerosotan pengeluaran sejak dekad 1990-an diiringi oleh kenaikan penggunaan dalam negeri sebanyak 5.4% setahun, suatu angka yang agak besar, dan kos untuk mengimport minyak pada tahun 2005 dijangka akan berharga AS$1.2 bilion. Oleh itu, walaupun Indonesia adalah sebuah pengeksport minyak mentah, ia telah dijadikan sebuah pengimport minyak, dengan subsidi bahan api diberikan oleh kerajaan untuk mengekalkan harga bahan api yang rendah. Subsidi tersebut mengenakan kos sebanyak AS$7 bilion pada tahun 2004[1] Diarkibkan 2005-03-11 di Wayback Machine. Oleh sebab subsidi minyak amat membebankan negara, Presiden Susilo telah memerintah pengurangan subsidi bahan api kerajaan pada beberapa peringkat [2]. Untuk meringankan kesusahan ekonomi rakyat, kerajaan Indonesia juga memberikan suatu subsidi sekali kepada semua warganegara yang berlayak.

Ekonomi Indonesia kini sedang menjalani proses pembinaan semula selepas tsunami yang melanda pada bulan Disember 2004. Kerajaan Indonesia telah menyatakan bahawa pemotongan-pemotongan subsidi adalah bertujuan untuk mengurangkan kurangan belanjawan sehingga 1% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini (2005) daripada 1.6% pada tahun yang lalu.

Sektor galian sunting

Indonesia ialah pasaran timah yang terbesar di dunia. Walaupun pengeluaran galian secara tradisi tertumpu kepada pengeluaran bauksit, perak, dan timah, Indonesia kini sedang mengembangkan pengeluaran tembaga, nikel, emas dan batu arangnya untuk pasaran-pasaran eksport. Pada pertengahan tahun 1993, Jabatan Lombong dan Tenaga membuka semula sektor batu arang kepada pelaburan asing, dengan hakikat bahawa pengeluar batu arang Indonesia yang terbesar kini berusaha sama dengan syarikat BP dan Rio Tinto, kedua-duanya syarikat United Kingdom. Jumlah pengeluaran batu arang mencapai 74 juta tan metrik pada tahun 1999, termasuk eksport sebanyak 55 juta tan, dengan kerajaan Indonesia berharap untuk melebihi 100 juta tan pengeluaran batu arangnya pada tahun 2002. Dua buah syarikat Amerika Syarikat mengendalikan tiga buah lombong tembaga/emas di Indonesia, dengan syarikat-syarikat Kanada dan British masing-masing memiliki pelaburan yang besar dalam lombong nikel dan emas. Pada tahun 1998, nilai pengeluaran emas Indonesia mencapai AS$1 bilion, manakala pengeluaran tembaga mencapai AS$843 juta. Hasil daripada emas, tembaga, dan batu arang merupakan 84% daripada hasil sektor pelombongan galian sebanyak AS$3 bilion pada tahun 1998.

Pelaburan sunting

Sejak akhir dekad 1980-an, Indonesia telah membuat perubahan yang penting kepada rangka kawal selianya untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ini dibiayai sebahagian besarnya oleh pelaburan swata, baik asing mahupun dalam negeri. Para pelabur Amerika Syarikat menguasai sektor minyak dan gas, serta mengendalikan sesetengah projek pelombongan yang terbesar di Indonesia. Di samping itu, kehadiran bank, pengilang, dan pembekal perkhidmatan bertambah, khususnya selepas pembaharuan sektor perindustrian dan kewangan pada dekad 1980-an. Pelabur-pelabur asing utama yang lain termasuk Jepun, United Kingdom, Singapura, Belanda, Hong Kong, Taiwan, dan Korea Selatan.

Krisis ekonomi menyebabkan pembiayaian swasta yang berterusan menjadi sesuatu yang penting sekali tetapi menyusahkan. Kelulusan pelaburan asing baru jatuh sebanyak hampir dua pertiga antara tahun 1997 dan tahun 1999. Krisis tersebut juga menekankan bidang-bidang yang pembaharuan lanjut diperlukan. Bidang-bidang yang kerap dikemukakan untuk membaiki iklim pelaburan termasuk pengasasan sebuah sistem undang-undang dan kehakiman yang berfungsi, pematuhan kepada proses-proses persaingan, serta penerimaan piawai perakaunan dan pendedahan antarabangsa. Walaupun terdapat perbaikan undang-undang pada tahun-tahun kebelakangan ini, rejim hak harta intelektual masih lemah, dengan kekurangan penguatkuasaan yang berkesan merupakan sebuah kebimbangan yang utama. Di bawah Presiden Suharto, Indonesia telah beralih kepada penswastaan pembekalan infrastruktur awam, termasuk kuasa elektrik, jalan raya tol, dan telekomunikasi. Bagaimanapun, krisis kewangan itu juga telah mendedahkan kelemahan-kelemahan yang serius terhadap proses penyelesaian pertikaian, khususnya dalam bidang projek infrastruktur swasta. Walaupun Indonesia masih mempunyai kelebihan tenaga buruh yang besar, sumber semula jadi yang kaya, serta infrastruktur yang moden, pelaburan swasta dalam projek-projek baru hampir berhenti semasa krisis.

Pada bulan Mei 2004, sebuah mahkamah Indonesia memburukkan lagi masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dalam penarikan pelaburan asing apabila keputusannya memihak kepada Tri Polyta, sebuah syarikat bahan kimia Indonesia, yang mengemukakan petisyen supaya mengisytiharkan terbitan bonnya batal dan tidak sah dan dengan itu, membebaskannya daripada sebarang kewajipan untuk membayar balik hutang.

Hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat sunting

Eksport Indonesia ke Amerika Syarikat pada tahun 1999 berjumlah AS$9.5 bilion, manakala importnya dari Amerika Syarikat berjumlah AS$2.0 bilion, suatu penurunan yang ketara daripada AS$4.5 bilion pada tahun 1997. Barang-barang eksportnya ke Amerika Syarikat terdiri terutamanya daripada pakaian, jentera, dan pelengkapan pengangkutan, petroleum, getah asli, dan kasut, manakala barang-barang import termasuk pelengkapan pembinaan, jentera, barang penerbangan, bahan kimia, dan hasil pertanian.

Bantuan ekonomi kepada Indonesia diselaraskan oleh Kumpulan Perunding tentang Indonesia (CGI) yang dibentuk pada tahun 1989. Ia terdiri daripada 19 buah negara penderma dan 13 buah pertubuhan antarabangsa yang bermesyuarat setiap tahun untuk menyeleraskan bantuan penderma. Mesyuarat CGI pada tahun 2000 diadakan di Tokyo pada 17-18 Oktober.

Agensi Amerika Syarikat untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID) telah memberikan bantuan pembangunan kepada Indonesia sejak dari tahun 1950. Pada mula-mulanya, bantuan tertumpu kepada keperluan-keperluan republik baru yang paling cemas, termasuk bantuan makanan, pemulihan infrastruktur, penjagaan kesihatan, dan latihan. Pada sepanjang dekad 1970-an yang merupakan tempoh pertumbuhan ekonomi yang pesat di Indonesia, USAID memainkan peranan yang utama untuk membantu negara mencapai mampu diri dalam pengeluaran beras serta dalam pengurangan kadar kelahiran.

Rancangan USAID terkini bertujuan untuk membantu Indonesia memulihkan daripada krisis kewangan dengan memberikan bantuan makanan, kegiatan-kegiatan yang menjanakan pekerjaan, serta mengekalkan perkhidmatan kesihatan awam yang genting. USAID juga sedang membekalkan penasihat-penasihat teknik untuk membantu Kerajaan Indonesia melaksanakan pembaharuan ekonomi dan pemencaran fiskal, selain daripada menyokong kegiatan-kegiatan pendemokrasian dan pembangunan masyarakat awam melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kemenperin – Ketika Swasta Mendominasi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-05.
  2. ^ "80 Persen Industri Indonesia Disebut Dikuasai Swasta". 3 March 2015.
  3. ^ "Kemenperin – Pengelola Kawasan Industri Didominasi Swasta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-05. Dicapai pada 5 August 2017.
  4. ^ "Indonesia Will be World's 4th Largest Economy by 2045, President Jokowi Says". Sekretariat Kabinet Republik Indonesia. 2017-03-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2017. Dicapai pada 2021-05-25.
  5. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Indonesia-Jepun, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.
  6. ^ Berita BBC (31 Ogos 2005). "Indonesia merancang untuk memotong bantuan bahan api" (dalam bahasa bahasa Inggeris). BBC, London. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Halaman Fakta Ahli Ekonomi


Tentang Indonesia

AgamaDemografiEkonomiGeografiKebudayaanPemerintahKomunikasiMasyarakatMediaPelanconganPendidikanPengangkutanPolitikProvinsiSains & TeknologiSejarahSeniSukanTenteraTokohUndang-undang