Ekopelancongan

bentuk pelancongan

Ekopelancongan (Jawi: ايكوڤلنچوڠن) atau pelancongan ekologi ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi.

Fernando de Noronha di Brazil.
Taman Negara Tapantí di Costa Rica.

Secara amnya, ekopelancongan bertumpu kepada interaksi dengan komponen alami dalam persekitaran semula jadi.[1] Ekopelancongan memberi tumpuan kepada perjalanan bertanggungjawab, pembangunan diri, dan kelestarian alam sekitar. Ekopelancongan lazimnya melibatkan perjalanan ke destinasi di mana flora, fauna, dan warisan budaya merupakan tarikan utama. Ekopelancongan bertujuan untuk menawarkan pelancong gambaran tentang kesan manusia terhadap alam sekitar dan untuk memupuk penghargaan yang lebih besar terhadap habitat semula jadi. Ekopelancongan menyasarkan kepada kesan alam sekitar yang minimum terhadap kawasan yang dilawati. Selain memupuk rasa hormat terhadap persekitaran semula jadi, ekopelancongan juga membantu dalam mewujudkan faedah sosioekonomi kepada masyarakat di kawasan yang dilawati.

Program ekopelancongan yang bertanggungjawab termasuk program yang meminimumkan aspek negatif pelancongan konvensional terhadap alam sekitar dan meningkatkan integriti budaya penduduk tempatan. Oleh itu, sebagai tambahan kepada menilai faktor persekitaran dan budaya, bahagian penting dalam ekopelancongan termasuk menggalakkan kitar semula, kecekapan tenaga, pemuliharaan air, dan penciptaan peluang ekonomi untuk kepada masyarakat setempat.[2] Atas sebab ini, ekopelancongan sering dilihat sebagai pendukung tanggungjawab kepada alam sekitar dan sosial. Walau bagaimanapun, istilah "ekopelancongan", seperti "pelancongan mampan", sebuah konsep yang berkaitan tetapi lebih luas, sering dipandang sebagai oksimoron. Seperti kebanyakan perjalanan jarak jauh, ekopelancongan sering bergantung kepada pengangkutan udara, antara faktor utama perubahan iklim.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sadry, Bahram N. "Introduction to Fundamentals of Geotourism With a Special Emphasis on Iran". OpenEdition Journals. Dicapai pada 2021-04-23.
  2. ^ Randall, A. (1987). Resource economics (ed. kedua). New York, USA: John Wiley & Sons.
  3. ^ Stabler, M. J. (eds.) (1997, m/s 45) Tourism and Sustainability: Principles to Practice. CAB International: Wallingford.