Elias Disney (6 Februari 1859 – 13 September 1941) ialah bapa kepada Roy Disney dan Walt Disney yang berasal dari Kanada.

Elias Disney
Kelahiran(1859-02-06)6 Februari 1859
Meninggal dunia13 September 1941(1941-09-13) (umur 82)
PasanganFlora Call (1888-1938) (kematiannya)
Ibu bapaKepple Elias Disney (1832-1891) and Mary Richardson (1838-1909)

Kehidupan awal sunting

Disney lahir di desa Bluevale, Ontario, Kanada, pada pendatang dari Ireland, Kepple Elias Disney dan Mary Richardson yang berketurunan Inggeris. Beliau menjadi seorang petani dan usahawan yang kurang berjaya. Beliau berpindah ke California bersama bapanya pada tahun 1878 dengan harapan memburu emas. Akan tetapi, Kepple diyakinkan oleh seorang ejen Union Pacific Railroad untuk membeli tanah seluas 200 ekar (81 he) dekat Ellis, Kansas. Disney ialah seorang penyokong kuat sosialisme dan Eugene Debs.[1]

Kerjaya sunting

Disney mengusahakan ladang baru bapanya hingga tahun 1884, ketika beliau pergi mencari pekerjaan lain. Beliau diambil kerja di sebuah kedai jentera keretapi (salah seorang rakan sekerjanya ialah Walter Chrysler). Kemudian, beliau menyertai kakitangan landasan keretapi yang membina landasan Union Pacific menerusi Colorado. Selepas kontrak keretapinya habis, beliau menjadi pemain biol profesional di Denver. Sekali lagi dia tidak berjaya, maka dia kembali ke ladang bapanya. Dia juga bekerja sebagai posmen buat masa yang singkat di Kissimmee, Florida, hampir dengan tapak Walt Disney World.

Beliau bekerja sebagai tukang bina di World's Columbian Exposition 1893 di Chicago, sebuah acara yang dipetik oleh Erik Larson sebagai punca ilham untuk anaknya Walt dan empayar Disney yang bakal dibangunkannya.[2]

Keluarga sunting

Disney mengahwini Flora Call pada 1 Januari 1888, di Kismet, Florida, 50 batu daripada tanah yang bakal terbinanya Walt Disney World, dan tinggal di Acron, Florida untuk masa yang singkat.[3] Call ialah anak kepada jiran bapa Elias.

Sebaik selepas berkahwin, pasangan Disney berpindah ke Chicago, Illinois, di mana Elias berkawan dengan Walter Parr, pendakwah Gereja Jemaah St. Paul yang meminjamkan namanya kepada anak keempat pasangan Disney, iaitu Walt.

Pasangan Disney melahirkan lima orang anak:

  • Herbert Arthur Disney, 10 Oktober 1888-29 Januari 1961. (72)
  • Raymond Arnold Disney, 30 Disember 1890-24 Mei 1989. (98)
  • Roy Oliver Disney, 24 Jun 1893-20 Disember 1971. (78)
  • Walter "Walt" Elias Disney, 5 Disember 1901-15 Disember 1966. (65)
  • Ruth Flora Disney, 6 Disember 1903-7 April 1995. (91)

Pada tahun 1906, Elias Disney sekeluarga berpindah ke sebuah ladang dekat Marceline, Missouri. Keluarga itu menjual ladang tersebut pada tahun 1909 dan tinggal dalam sebuah rumah sewa hingga tahun 1911, apabila mereka berpindah ke Kansas City, Missouri.

Rujukan sunting

  1. ^ Schlosser. Fast Food Nation. pg. 36
  2. ^ Larson, Erik. "The Devil In The White City". Random House. Dicapai pada 2009-12-19.
  3. ^ Walt Disney by Neal Gabler - eBook - Random House at www.randomhouse.com

Pautan luar sunting