Ellen Johnson Sirleaf

Ellen Johnson Sirleaf (lahir 29 Oktober 1938) ialah Presiden Liberia ke-24 dari tarikh angkat sumpahnya pada 16 Januari 2006 hingga tahun 2018.

Ellen Johnson Sirleaf
Presiden Liberia
Dalam jawatan
16 Januari 2006 – 22 Januari 2018
Didahului olehGyude Bryant
Digantikan olehGeorge Weah
Butiran peribadi
Lahir (1938-10-29) 29 Oktober 1938 (umur 85)
Monrovia, Liberia
Parti politikUnity Party
Alma materUniversiti Colorado, Boulder
Universiti Wisconsin, Madison
Universiti Harvard
ProfesionAhli ekonomi
Ahli perniagaan
Aktivis

Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan di bawah Presiden William Tolbert dari 1979 hingga rampasan kuasa 1980, apabila beliau meninggalkan Liberia dan memegang beberapa jawatan kanan di pelbagai institusi kewangan. Sekembalinya ke Liberia, beliau bertanding menjadi presiden pada pilihan raya 1997 namun kalah teruk. Seterusnya, beliau bertanding sekali lagi pada pilihan raya 2005 di mana beliau berjaya. Sirleaf merupakan ketua negara pertama dan tunggal wanita di Afrika masa pelantikannya.

Sirleaf dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2011, bersama-sama Leymah Gbowee dari Liberia dan Tawakel Karman dari Yaman. Wanita-wanita ini diiktiraf "untuk perjuangan tanpa kekerasan mereka demi keselamatan wanita dan untuk hak wanita menyertai secara menyeluruh usaha pembangunan keamanan."[1] Bagaimanapun, ini menimbulkan kontroversi di Liberia kerana ia telah ditafsirkan pengkritik politik Sirleaf sebagai memberi "kelebihan tidak adil" bagi pilihan raya 2011 yang mendatang, yang dijadualkan pada 11 Oktober 2011. Ternyata beliau berjaya mempertahankan jawatannya dalam pusingan kedua pada 8 November, menewaskan Winston Tubman. Pengikut Tubman bagaimanapun memboikot pusingan tersebut, membenarkan Sirleaf menang dengan mendapat 90.7% undi.[2]

Pada Disember 2021, James Sirleaf salah seorang anak lelaki Ellen Sirleaf meninggal dunia di kediamannya di Liberia dalam keadaan yang tidak diketahui.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Nobel Peace Prize 2011 – Press Release". Nobelprize.org. Dicapai pada 9 Oktober 2011.
  2. ^ "National Tally Center Tally Report" (PDF). National Elections Commission. 15 November 2011. Dicapai pada 15 November 2011.
  3. ^ "Liberia: What Kills James Sirleaf?". ALL AFRICA. 23 December 2021. Dicapai pada 25 December 2021.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Gyude Bryant
Presiden Liberia
2006–kini
Pemegang jawatan kini
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Liu Xiaobo
Penerima Hadiah Keamanan Nobel
2011
Berkhidmat bersama: Leymah Gbowee, Tawakel Karman
Penyandang kini