Elly Joenara (Ejaan yang Disempurnakan: Elly Yunara; 3 November 1923–30 Mei 1992) merupakan pelakon filem Indonesia yang kemudiannya menjadi penerbit. Beliau merupakan isteri kepada penerbit Djamaluddin Malik.

Elly Yunara
Elly dalam salah satu adegan filem Tjioeng Wanara (1941).
Kelahiran3 November 1923
Meninggal dunia30 Mei 1992(1992-05-30) (umur 68)
PendidikanSekolah Menengah
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1940–1980an
Karya terkenal
PasanganDjamaluddin Malik

Biografi sunting

Beliau dilahirkan di Negeri-negeri Selat (kini zaman moden Singapura) pada 3 November 1923. Beliau menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Hollandsch-Inlandsche, sebuah sekolah Belanda untuk pelajar peribumi, Hindia Timur Belanda.[1]

Elly membuat kemunculan sulungnya menerusi filem Pah Wongso Pendekar Boediman, sebuah filem detektif 1940 yang diterbitkan dan diarahkan oleh Jo Eng Sek untuk Star Film. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Siti, pasangan romantik kepada watak yang dilakonkan oleh Mohamed Arief.[2] Beliau kekal bersama syarikat itu untuk beberapa filem lagi, termasuk Tjioeng Wanara (dari legenda Sunda), Lintah Darat dan Ajah Berdosa.[1] Menjelang 1942, beliau telah berlakon dalam filem terbitan Tan's Film di bawah Tan Khoen Yaw, Aladin dan Lampu Wasiat.[3]

Jepun menduduki Hindia pada Mac 1942, menutup semua tetapi satu studio filem di dalam penjajahan. Penerbitan Aladin dan Lampu Wasiat dihentikan; filem itu hanya ditayangkan pada 1950 selepas pendudukan dan revolusi kebangsaan.[4] Semasa pendudukan, Elly berlakon di dalam teater, dari rombongan ke rombongan. Beliau merupakan sebahagian daripada rombongan Warnasari, Matahari dan Jawa Ehai.[1] Menjelang 1949, apabila Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia, Elly telah berkahwin dengan pengurus pentas yang kemudiannya menjadi penerbit, Djamaluddin Malik.[5]

 
Elly bersama dua anaknya, 1954

Pada tahun 1950 Djamaluddin menubuhkan sebuah syarikat perfileman, Persari.[5] Elly menyiapkan dua filem bagi syarikat itu sebagai pelakon: Si Mientje pada tahun 1952 dan Siapa Ajahku pada tahun 1954. Walau bagaimanapun, peranan utamanya ialah pengurusan.[6] Banyak masa yang telah dihabiskan oleh beliau sebagai seorang suri rumah.[7]

Djamaluddin meninggal dunia pada 8 Jun 1970, meninggalkan Elly sebagai janda.[8] Beliau kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri, Remaja Ellyanda Film, dan pada 1972 memulakan kerjaya sebagai penerbit filem dengan Malin Kundang.[1] Diarahkan oleh D. Djajakusuma dan berdasarkan cerita dongeng Melayu, filem lakonan Rano Karno dan Putu Wijaya sebagai peranan Malin Kundang, seorang pemuda yang lupa asal-usulnya selepas menghabiskan zaman kanak-kanaknya di laut.[9] Ia diikuti oleh Jembalang Merah (1973), Petualang Cilik (1977) dan Halimun (1979); syarikat itu juga menerbitkan dua filem bukan cereka.[6] Pada 1974, beliau menerima anugerah daripada Gabenor Jakarta, Ali Sadikin atas sumbangannya kepada industri perfileman. [1]

Beliau meninggal dunia pada 30 Mei 1992 pada usia 68 tahun di Jakarta.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Biran 1979, m/s. 159.
  2. ^ Biran 2009, m/s. 246.
  3. ^ Filmindonesia.or.id, Aladin.
  4. ^ Biran 2009, m/s. 214.
  5. ^ a b Apa Siapa 1999, m/s. 154.
  6. ^ a b c Apa Siapa 1999, m/s. 175.
  7. ^ Anwar 2002, m/s. 148.
  8. ^ Biran 1979, m/s. 139.
  9. ^ Filmindonesia.or.id, Kredit Lengkap.

Sumber petikan sunting

  • "Aladin dengan Lampoe Wasiat". filmindonesia.or.id. Jakarta: Yayasan Konfiden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-27. Dicapai pada 2012-07-27. (Indonesia)
  • Anwar, Rosihan, penyunting (2002). In Memoriam: Mengenang yang Wafat [Dalam Kenangan: Mengenang Mereka Yang Telah Pergi]. Jakarta: Kompas. ISBN 978-979-709-029-6.CS1 maint: ref=harv (link) (Indonesia)
  • Apa Siapa Orang Film Indonesia [Apa dan Siapa: Tokoh Filem Indonesia]. Jakarta: Kementerian Penerangan Indonesia. 1999. OCLC 44427179. (Indonesia)
  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1978 [Apa dan Siapa: Tokoh Filem Indonesia 1926-1978]. Sinematek Indonesia. OCLC 6655859.CS1 maint: ref=harv (link) (Indonesia)
  • Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa [Sejarah Filem 1900-1950: Membuat Filem di Jawa]. Jakarta: Komunitas Bamboo bekerjasama Majlis Kesenian Jakarta. ISBN 978-979-3731-58-2.CS1 maint: ref=harv (link) (Indonesia)
  • "Kredit Lengkap" [Kredit Penuh]. Filmindonesia.or.id. Yayasan Konfidan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-10. Dicapai pada 2012-08-10. (Indonesia)

Bacaan lanjut sunting

  • K. H., Ramadhan; Budiarto, Nina Pane (2006). Pengusaha, Politikus, Pelopor Industri Film Djamaludin Malik. Jakarta: Kata. ISBN 978-979-1056-02-1. (Indonesia)

Pautan luar sunting