Elvis Costello (lahir di London, United Kingdom, 25 Ogos 1954; umur 69 tahun) dengan nama Declan Patrick MacManus ialah seorang ahli muzik, penyanyi dan pengarang lagu berwarganegara England berketurunan Ireland. Beberapa sumber menyatakan bahawa nama lengkapnya ialah Declan Patrick Aloysius MacManus, tetapi Aloysius bukanlah nama yang diberikan kepadanya masa kelahirannya, melainkan ditambahkan beberapa tahun kemudian.

Elvis Costello
Latar belakang
Genrerock
pop
pop rock
punk rock
new wave
Pekerjaanpenyanyi, pencipta lagu
Instrumenvokal
gitar
Tahun aktif1977 - kini
Syarikat rakaman
Stiff, Radar, F-Beat, Demon, Columbia, Warner Bros., Deutsche Grammophon, Lost Highway
Pengkarya berkait
The Attractions, The Imposters, Burt Bacharach, Allen Toussaint
Laman sesawang
Elvis Costello.com

Beliau mula muncul di pentas rock pub London pada pertengahan tahun 1970-an dengan karya-karya cenderung sejiwa genre muzik rock punk dan New Wave, sebelum akhirnya mendapatkan pengakuan sebagai penyanyi unik dan original pada tahun 1980-an. Hasil karyanya mempunyai pelbagai jenis -- seorang pengkritik menulis bahawa "Costello, seorang penyanyi pop, dapat menciptakan kembali masa lalunya sesuai dengan gayanya tersendiri."[1]

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Declan MacManus lahir di Hospital St Mary, Paddington di London; beliau duduk tinggal di daerah itu hingga berusia 16 tahun. Dengan latar belakang keluarganya sebagai pemuzik (ayahnya, Ross MacManus, bernyanyi dengan Joe Loss), MacManus pindah dengan ibunya ke Liverpool pada 1971.

Kerjaya muzik awal sunting

Di Liverpool lah beliau pertama kali membentuk bandnya yang pertama, sebuah duet folk dinamakan Rusty. Setelah menyelesaikan sekolah menengahnya di Liverpool, beliau kembali pindah ke London dan di sana beliau membentuk band yang dinamainya Flip City[2], dengan gaya yang sangat mirip dengan gaya rock pub. Mereka aktif sejak 1974 hingga awal 1976. Sekitar waktu itu, MacManus mengambil nama panggung D.P. Costello.

Pada tahun 1975, MacManus sudah menjadi seorang suami dan ayah. Untuk menghidupi keluarganya, beliau bekerja di beberapa perusahaan perkantoran, dan yang paling terkenal ketika beliau bekerja di perusahaan kosmetik -- diwujudkan dalam salah satu lrik lagunya sebagai "vanity factor" -- di mana beliau bekerja sebagai seorang staf pemasuk data. Beliau terus menulis lagu, dan mulai dengan agresif mencari kontrak untuk karier solo-nya. Dengan modal rekaman lagu-nya, beliau dikontrak olehStiff Records. Manajer-nya di perusahaan ini, Jake Riviera, mengusulkan untuk mengganti nama, dengan nama awal Elvis Presley dan nama gadis nenek dari ibunya sehingga menjadi Elvis Costello.

Diskografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Stephen Thomas Erlewine, Get Happy!! [Ryko Bonus Tracks], Allmusic. Dicapai 17 September 2007.
  2. ^ [1]

Pautan luar sunting