Emas sebagai pelaburan

Dari kesemua logam berharga, emas adalah yang paling popular sebagai pelaburan.[1] Para pelabur biasanya membeli emas sebagai pelindung nilai atau perlindungan selamat terhadap apa-apa krisis ekonomi, politik, sosial, atau wang fiat (termasuk kemerosotan pasar pelaburan, pertambahan hutang negara, kegagalan mata wang, inflasi, perang dan kekacauan sosial). Pasaran emas juga tertakluk pada spekulasi seperti mana kommoditi lain, khususnya melalui kegunaan kontrak hadapan dan terbitan. Sejarah piawai emas, peranan rizab emas dalam perbankan pusat, hubung kait rendah emas dengan harga komoditi lain, dan penentuan harganya berbanding mata wang fiat sewaktu krisis kewangan 2007–2010, mencadangkan bahawa emas mempunyai ciri-ciri menjadi wang.[2][3]

Simpanan penukaran asing dan emas
London Good Delivery bar, piawai untuk dagang pasaran emas antarabangsa utama.

Harga emas sunting

Emas telah digunakan di sepanjang sejarah sebagai wang dan telah menjadi suatu piawai relatif untuk persamaan matawang khusus pada daerah ekonomi atau negara. Banyak negara Eropah implemented piawai emas pada bahagian kemudian abad ke-19 hingga ini telah dismantled in the financial crises involving Perang Dunia I. Selepas Perang Dunia II, sistem Bretton Woods pegged dolar Amerika Syarikat dengan emas pada kadar AS$35 tiap auns troy. Sistem ini wujud hingga Nixon Shock 1971, apabila AS unilaterally menggantung kebolehtukaran lanjut dolar Amerika Syarikat dengan emas dan membuat pemindahan ke sistem matawang fiat. Matawang terakhir untuk dicerai dari emas adalah Franc Swiss pada 2000.

Sejak 1919 tanda aras paling biasa bagi harga emas adalah pembetulan emas London, suatu mesyuarat telefon harian dua kali perwaklan dari lima firma dagang bulion pasar bullion London. Tambahan, emas didagang secara berlanjutan di sepanjang dunia berasaskan harga spot hari intra, berasal dari pasar dagang emas di atas kaunter di keliling dunia (kod "XAU"). Jadual berikut memuatkan harga emas lawan pelbagai aset dan statistik utama:

 
Harga 1 troy auns (31 g) emas sejak 1960 dalam Dolar AS nominal dan inflasi disesuaikan oleh Consumer Price Index CPI-U.
Tahun Emas USD/ozt[4] DJIA USD[5] KDNK Dunia
USD tn[6]
US Debt USD bn[7] Trade Weighted US dollar Index[8]
1970 37 839 3.3 370
1975 140 852 6.4 533 33.0
1980 590 964 11.8 908 35.7
1985 327 1,547 13.0 1,823 68.2
1990 391 2,634 22.2 3,233 73.2
1995 387 5,117 29.8 4,974 90.3
2000 273 10,787 31.9 5,662 118.6
2005 513 10,718 45.1 8,170 111.6
2008 865 8,776 54.6 10,700 96.1
1970 to 2008 net change, %
2,238 946 1,555 2,792
1975 (post US off gold standard) to 2008 net change, %
518 930 753 1,908 191

Pada Mac 2008, harga emas melebihi AS$1,000,[9] mencapai suatu tinggi nominal AS$1,004.38. Dalam istilah sebenar, nilai sebenar masih berada di bawah AS$599 memuncak pada 1981 (persamaan dengan $1417 dalam nilai dolar A.S. 2008). Selepas tikaman Mac 2008, harga emas jatuh ke suatu kekurangangold AS$712.30 tiap auns pada bulan November. Harga emas tidak lama lagi melanjut pada kederasan ke arah atas dengan secara buat sementara waktu memecah batasan AS$1000 sekali lagi pada lewat Februari 2009 tetapi merosot kembali secara sederhana kemudian dalam suku tahun.

Selepas naik turun kembali berhampiran dengan tanda AS$1,000.00 pada pertengahan September 2009, pasar emas antarabangsa memuncak ke AS$1,023.30. Hargaan kemudian merosot secara sederhana sekali lagi pada lewat September 2009, jatuh semula ke AS$991.70 untuk minggu berakhir pada September 25, 2009.

Kemudian pada 2009, rekod harga spot hari intra Mac 2008 AS$1,033.90 telah dipecah kerap kali pada Oktober, apabila harga emas memasuki pentas parabola secara maju ketinggian baru apabila suatu tikaman membalik ke $1226 memulakan suatu kesan semula harga pada tingkat pertengahan Oktober.

Pada 17 September 2010, harga emas tutup di suatu tinggi nominal baru $1,281.73 di NYMEX.

Emas Sebagai Matawang sunting

Dari pelbagai jenis logam berharga, emas sangat popular dikalangan pelabur untuk menjadi salah satu aset didalam pelaburan mereka. Pelabur biasanya membeli emas sebagai penampang kejatuhan matawang, menampang kenaikan inflasi dan juga sebagai penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.

Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau kerana ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!” Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua logam atau jisim lain didunia.

Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk mendapatkan keperluan yang lain, contohnya seorang petani ingin mendapatkan ikan di laut, Petani tidak mungkin dapat mencuri masa untuk kelaut, bagaimana pula nelayan ingin mendapatkan beras. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu dibawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu dipotong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “jisim” diperlukan untuk memudahkan urusniaga dan jisim itu seharusnya mempunyai nilai yang sama di semua tempat dan kawasan.

Dalam sejarah tamadunan manusia, bangsa zaman mesolitik, neolitik menggunakan kulit kerang, logam bercop dan pelbagai lagi ukiran untuk dijadikan matawang, tetapi sistem tersebut gagal kerana jisim tersebut mudah ditemui dan dicipta. Menggunakan kulit kerang sebagai matawang bakal menjadikan penternak kerang bertambah kaya berbanding petani yang tidak mempunyai kerang begitu juga pengukir batu akan menjadi lebih kaya sekiranya setiap batu yang diukirnya lebih bernilai dari seekor lembu. Tamadun manusia sejak ribuan tahun mencuba dan mencari jisim yang mempunyai nilai yang tetap dan tidak boleh dicipta akhirnya menemui sejenis logam disebut emas sekitar 3000SM tahun sebelum masihi di Mesir.

Tamadunan manusia dapat membuktikan nilai emas akan kekal sebagai matawang, akan kekal berharga dan akan kekal laku untuk diniagakan, seperti mana ilmu tamadun membuktikan sehingga hari ini, hanya kuda boleh diternak dan kuda belang tidak. Hukum ini akan kekal sehingga ribuan tahun akan datang.

Faktor Emas Sebagai Matawang sunting

  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling atau sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa jual beli walaupun urusniaga yang kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh.

Harga Emas sunting

Emas telah digunakan dari zaman dahulu lagi sebagai matawang dan juga sebagai logam relatif kepada nilai wang kertas sehingga hari ini. Negara-negara di eropah menggunakan simpanan emas mereka sebagai kadar tukaran asing sebelum ia dibekukan apabila krisis kewangan berlaku ketika perang dunia pertama. Selepas perang dunia kedua, Sistem Bretton Woods diperkenalkan di Amerika dengan menambat setiap US$35 dollar bernilai 1 troy ounce emas. Sistem tersebut digunapakai sehingga tahun 1971, apabila kerajaan Amerika Syarikat membekukan sistem tukaran duit kepada emas dan hanya menggunakan wang kertas sebagai pertukaran. Matawang terakhir yang menghentikan tambatan pada emas adalah Swiss Franc pada tahun 2000.

Sejak 1919, penanda aras yang utama digunakan untuk menentukan harga emas adalah dari London Gold Fixing, harga emas ditentukan melalui perbincangan telefon antara 5 firma emas terbesar di London Bullion Market 2 kali setiap hari. Sehingga hari ini, emas didagangkan setiap hari mengikut spot-price yang dikembangkan dari harga dagangan emas dari setiap kaunter dagangan di seluruh dunia (code XAU).

Pada Mac 2008, harga emas melebihi US$1000 per ounce sebelum harga emas mengalami kejatuhan sementara kepada US$712.30 per ounce pada bulan November. Harga emas mula naik kembali pada Februari 2009. Pada Oktober 2009, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi pada harga US$1226. Rekod tertinggi kenaikan harga emas adalah pada Ogos 2011, ketika itu harga emas mencecah US$1908 pada harga dagangan London Gold Fixing.

Malaysia menggunakan indeks emas Chan Haik Long (CHL), yang diperolehi dari panggilan telefon kepada pelebur emas, index emas CHL tertinggi yang dicatatkan adalah 6990 pada Ogos 2011 (index CHL dikembangkan dari tukaran matawang USD kepada MYR dan juga per tahil emas) rujuk Harga Emas Malaysia

Faktor Perubahan Harga Emas sunting

Seperti komoditi-komoditi lain, harga emas bersandarkan kepada bekalan dan permintaan (supply & demand) dan juga spekulasi harga emas. Emas berbeza berbanding komoditi lain kerana permintaan untuk emas adalah sebagai pelaburan dan simpanan bukan untuk digunakan dalam industri kilang atau pembuatan. Kebanyakan emas yang telah digali beribu tahun dahulu masih lagi wujud dalam bentuk asal emas, seperti barang kemas yang telah dipakai, boleh dileburkan kembali dan menjadi emas dalam bentuk yang lain. Pada akhir tahun 2006, dianggarkan 158,000 tan emas telah digali atau jika dikumpulkan ia setebal kubik 20.2 meter pergi. (66 kaki).

Oleh kerana masih banyak lagi emas didalam simpanan, harga emas hanya berubah disebabkan kenaikan permintaan berbanding kadar pengeluaran emas di lombong. Menurut World Gold Council, sejak beberapa tahun lalu, pengeluaran emas telah merosot kepada 2,500 tan emas setahun, kira-kira 2000 tan disalurkan untuk industri barangan kemas, pergigian, bullion stock dan 500 tan lagi adalah untuk pelaburan dan kepada dana-dana tukaran matawang.

Bank Pusat

Bank Pusat (Bank Negara) dan International Monetary Fund (IMF) memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas. Pada lewat 2004, Bank Pusat dan Badan Rasmi tersebut memiliki 19 peratus dari jumlah emas yang telah dikorek dari muka bumi. Perjanjian 10 tahun Washington (WAG) yang bertarikh September 1999, menyekat jual-beli emas kepada kesatuan (Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, IMF) kepada kurang dari 500 tan setahun. Sejak itu, Bank-Bank Eropah seperti Bank of England dan Swiss National Bank adalah adalah pemain utama dalam jual beli emas dunia. Pada 2009, Perjanjian WAG dilanjutkan untuk tempoh masa 5 tahun lagi, dan had jualan dikecilkan kepada 400 tan setahun.

Walaupun Bank-Bank negara tidak akan mengumumkan pembelian mereka sebelum jual-beli, beberapa Negara seperti Russia telah menunjukkan minat mereka untuk meningkatkan bilangan simpanan emas negara sejak tahun 2005. Pada awal 2006, Bank Negara China yang hanya memiliki 1.3% simpanan emas mengumumkan mereka akan mencari jalan untuk meningkatkan pulangan mereka dengan simpanan emas. Pemerhati pelaburan melihat pengumuman tersebut adalah isyarat China akan mengubah beberapa pegangan ekuiti mereka kepada emas. India merupakan antara negara paling untung dengan kenaikan harga emas yang tinggi sejak 2008, pembelian 200 tan emas oleh india pada september 2009 telah meninggikan lagi harga emas.

Pandangan harga emas berkait rapat dengan kadar faedah biasa diterima secara umum, kerana setiap kenaikan kadar faedah, akan merendahkan minat untuk membeli emas, dan apabila kadar faedah turun, harga emas juga akan naik. Disebabkan itu harga emas dikaitkan dengan dasar kewangan Bank Pusat, samada untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah. Contohnya, jika pasaran saham menunjukkan isyarat inflasi yang bakal berpanjangan, bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk mengimbangkan kenaikan harga emas bagi memadamkan kemungkinan inflasi. Contoh bertentangan dapat dilihat apabila Bank Eropah menaikkan kadar faedah mereka pada April 2011, kali pertama sejak 2008, harga emas yang sebelum ini naik tinggi mula beransur perlahan dan mendatar, untuk beberapa ketika, bagaimanapun ini hanya dapat menghalang kenaikan untuk sementara waktu kerana harga emas naik mencapai puncak lebih tinggi pada masa akan datang. Contoh juga di India pada Ogos 2011 dimana kadar faedah yang tertinggi di India ketika itu menyebabkan harga emas mencapat harga tertinggi.

Pelindung Nilai kepada ketegangan kewangan.

Emas seperti logam bernilai yang lain sering kali digunakan sebagai pelindundung nilai kepada inflasi, deflasi dan penurunan matawang. Joe Foster, pengurus dana Vaneck International Gold Fund yang berpangkalan di New York, menerangkan pada September 2010.

Matawang bagi negara-negara utama, termasuk USD, berada dalam tekanan pasaran disebabkan perbelanjaan defisit negara. Semakin banyak wang dollar dicetak ke dalam ekonomi sekarang nilai matawang dollar akan semakin kurang bernilai.

Sekiranya pulangan dari bon, ekuiti dan hartanah tidak lagi dapat menangani jumlah risiko dan inflasi maka permintaan untuk pembeli emas dan komoditi-komoditi lain akan turut meningkat.

Permintaan untuk pembuatan barang kemas.

Barang kemas merangkumi hampir 2/3 dari permintaan pasaran. Negara India adalah pengguna terbesar barangan kemas sekurang-kurangnya 27% permintaan barangan kemas didunia adalah dari India diikuti China dan Amerika.

Selain barangan kemas, emas turut penting dalam sektor perubatan dan industri maju kerana emas mempunyai sifat konduksi haba dan elektrik yang baik selain dari ia tidak berkarat dan tidak terurai dengan sebarang bentuk bakteria.

Dewasa ini, perniagaan emas terpakai, emas lama, telah menjadi multi-bilion industri.

Faktor Singkat Harga Emas

Harga emas juga turut terkesan dengan pelbagai lagi mekanisme, seperti jualan tiba-tiba amaun yang besar, terutama melibatkan firma bullion yang besar. Pemerhati pasaran emas menjelaskan, harga emas biasanya akan terjejas apabila dagangan di Stock Exchange New York bermula, perang, rampasan kuasa, tragedi dunia dan Kecemasan berlaku dalam suatu negara.

Ini dapat dilihat sepanjang 2011, apabila harga emas turun ketika Arab Spring, dan naik selepas beberapa minggu, seperti ketika rampasan kuasa di Libya dan mesir. Tragedi Tsunami di jepun pada Mac 2011 turut merendahkan harga emas sebelum naik kembali 2 minggu seterusnya.

Ketika berlaku peperangan, ramai yang akan bimbang dengan aset mereka yang akan dibekukan dan matawang tidak bernilai, mereka akan membeli emas yang mana sentiasa boleh digunakan untuk membeli makanan, transport. Disebabkan itu, ketika peperangan, permintaan untuk emas akan naik.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The Industry Handbook: Precious Metals". Investopedia.
  2. ^ Jeff Opdyke (2010-08-21). "Rethinking Gold: What if It Isn't a Commodity After All?". The Wall Street Journal. Missing or empty |url= (bantuan)
  3. ^ Ambrose Evans-Pritchard (2010-06-20). "Gold reclaims its currency status as the global system unravels". The Daily Telegraph. Missing or empty |url= (bantuan)
  4. ^ LBMA Gold Fixings Diarkibkan 2009-03-01 di Wayback Machine yearly close, rounded to nearest $
  5. ^ Dow Jones Industrial Average[pautan mati kekal] yearly close, rounded to nearest point
  6. ^ The UN Statistics Division world GDP
  7. ^ Historical Debt Outstanding - Annual 1950 - 1999, The Debt to the Penny and Who Holds It Diarkibkan 2011-04-18 di Wayback Machine, rounded to nearest billion $
  8. ^ Nominal broad dollar index US Federal Reserve. Gives the comparative international value of the USD against a basket of the currencies of the US's major trading partners. Base date for index (100.0000) was Jan 1997. Index value shown as at June of the relevant year, rounded to nearest 1/10 of a point
  9. ^ "2008 London Gold Fixings". Lbma.org.uk. 2008-12-31. Dicapai pada 2010-03-16.

Pautan luar sunting