Emelda Rosmila

Pelakon wanita Malaysia

Emelda Rosmila Abdul Hamid (lahir 14 Mac 1980) merupakan seorang pelakon, model dan penerbit wanita Malaysia dan adik kepada bekas pelakon, Emylia Rosnaida.[1] Beliau terkenal dengan peranan televisyen termasuk Manjalara (2007), Kekasihku Seru (2008), Ampunkan Dosaku (2012) dan Cinta Tiada Ganti (2018). Beliau merupakan pengasas jenama fesyen miliknya, Emeldarose.[2][3]

Emelda Rosmila
Kelahiran
Emelda Rosmila binti Abdul Hamid

(1980-03-14) 14 Mac 1980 (umur 44)
PendidikanIjazah Komunikasi dan Senireka Grafik
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia (UUM)
PekerjaanPelakon, model, penerbit
Tahun aktif2000–kini
PasanganAdlin Bodoh Sombong (k. 2009)
Anak-anak1
SaudaraEmylia Rosnaida (kakak)

Kehidupan awal sunting

Emelda Rosmila dilahirkan pada 14 Mac 1980 di Batu Gajah, Perak.[4] Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada ibu bapanya, Rokiah Ibrahim dan Abdul Hamid Md. Ally. Kakaknya ialah Emylia Rosnaida, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun kini bersara. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mel, merupakan lulusan Ijazah Komunikasi dan Senireka Grafik di Universiti Utara Malaysia (UUM).[5][6]

Kerjaya sunting

Emelda, lebih mesra dengan panggilan Mel, memulakan kerjaya hiburan sejak 2000 dan telah menjayakan beberapa drama dan telefilem.[7][5][8]

Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Manja dan Lara dalam drama Manjalara yang bersiaran dari 7 Mei hingga 12 September 2007 di Slot Akasia TV3. Ia berkisarkan mengenai seorang gadis bertubuh gempal yang bersusah-payah meraih perhatian yang positif gara-gara saiz badannya, namun adanya orang yang menunjukkan rasa prihatin kepadanya.[9]

Kerjaya teater Emelda bermula pada 2008 menerusi pementasan teater P. Ramlee the Musical musim kedua, beliau menjayakan watak sebagai Azizah. Ia turut dijayakan oleh Musly Ramlee, Liza Hanim, Melissa Saila dan Atilia Haron.[10] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam drama Kekasihku Seru, memegang dua watak iaitu Marissa dalam latar moden dan Mastura dalam latar 1910-an. Ini merupakan kali pertama beliau berlakon dalam drama seram, Emelda berkata: "Saya selalu berhati-hati dan menjaga perlakuan supaya tiada yang datang 'mengganggu'. Selain itu, untuk kebanyakan adegan saya terpaksa berlakon berseorangan. Saya juga terpaksa melakukan banyak adegan lasak untuk menyelamatkan diri daripada Waris yang selalu mengekori saya."[11]

Beliau membuat penampilan sulung di layar perak dengan membintangi filem Cinta Terakhir arahan Eddie Pak pada 2009. Pada tahun sama juga, Emelda berlakon bersama Shaheizy Sam dalam drama Kasanova XXL di Slot Aksi TV3.[12]

Dari 26 hingga 31 Ogos 2017, Emelda memegang watak sebagai jururawat klinik dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.[13]

Emelda memegang watak sebagai Datin Helena dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN. Dibintangi oleh Addy Ashraf dan Nelydia Senrose, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian akibat dosa silam keluarga mereka.[14]

Pada tahun 2021, beliau melakonkan watak sebagai Alyah, ibu kepada Esra lakonan Emma Sofea dalam i-Tanggang: Mother of All Lies dan juga sebagai Dato DD dalam Dukun Diva yang kedua-duanya disiarkan di Astro Citra.

Aktiviti lain sunting

Emelda merupakan pengasas butik fesyen Emeldarose yang menjadi percubaan sulung beliau sebagai pereka fesyen. Beliau melibatkan diri di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2015 yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dari 12 hingga 16 Ogos 2015, sebagai cara terbaik bagi memasarkan jenama fesyennya.[15] Beliau berkata: "Selama ini memang saya impikan jenama fesyen sendiri dan ia menjadi kenyataan. Saya pun berasakan kerjaya lakonan tak akan berpanjangan dan tak mahu mengakhiri dunia seni sebagai seniwati pun. Saya nak jadi ahli perniagaan berjaya. Saya juga tak meletakkan harapan besar dalam dunia lakonan."[16] Selebriti termasuk Nad Zainal, Izreen Azminda, Sarah Lian dan Thanuja Ananthan antara lain pernah memperagakan jenama fesyennya.[17]

Emelda dan suami, Adlin Aman Ramlie menceburi perniagaan terapi ozon dengan menubuhkan Lifezone Ozone Therapy yang dibuka pada 16 Mei 2016. Beliau berkata: "Saya melihat terapi ozon sebagai industri kesihatan yang menjadi gaya hidup kita. Ia boleh diamalkan semua rakyat Malaysia, termasuk selebriti dan ahli politik yang mempunyai kuasa serta pengaruh terhadap masyarakat."[18]

Kehidupan peribadi sunting

Emelda telah diijabkabulkan dengan pelakon, pengacara dan penggiat teater, Adlin Bodoh Sombong di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Batu 8, Chemor, utara Ipoh, Perak pada 22 Mei 2009. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta, Zainudin Abdul Arshad.[19][20][21][22][23]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Edra Rafael, namun Emelda memilih untuk tidak mendedahkan gambar anak angkatnya atas sebab keselamatan.[5] Pada Oktober 2018, Emelda mengumumkan bakal menimang anak perempuan sebagai anak angkat keduanya.[24]

Di waktu lapang, beliau mempunyai hobi memanjat dinding.[25]

Kontroversi sunting

Pada Jun 2020, Emelda mengemukakan saman ganti rugi RM1 juta terhadap pelakon Zarina Anjoulie selain ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan dalam bentuk video.[26]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Cinta Terakhir Filem pertama
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Melur
2014 Dollah Superstar Emelda Penampilan khas
2019 Sangkar Hajah Penampilan khas
2020 Syif Malam Raya Leha
2023 Merewang Keluarga Pak Awang Along

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Sephia TV3
2006 Natasha
Marikas
Badai Pesona Ringgit Mia Karina TV1
2007 Atiqah Najwa Atiqah Najwa
Manjalara Manja / Lara TV3
2008 Kekasihku Seru Marissa / Mastura
2009 Kasanova XXL
Jongkang Jongkit Lily Astro Warna Juga sebagai konsep montaj
Sonata Labu Labi The Series Manisah
2010 Nigina Nigina TV3
Penunggu Gunung Raya Intan
2011 Tihany Soraya TV9
2012 Ampunkan Dosaku Suminah TV3
Waris Marissa / Mastura
Tanah Kubur (Musim 4) Som Astro Oasis Episod: "Bunga Haram"
2013 Hanya Padamu Ungku Laila TV3
2016 Hajah Heathrow Kembali Zakiah
2017 Anak Merdeka Doktor Astro Prima Pelakon undangan
Kekasih Paksa Rela Suraya TV3
2018 Cinta Fatamorgana Karmila
Nafas Zulaika NTV7
Cinta Tiada Ganti Helena Astro Prima
Suriram
2019 Hilang Yang Kembali Fara TV3
Puteri Yang Ditukar Fara Fauzana Astro Prima
Rumah Siti Khadijah Datin Suzi TV3
Pop Yeah Yeah Aunty Cherry
2021 A.I in Love Jamilah TV2
Sabarlah Duhai Hati Shima TV3
Kanvas Maria TV2
SMK (Musim 3) Ibu Alya (Nur Aqilah) Astro Ceria Pelakon undangan di episod 1
I-Tanggang Alyah Astro Citra
Dukun Diva Dato DD
2022 Kau vs Aku Puan Emelda Sooka
PolkaDot Ramona SukeTV Juga sebagai penerbit
SMK (Musim 4) Ibu Alya (Nur Aqilah) Astro Ceria Penampilan khas di episod 7
Kerana Cinta Itu Ada Puan Dhia TV3
2023 Bukan Cinta Sempurna Hermi Astro Ria
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit
2024 Kau vs Aku 2 Puan Emelda

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Jangan Tak Jadi VCD
2008 Merdeka Ajis Merdeka Ajit Siti TV3
2009 Sonata Labu Labi Manisah Astro Prima
2011 7 Lagu Sabrina Astro Citra
Sayang Ika Salina TV2
2013 Oh My English!: Villa Isabelaaa!! Puan Tiana Astro TVIQ
2014 Simpul Raya Kiah Astro Warna
2015 Detektif Man Boyot TV1
2017 Psikosis Astro Citra
2019 Ini Harta Bedu Punya Thalia TV3
2020 Cerai Aishah Astro Citra
Aku, Bunga Ibu Bunga Astro First Eksklusif
2022 Hajat Buat Lagu Mak Anum TV2
2023 Matin TV1

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2008 P. Ramlee the Musical (Musim 2) Azizah
2012 Primadona...Perahu Mimpi

Iklan sunting

Tahun Tajuk
Strepsils
McDonald's
Transnasional
2011 Beras Faiza

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2006 X-Trex TV1
2015 I-Cipta Biz

Web drama sunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2018 Ghaib Sandrinna Tonton
2019 Devoted Latifah Viu Penampilan khas
2021 Realiti Cinta Elyna WeTV

Rujukan sunting

  1. ^ Mohamad, Zaidi (1 September 2017). "Emelda Rosemila tak henti berikhtiar". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
  2. ^ Adlin lebih cerewet dari saya: Emelda Diarkibkan 2018-08-12 di Wayback Machine Emeldarose (25 Ogos 2015). Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  3. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (5 Jun 2005). "Emelda Rosmila `nikmat' & `jelik' dunia lakonan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Oktober 2011.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (7 Oktober 2012). "Elak muak". Metro Ahad. Dicapai pada 2 November 2019.
  5. ^ a b c Emelda tutup mulut Diarkibkan 2018-09-23 di Wayback Machine Kosmo! (21 Mac 2013). Diperoleh pada 23 September 2013.
  6. ^ Zaidi Mohamad (1 Oktober 2017). Emelda Rosmila tak pandai ‘jual diri’ Berita Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  7. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (20 Jun 2012). Emelda Rosmila belum mengalah Sinar Harian. Diperoleh pada 23 September 2013.
  8. ^ Farihad Shalla Mahmud (2 Oktober 2006). "Cinta baru Mel". Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  9. ^ Azhariah Kamin (9 Jun 2016). "No small feat". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 9 Julai 2007.
  10. ^ Muzikal P.Ramlee 2 hampir tiada cacat celanya! mSTAR Online (3 Jun 2008). Dicapai pada 22 Mac 2015.
  11. ^ Emelda pegang dua watak dalam Kekasihku Seru[pautan mati kekal], emedia, 22 Julai 2008.
  12. ^ "Kisah kasanova gemuk dalam 'Kasanova XXL' di TV3". mSTAR Online. 1 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-10. Dicapai pada 26 March 2014.
  13. ^ "Bagaimana Drama Anak Merdeka Serlahkan Sifat Wira Tonggak Utamanya?". Gegar. 25 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  14. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  15. ^ Izwan Mohd Isa (21 Ogos 2015). "Emelda harap tidak separuh jalan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 21 Ogos 2015.
  16. ^ Zaidi Mohamad (10 Ogos 2015). "Emelda Rosmila mahu kukuhkan jenama fesyen sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2015.
  17. ^ "Emelda berjinak-jinak dengan dunia fesyen". Kosmo!. 19 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 19 April 2015.
  18. ^ Zaidi Mohamad (9 Jun 2016). "Emelda, Adlin tauke terapi ozon". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2016.
  19. ^ "Adlin, Emelda diijab kabul". Berita Harian. 23 Mei 2009. Dicapai pada 24 Oktober 2019.
  20. ^ Rudy Imran Shamsuddin (23 Mei 2009). "Emelda titis air mata". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2019.
  21. ^ Zaidi Mohamad (22 Mei 2009). "Berdebar saat bergelar suami, isteri". Berita Harian. Dicapai pada 24 Oktober 2019.
  22. ^ Majlis resepsi Adlin Aman Ramlie-Emelda Rosmila Sensasi Selebriti (26 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2013.
  23. ^ Zaidi Mohamad (22 Mei 2009). "Berdebar saat bergelar suami, isteri". Berita Harian. Dicapai pada 6 November 2019.
  24. ^ Norhafiza Musa (21 Oktober 2018). Ingin bayi perempuan, Emelda mahu ambil anak angkat lagi Sinar Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  25. ^ Haryani Ngah (13 April 2006). "Emelda gemar memanjat dinding". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  26. ^ Syafil Syazwan Jefri (23 Jun 2020). Emelda Rosmila tunut lebih RM1 juta daripada Zarina Anjoulie Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2020.

Pautan luar sunting