Emmanuel Agyemang-Badu

Emmanuel Agyemang-Badu (lahir 2 Disember 1990 di Berekum) merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain untuk kelab Serie A, Hellas Verona secara pinjaman dari Udinese.

Emmanuel Agyemang-Badu
Badu bersama Ghana pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Emmanuel Agyemang-Badu[1]
Tarikh lahir (1990-12-02) 2 Disember 1990 (umur 33)
Tempat lahir Berekum, Brong-Ahafo, Ghana
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Verona (dipinjam dari Udinese)
Nombor 7
Kerjaya remaja
–2006 Berlin
2006–2007 Berekum Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2009 Berekum Arsenal 19 (7)
2008–2009Asante Kotoko (pinjam) 18 (2)
2009Recreativo (pinjam) 22 (1)
2010– Udinese 170 (10)
2017–2018Bursaspor (pinjam) 18 (1)
2019–Verona (pinjam) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Ghana B-20 10 (4)
2011 Ghana B-23 7 (2)
2008– Ghana 78 (11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14:55, 11 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13:44, 15 Julai 2019 (UTC)

Karier kelab sunting

Badu memulakan kariernya bersama Berlin F.C. di Berekum, Brong-Ahafo sebelum menyertai Berekum Arsenal.[3] Badu dinamakan dalam pasukan All Star Liga Perdana Ghana[3] pada 21 Mei 2007.

Berekum Arsenal dan Recreativo de Huelva sunting

Pada 11 Julai 2008, Badu meninggalkan Berekum Arsenal dan menyertai Asante Kotoko secara pinjaman setahun.[4]

Badu menjalani ujian percubaan di England bersama Middlesbrough pada bulan Ogos 2008[5] dan di Wolverhampton Wanderers tiga bulan kemudian.

Pada 16 April 2009, dia menandatangani kontrak perpinjaman selama enam bulan bersama Recreativo de Huelva secara pinjaman dari Berlin FC.[6][7] Kontraknya bersama Recreativo de Huelva dibubarkan pada bulan September 2009 dan dia kembali ke Asante Kotoko.[8]

Udinese sunting

Pada bulan November 2009, BBC dan Sky Sports mengumumkan bahawa kelab Serie A, Udinese Calcio akan menandatangani Badu pada bulan Januari 2010[9][10] dan pada 28 Januari 2010, kelab itu mengumumkan di laman web rasmi mereka bahawa mereka telah menandatangani pemain itu dari Berlin FC.[11] Badu menerima panggilan pasukan utamanya untuk menentang A.C. Milan pada 12 Februari, tetapi tidak bermain. Dia membuat penampilan pertamanya menggantikan Paolo Sammarco pada 28 Mac 2010 ketika menentang Fiorentina, dimana Udinese kalah 1–4. Badu menjadi pemain tetap pada musim 2011–12, menggantikan Gökhan İnler dalam formasi baru 4–1–4–1 atau formasi 4–4–1–1 ketika menentang Arsenal.

Karier antarabangsa sunting

 
Badu (nombor 8, atas kanan) beraksi untuk pasukan kebangsaan Ghana menentang England pada tahun 2011

Badu telah mewakili Ghana di peringkat bawah-20, bawah-23 dan senior. Pada 22 Mei 2008, dia menerima panggilan pertamanya untuk pasukan senior.[12] Penampilan senior antarabangsa pertama Badu datang pada 8 Jun 2008 ketika menentang Lesotho[13] dan gol pertamanya ketika menentang Congo pada bulan Jun 2011.

Karier belia sunting

Pada 1 Januari 2009, dia dinamakan dalam skuad Black Satellites untuk Kejohanan Belia Afrika 2009 di Rwanda.[14][15] Badu bermain untuk pasukan domestik Black Star dalam Kejohanan Negara-Negara Afrika 2009 di Ivory Coast[16] dan mewakili negaranya ketika Piala Dunia B-20 FIFA 2009 di Mesir.[17]

Badu menjaringkan gol kemenangan penalti pada 16 Oktober 2009 dalam perlawanan akhir Piala Dunia B-20 FIFA 2009 menentang Brazil. Gol penaltinya menjadikan Ghana negara Afrika pertama untuk memenangi Piala Dunia B-20 FIFA.[18]

Karier senior sunting

Pada tahun 2010, Badu dilipih untuk skuad Piala Negara-Negara Afrika dimana Black Stars mendapat tempat kedua dibelakang Mesir, dan kemudiannya beraksi dalam edisi 2012 dan 2013.[18]

Selepas terlepas Piala Dunia FIFA 2010 akibat kecederaan,[18] Badu dipilih ke dalam skuad Ghana untuk Piala Dunia FIFA 2014.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 17. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-06. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ http://asia.eurosport.com/football/emmanuel-agyemang-badu_prs184409/person.shtml
  3. ^ a b OnoneTouch Premier League – shownewsstory Diarkibkan 2007-06-29 di Wayback Machine. onetouch.com.gh (Ghana Premier League). 21 May 2007. Retrieved 23 May 2011.
  4. ^ PLAYER PROFILE Emmanuel Agyeman-Badu – Ghanaweb
  5. ^ "Middlesbrough invite Agyemang Badu for trial". ghanaweb.com. 15 August 2008. Dicapai pada 30 January 2010.
  6. ^ "El Decano se hace con el ghanés de diecinueve años, Enmanuelle" (dalam bahasa Spanish). Recreativo de Huelva. 16 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-20. Dicapai pada 30 January 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Agyemang-Badu seals Recre move". ghanafa.org/. 17 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-12. Dicapai pada 30 January 2010.
  8. ^ "Badu Doubts Kotoko Stay". allafrica.com. 9 September 2009. Dicapai pada 30 January 2010.
  9. ^ "Agyemang-Badu signs for Udinese". BBC. 25 November 2009. Dicapai pada 30 January 2010.
  10. ^ "Udinese sign Ghanaian star". Sky Sports. 25 November 2009. Dicapai pada 30 January 2010.
  11. ^ "Badu all'Udinese a titolo definitivo" (dalam bahasa Italian). Udinese Calcio. 28 January 2010. Dicapai pada 30 January 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Tomarchio, Cameron (22 May 2008). "Ghana expecting to surprise Socceroos". The Sydney Morning Herald.
  13. ^ Worldcup preliminaries, Africa matches round 2 Diarkibkan 2015-02-16 di Wayback Machine. fifa.com (FIFA).
  14. ^ Seven Kotoko Players Among 23 Man GFA Squad. asantekotokofc.org (Asante Kotoko). Retrieved 13 February 2011.
  15. ^ Local Stars Step Up For CAN Youth Championship. asantekotokofc.org (Asante Kotoko). Retrieved 14 February 2011.
  16. ^ CHAN 2009: Squad List. cafonline.com (Confederation of African Football). 22 March 2009. Retrieved 23 March 2009.
  17. ^ "FIFA.com – FIFA Player Statistics: Emmanuel AGYEMANG-BADU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-06. Dicapai pada 2015-06-07.
  18. ^ a b c "Emmanuel AGYEMANG-BADU". FIFA. Dicapai pada 18 June 2014.
  19. ^ "Ghana World Cup 2014 squad". The Telegraph. 2 June 2014. Dicapai pada 18 June 2014.

Pautan luar sunting