Empayar Mexico Pertama

Empayar Mexico Pertama merupakan nama rasmi bagi Mexico yang merdeka di bawah rejim monarki bermula pada tahun 1821 sehingga tahun 1823. Wilayah Empayar Mexico termasuk provinsi-provinsi Kewizuraian Sepanyol Baru serta bekas Pemerintahan Kapten Jeneral Guatemala. Selepas pengistiharan kemerdekaan pada 27 September, 1821, menjadi tujuan parlimen Mexico bagimewujudkan sebuah komonwel di mana Raja Sepanyol, Ferdinand VII, akan menjadi Maharaja Mexico, akan tetapi kedua-dua negara akan ditadbir oleh undang-undang yang berasingan dengan pegawai perundangan masing-masing. Sekiranya raja menolak kedudukan ini, undang-undang membenarkan ahli Kerabat Bourbon untuk menaiki takhta Mexico. Walau bagaimanapun, Ferdinand VII tidak mengakui kemerdekaan negara ini dan mengatakan bahawa Sepanyol tidak membenarkan mana-mana putera Eropah mengambil takhta Mexico. Berdasarkan permintaan Parlimen negara tersebut, Agustín de Iturbide dari Mexico ditabalkan sebagai Maharaja Mexico.

Empayar Mexico
Imperio Mexicano
1822–1823
Bendera Mexico
Jata Mexico
Bendera Jata
Cogan kata[Libertad, unión y religión] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
("Freedom, unity and religion")
Lokasi Mexico
Ibu negaraBandar Raya Mexico
Bahasa yang umum digunakanSepanyol
Agama
Katolik Rom
KerajaanRaja berparlimen
Maharaja 
• 1822-1823
Agustín I
Sejarah 
16 September, 1810
• Agustín I dari Mexico
21 Julai 1822
• Kejatuhan monarki
19 Mac 1823
Keluasan
4,925,283 km2 (1,901,662 bt2)
Mata wangReal Mexico
Kod ISO 3166MX
Didahului oleh
Diganti oleh
Sepanyol Baru
Mexico
Republik Persekutuan Amerika Tengah

Sejarah sunting

Jangka hayat Empayar Pertama Mexico adalah singkat, bertahan hanya selama lapan bulan bermula pada 21 Julai, 1822 sehingga 19 Mac, 1823, dan memiliki hanya seorang maharaja iaitu Agustín de Iturbide.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting