Enamel gigi adalah lapisan luar gigi yang boleh dilihat dari permukaan.[1] Lapisan ini mengandungi 5% air dan 95% zat bukan organik hidroksil apalit (sebatian/senyawa kalsium fosfat) dan zat organik (protein dan mukopolisakarida). Enamel bahan semulajadi terkuat dalam tubuh manusia di tangga ke-5 skala Mohs antara keras besi dan titanium serta daya kaku sebanyak 83 GPa[1][2] lebih kuat daripada tulang. Akan tetapi, enamel mudah terdedah kepada asid rembesan bakteria dalam mulut mencerna sisa gula makanan yang melarutkan enamel hingga rosak.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Hasan Shadily. Ensiklopedia Indonesia. 7. Jakarta: PT Ichtiar Baru van Hoeve.
  2. ^ M. Staines, W. H. Robinson and J. A. A. Hood (1981). "Spherical indentation of tooth enamel". Journal of Materials Science. 16 (9): 2551–2556. Bibcode:1981JMatS..16.2551S. doi:10.1007/bf01113595. S2CID 137704231.
  3. ^ Dr. Balkis binti Ghazali (18 September 2017). "Gigi yang Tidak Boleh Diselamatkan". Myhealth.gov.my. Dicapai pada 11 Julai 2019.