Enosis (Yunani: Ένωσις, "penyatuan") merupakan pergerakan dilangsungkan dalam kalangan masyarakat Yunani yang menghuni kawasan-kawasan luar negara republik Yunani mendokong kesatuan politik dengan negara tersebut. Ia didasarkan pemahaman iredentis Megali Idea yang wujud semasa pembentukan negara Yunani moden tahun 1830 mendesak pengilhakan tanah-tanah diduduki bangsa Yunani termasuk yang terlibat semasa Perang Kemerdekaan Yunani 1820-an.

Tunjuk perasaan di Cyprus mendokong enosis pada tahun 1930-an.

Pulau Cyprus merupakan antara tempat utama bergolaknya fahaman ini semasa ia dalam penjajahan British namun ia tidak disenangi masyarakat bangsa Turki yang turut menghuni pulau tersebut tanpa adanya syarat pemisahan kawasan mereka daripada yang ditadbir orang Yunani atau taksim (تقسيم). Cyprus dimerdekakan secara neutral tanpa memihak kepada mana-mana enosis atau taksim tahun 1960; namun suatu rampasan kuasa didokong junta Yunani mendorong kepada pendudukan balas oleh pihak Turki sendiri di bahagian pulau utara membawa kepada konflik yang wujud sehingga hari ini.

Lihat juga sunting