Eric Trump

Anak ketiga Presiden AS ke-45 Donald Trump

Eric Frederick Trump (lahir 06 Januari 1984) ialah seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat, seorang dermawan dan seorang bekas personaliti TV.[4]

Eric Trump
Eric Trump pada tahun 2020
Kelahiran
Eric Frederick Trump

06 Januari 1984 (umur 40)
Warganegara Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Georgetown
(Pentadbiran Perniagaan)
PekerjaanAhli perniagaan
OrganisasiThe Eric Trump Foundation
MajikanThe Trump Organization
PangkatNaib Presiden Eksekutif
PasanganLara Lea Yunaska (kahwin 2014)
Anak-anak02
Ibu bapa
Saudara
Keluarga
  • Fred Trump (datuk)
  • Mary Anne MacLeod (nenek)
  • Frederick Trump (bapa datuk)
  • Elisabeth Marie Christ (ibu datuk)
  • Miloš Zelníček (ayah ibu)
  • Marie Zelnickova (emak ibu)
Catatan kaki / rujukan
[1] [2] [3]

Beliau merupakan anak ketiga kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump dan Ivana Trump.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2006, Trump telah mengasaskan yayasan bernama The Eric Trump Foundation, pertubuhan bukan untung ini mendapat banyak derma untuk St. Jude Children's Research Hospital.[5]

Pada 08 November 2014, Trump berkahwin dengan kawan lamanya Lara Lea Yunaska di Mar-A-Lago, Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.[5][6]

Pada tahun 2020, Trump mempunyai 2 orang anak.

Pendidikan sunting

Eric Trump menghadiri ke Trinity School yang berada di Bandar Raya New York sehingga tahun 1995. Sekolah persendirian ini mengambil hampir 1000 pelajar setiap tahun dan memberikan pendidikan kepada pelajar dari peringkat tadika hingga ke sekolah menengah.[7]

Pada tahun 1996, Trump memindahkan untuk melengkapkan pendidikannya di The Hill School yang berada di Pennsylvania. Selepas pelajaran dia di sana, beliau berkhidmat di sana sehingga tahun 2013.[7]

Pada tahun 2013, Trump memohon dan diterima masuk ke Universiti Georgetown. Selepas empat tahun, beliau menamatkan pengajian ijazah dalam bidang kewangan dan pengurusan.[7]

Kerjaya sunting

Eric Trump bersama dengan abangnya Donald Trump Jr. berkhidmat sebagai pemegang amanah The Trump Organization.

Eric dengan abangnya juga menjalankan tugas kepada syarikat The Trump Organization mereka sebagai Naib Presiden Eksekutif pada hari ayah mereka menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45.

Rujukan sunting

  1. ^ The Trump Story di The Trump Organization pada 25 Mei 2021
  2. ^ Donald J. Trump di The Trump Organization pada 25 Mei 2021
  3. ^ Executive Vice President Eric Trump di The Trump Organization pada 25 Mei 2021
  4. ^ a b Carser, A. R. (August 15, 2016). Donald Trump: 45th Us President. ABDO. m/s. 42. ISBN 9781680795189.
  5. ^ a b "Eric Trump, Donald Trump's Son, Marries Lara Yunaska—Check Out Details and Photos from the Wedding!" di Eonline
  6. ^ "Lara Trump: How Did Trump’s Daughter-in-Law Meet Eric Trump?" di Heavy
  7. ^ a b c "Eric Trump's Educational Background: Where Did Eric Trump Learn his Trade?" di EDUInReview.com

Pautan luar sunting

Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Donald Trump
Pengerusi The Trump Organization
( Naib Presiden Eksekutif )

2017–sekarang
Berkhidmat bersama: Donald Trump Jr.
Pemegang jawatan kini