Eris (planet kerdil)

Eris (simbol: ⯰;[5] Inggeris: IPA: [ˈɛ.ɹɪs] atau [ˈɪ.ɹɪs]), juga penandaan rasmi 136199 Eris merupakan planet kerdil berjisim terbesar di dalam sistem suria dan jasad kesembilan berjisim terbesar yang mengorbit matahari secara langsung. Ia mempunyai anggaran kira-kira 2300–2400 km diameter,[6] dan 27% lebih berjisim daripada Pluto atau lebih kurang 0.27% daripada jisim Bumi.[7][8]

Eris ⯰
Eris (tengah) dan Dysnomia (di kanan tengah). Balai Cerap Keck.
Eris (tengah) dan Dysnomia (di kanan tengah).
Balai Cerap Keck.
Penemuan
Ditemui olehM. E. Brown,
C. A. Trujillo,
D. L. Rabinowitz[1]
Tarikh penemuan21 Oktober 2003[1]
Designasi
Designasi planet minor136199 Eris
Nama alternatif2003 UB313 [2]
Kategori planet minorPlanet kerdil
TNO (objek cakera terserak)
Ciri-ciri orbit
Epok 6 Mac 2006
(JD 2453800.5) [3]
Afelion97.56 AU (14.60 Tm)
Perihelion37.77 AU (5.65 Tm)
Paksi semimajor67.6681 AU (10.12 Tm)
Kesipian0.44177
Kelajuan purata orbit3.436 km/s
Min anomali197.63427°
Kecondongan44.187°
Longitud nod menaik35.8696°
Satelit1
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa1200 km ± 50 km
(750 batu ± 30 batu,
atau 19% dari Bumi)
Jisim1.6×1022kg[4]
Tempoh putaran ikut bintang> 8 h?
Albedo0.86 ± 0.07
Suhu min purata max
Kelvin ~30 K
Magnitud mutlak (H)−1.12 ± 0.01

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Planet kerdil Eris telah ditemukan pada Januari 2005 oleh sebuah pasukan berpengkalan di Balai Cerap Palomar yang diketuai oleh Mike Brown, dan identitinya telah dikenalpasti pada akhir tahun berkenaan. Ia merupakan sebuah objek trans-Neptune (TNO), dan merupakan ahli di dalam satu populasi keeksentrikan(keganjilan) yang tinggi dikenali sebagai sebagai cakera terserak, berada hanya di luar lingkaran Kuiper, dan ditemani oleh sekurang-kurangnya satu bulan iaitu Dysnomia. Sehingga 2011, jaraknya dari Matahari adalah 96.6 AU,[9] secara kasarnya tiga kali lebih jauh berbanding dengan Pluto. Dengan kekecualian beberapa komet, Eris dan Dysnomia adalah objek semulajadi yang dikenali paling jauh di dalam Sistem Solar.[10][h]

Oleh kerana Eris kelihatan lebih besar daripada Pluto, pada permulaannya, penemunya[11] dan NASA menyifatkan ia sebagai planet kesepuluh Sistem Solar. Penemuan ini, bersama-sama dengan prospek penemuan objek-objek yang bersaiz serupa pada masa hadapan, telah mendorong Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) untuk mendefinasikan istilah planet buat pertama kali. Di bawah definasi IAU yang diluluskan pada 24 Ogos, 2006, Eris merupakan "planet kerdil" bersama-sama dengan Pluto, Ceres, Haumea and Makemake.[12]

Pada tahun 2010, keputusan awal daripada pemerhatian sebuah penghijaban najam oleh Eris pada November 6 telah mencadangkan bahawa diameternya mungkin 2320 km, bererti saiznya hampir sama seperti Pluto.[13] Dengan mengambilkira bar ralat penganggaran saiz kedua-duanya, pada masa kini masih tidak tentu samada Eris atau Pluto mempunyai diameter yang lebih besar.[14] Kedua-dua Pluto dan Eris dianggarkan mempunyai diameter berjisim pejal kira-kira 2330 km.[14]

Penemuan sunting

Eris telah ditemui oleh Mike Brown, Chad Trujillo, dan David Rabinowitz[10] pada Januari 5, 2005, dari imej-imej yang telah diambil pada Oktober 21, 2003. Penemuan ini telah diumumkan pada Julai 29, 2005, sama hari dengan penemuan Templat:Dp dan dua hari selepas penemuan Templat:Dp.[15] Pasukan pencari sudah mengimbas secara sistematik bagi jasad-jasad luar sistem suria selama beberapa tahun, dan telah terlibat di dalam penemuan beberapa jasad TNO yang lebih besar, termasuklah 50000 Quaoar, 90482 Orcus, dan 90377 Sedna.

Pemerhatian-pemerhatian rutin yang diambil oleh pasukan iu pada were taken by the Oktober 21, 2003, menggunakan Teleskop Schmidt Samuel Oschin 1200 mm di Bakai Cerap Gunung Palomar, California, tetapi imej Eris tidak dapat ditemui pada titik disebabkan pergerakannya sangat perlahan membelah langit: Perisian pencari imej secara The team's automatik membuang semua objek yang bergerak kurang daripada 1.5 arcsaat per jam untuk mengurangkan bilangan Positive palsu telah kembali. Apabila When Sedna ditemui, ia bergerak pada 1.75 arcsec/h, dan di dalam cahaya yang dianalisa kembali oleh pasukan dengan satu had rendah pada pergerakan sudut, menyusun menerusi imenj-imej yang dikeluarkan oleh mata. Pada bulan Januari 2005, analisis semula memperlihatkan pergerakan Eris yang perlahan di sebalik latarbelakang bintang-bintang.

 
Animasi menunjukkan pergerakan Eris yang digunakan untuk menemukannya. Eris ditunjukkan oleh anak panah. Tiga rangka telah diambil terhadap satu temoh tiga jam.
 
Pengagihan Objek-objek trans-Neptunian(TNO)

Pemerhatian susulan telah dilakukan untuk membuat satu penilaian awal mengenai orbit Eris, yang membenarkan penganggaran jarak objek itu dibuat. Pasukan ini merancang untuk menangguhkan penemuan mereka sehingga pemerhatian selanjutnya yang membenarkan pengiraan orbit Eris yang lebih tepat, tetapi telah membawa pengumuman mereka ke hadapan setelah satu lagi TNO yang mereka kesan, Templat:Dp, telah diumumkan oleh sebuah pasukan yang lain di Sepanyol.[10]

Lebih banyak pemerhatian telah dikeluarkan pada bulan Oktober 2005 yang memperlihatkan bahawa Eris mempunyai satu bulan, kemudiannya dinamakan sebagai Dysnomia. Pemerhatian pada orbit Dysnomia membenarkan ahli sains untuk menilai jisim Eris, yang mana pada bulan Jun 2007 mereka membuat pengiraannya sebagai (1.66±0.02)×1022 kg, 27% lebih besar daripada jisim Pluto.

Pengelasan sunting

Eris dikelaskan sebagai sebuah plutoid, iaitu, sebuah objek trans-Neptun yang juga merupakan sebuah planet kerdil.[16] Ciri-ciri orbit lebih spesifik dikategorikan sebagai sebuah objek cakera berselerak (SDO), atau sebuah TNO yang dipercayai "diselerakkan" daripada lingkaran Kuiper ke tempat lebih jauh dan unusual orbitnya yang di luar kebiasaan berikutan interaksi gravitinya dengan Neptun disebabkan pembentukan Sistem Suria. Walaupun kecondongan orbitnya di luar kebiasaan di kalangan SDO-SDO yang dikenali, model-model teori mencadangkan bahawa objek-objek yang asalnya berdekatan dengan pinggir dalaman lingkaran Kuiper telah diserakkan kepada orbit-orbit berkecondongan tinggi daripada objek-objek luar lingkaran.[17] Objek-objek lingkaran dalaman dijangka lebih berjisim secara umumnya daripada objek-objek luar lingkaran., dan supaya ahli astronomer lebih menemukan objek-objek Eris di orbit-orbit berkecondongan lebih tinggi , yang mana kebiasaannya tidak dipedulikannya.

Oleh kerana Eris mungkin lebih besar daripada Pluto, pada mulanya ia disifatkan sebagai "planet ke sepuluh" oleh NASA dan laporan media mengenai penemuannya.[18] Di dalam tindakbalas terhadap ketidaktentuan statusnya, dan oleh kerana perdebatan yang berlangsung samada Pluto seharusnya diklasifikasikan sebagai sebuah planet, IAU mengagih-agihkan sekumpulan ahli astronomi untuk membangunkan satu definasi yang cukup tepat mengenai istilah planet untuk memutuskan isu tersebut. Ini telah diumumkan sebagai mendefinasikan istilah planet, IAU yang digunapakai pada Ogos 24, 2006. Pada masa kini, kedua-dua Eris dan Pluto telah diklasifikasikan sebagai planet kerdil, satu kategori yang berbeza daripada definasi baru planet.[19] Semenjak itu Brown telah menyatakan persetujuannya mengenai label "planet kerdil".[20] Kemudiannya IAU menambah Eris ke dalam Katalog Planet Minor, menggelarnya (136199) Eris.[21] Eris

Nama sunting

 
Gambar orang Athens terhadap Eris, sekitar 550 BC

Eris dinamakan bersempena Tuhan Yunani Eris (Yunani Ἔρις), satu lambang persengketaan dan perbalahan.[22] Nama ini telah diberikan pada September 13, 2006, berikutan satu tempoh lama di luar kebiasaannya yang mana objek ini dikenali sebagai gelaran sementara 2003 UB313, yang telah dibenarkan secara automatik oleh by the IAU di bawah protokol penamaan bagi planet minor.

Xena sunting

Disebabkan oleh ketidaktentuan samada objek ini diklasifikasikan sebagai sebuah planet atau sebuah planet minor, sebagai suatu prosedur tatanama yang berbeza digunapakai kepada kelas-kelas objek yang berbeza,[23] keputusan kepada apa dinamakan ke atas objek itu ditangguhkan sehingga selepas Ogos 24, 2006, peraturan IAU.[24]Sebagai hasilnya, pada masa itu objek itu dikenali kepada umum sebagai Xena.

"Xena" adalah nama dalaman tidak rasmi yang digunakan oleh pasukan penemu. Ia diinspirasikan oleh heroin eponim siri televisyen Xena: Warrior Princess. Pihak penemu dilaporkan telah menyimpan gelaran "Xena" bagi jasad pertama yang mereka jumpa lebih besar daripada Pluto. Merujuk kepada Brown,

We chose it since it started with an X (planet "X"), it sounds mythological (OK, so it’s TV mythology, but Pluto is named after a cartoon, right?),[b] and (this part is actually true) we've been working to get more female deities out there (i.e. Sedna). Also, at the time, the TV show was still on TV, which shows you how long we've been searching![25]

"Kita andaikan [bahawa] satu nama sebenar akan keluar dengan cepat, [tetapi] proses terhenti seketika," Mike Brown berkata semasa di dalam temuramah,

One reporter called me up from the New York Times who happened to have been a friend of mine from college, [and] I was a little less guarded with him than I am with the normal press. He asked me, "What's the name you guys proposed?" and I said, "Well, I'm not going to tell." And he said, "Well, what do you guys call it when you're just talking amongst yourselves?"... As far as I remember this was the only time I told anybody this in the press, and then it got everywhere, which I only sorta felt bad about—I kinda like the name.[26]

Memilih nama rasmi sunting

 
Gambaran artis terhadap planet kerdil Eris[27].

Merujuk kepada penulis sains Govert Schilling, pada mulanya Brown hendak memanggil objek ini "Lila", selepas satu konsep di dalam mitologi Hindu yang menyifatkan alam semesta sebagai hasil dari sebuah permainan yang dimainkan oleh Brahma. Nama ini sangat menyerupai "Lilah", nama anak perempuan Brown yang baru lahir. Brown telah menyedari tidak memberikan nama ini ke khalayak umum sebelum ia diterima secara rasmi. Beliau telah membuat sedemikian dengan Sedna setahun sebelumnya, dan telah dikritik dengan beratnya. Walau bagaimanapun, beliau menyenaraikan alamat laman sawang peribadi mengumumkan bahawa penemuan sebagai /~mbrown/planetlila dan di dalam kacau bilau berikutan kontroversi terhadap penemuan Haumea, beliau terlupa untuk menukarkannya. Lebih suka daripada menerima kemarahan yang tidak perlu daripada ahlli-ahli astronomi, dengan mudahnya beliau telah berkata bahawa laman sesawang itu dinamakan bersempena anaknya dan menmbuang "Lila" daripada pertimbangan.[28]

Brown juga membuat spekulasi bahawa Persephone, isteri kepada Tuhan Pluto, seharusnya menjadi nama kepada objek.[10] Nama berkenaan telah digunakan beberapa kali di dalam fiksyen sains,[29] dan masih popular dengan awam, memenangi satu undian yang dijalankan oleh majalah New Scientist ("Xena", di sebalik hanya satu gelaran, tempat keempat).[30] Walaupun begitu, ini tidak mungkin kerana sebaik sahaja the objek ini diklasifikasikan sebagai satu planet kerdil, kerana terdapat sebuah asteroid dengan nama tersebut, 399 Persephone.[10] Oleh kerana peraturan IAU memerlukan satu nama daripada ciptaan mitologi bagi objek-objek dengan orbit stabil melangkaui orbit Neptun, pasukan itu juga mempertimbangkan kemungkinan berkenaan.[31]

Disebabkan perselisihan berjaya diselesaikan, pasukan penemu telah mencadangkan Eris pada September 6, 2006. Pada September 13, 2006 nama ini diterima sebagai nama rasmi oleh IAU.[31][32] Brown telah memutuskan bahawa, objek itu dipertimbangkan sebagai sebuah planet di dalam satu tempoh yang lama, ia berhak menerima satu nama daripada Yunani dan mitologi Rom, planet-planet yang lain. Bagaimanapun, asteroid-asteroid telah mengambil kebanyakan nama-nama Yunani-Roman. Eris, yang mana Brown sifatkan sebagai nama tuhan kesayangannya, mujur melepasi kemasukannya.[26] Nama sebahagiannya mencerminkan perselisihan di dalam masyarakat astronomi disebabkan oleh berdebatan terhadap semulajadi bagi objek tersebut dan Pluto.

Rujukan sunting

  1. ^ a b http://cfa-www.harvard.edu/iau/lists/NumberedMPs.html
  2. ^ http://cfa-www.harvard.edu/iau/MPDes.html
  3. ^ http://asteroid.lowell.edu/
  4. ^ Brown, M.E. et al. 2006. Satellites of the Largest Kuiper Belt Objects. Astrophysical Journal, 639:L43-L46
  5. ^ JPL/NASA (2015-04-22). "What is a Dwarf Planet?". Jet Propulsion Laboratory. Dicapai pada 2022-01-19.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bertoldi2006 tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mass tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 070614_eris_mass tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AstDys tidak disediakan
  10. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan New Planet tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mbrown-planetlila tidak disediakan
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IAUPressRelease2006 tidak disediakan
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Brown2010-occult tidak disediakan
  14. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Brown2010-Plutosize tidak disediakan
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MaughJohnson tidak disediakan
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan plutoid tidak disediakan
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GallardoBrunini tidak disediakan
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JPL-2005-126 tidak disediakan
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IAU 2006 5&6 tidak disediakan
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Britt2006 tidak disediakan
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IAU-C8747 tidak disediakan
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan USGS-UB-313 tidak disediakan
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IAU-2003-UB313 tidak disediakan
  24. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Green2006 tidak disediakan
  25. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AAS-XenaGabrielle tidak disediakan
  26. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WGBH tidak disediakan
  27. ^ "Faraway Eris is Pluto's Twin". ESO Science Release. 26 October 2011. Dicapai pada 28 October 2011.
  28. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Schilling2008 tidak disediakan
  29. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TechRepublic2006 tidak disediakan
  30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan O'Neill2005-NewScientist tidak disediakan
  31. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan caltech tidak disediakan
  32. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IAU0605 tidak disediakan