Ernest Borgnine (/ˈbɔːrɡnn/; lahir Ermes Effron Borgnino (sebutan bahasa Itali: [borˈɲiːno]); 24 Januari 1917 – 8 Julai 2012) ialah seorang pelakon dan pelakon suara Amerika yang memenangi Golden Globe, BAFTA, Anugerah Akademi dan Anugerah Emmy sebagai pelakon terbaik. Beliau menceburi kerjaya lakonan sejak tahun 1951 sehingga kematiannya pada tahun 2012. Seorang penghibur yang popular, beliau juga muncul sebagai tetamu dalam banyak rancangan bual bicara dan sebagai panelis dalam beberapa rancangan permainan. Beliau juga dikenali sebagai suara asal Mermaid Man pada siri animasi televisyen, SpongeBob SquarePants, peranan yang dimainkannya dari tahun 1999 hingga kematiannya pada tahun 2012.

Ernest Borgnine
Borgnine pada April 2010
Kelahiran
Ermes Effron Borgnino

(1917-01-24)24 Januari 1917
Meninggal dunia8 Julai 2012(2012-07-08) (umur 95)
Sebab kematianKegagalan buah pinggang
PekerjaanPelakon, pelakon suara
Tahun aktif1947–2012
PasanganRhoda Kemins
(k. 1949; c. 1958)

Katy Jurado
(k. 1959; c. 1963)

Ethel Merman
(k. 1964; c. 1965)

Donna Rancourt
(k. 1965; c. 1972)

Tova Traesnaes
(k. 1973; kematiannya 2012)
Anak-anak4
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan Tentera Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1935–1941, 1942–1945
Pangkat Gunner's mate, Kelas pertama
CPO kehormat
PertempuranPerang Dunia II
Tandatangan

Kehidupan peribadi sunting

Borgnine berkahwin lima kali. Perkahwinan pertamanya, dari 1949 hingga 1958, ialah kepada Rhoda Kemins, yang beliau bertemu ketika berkhidmat di Angkatan Laut.[1] Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Nancee (lahir 28 Mei 1952). Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon Katy Jurado dari 1959 hingga 1963. Perkahwinan Borgnine kepada penyanyi Ethel Merman pada tahun 1964 hanya selama 32 hari. Masa mereka bersama-sama kebanyakannya dihabiskan untuk melemparkan penghinaan yang tidak senonoh di antara satu sama lain, dan kedua-duanya kemudian mengakui bahawa perkahwinan itu adalah kesilapan besar. Perceraian mereka telah dimuktamadkan pada 25 Mei 1965.

Dari 1965 hingga 1972, Borgnine telah berkahwin dengan Donna Rancourt, yang mempunyai anak lelaki, Cristopher (lahir 9 Ogos 1969) dan dua orang anak perempuan, Sharon (lahir 5 Ogos 1965) dan Diana (lahir 29 Disember 1970). Pernikahan kelima dan terakhirnya ialah Tova Traesnaes. Borgnine meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang pada 8 Julai 2012 di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles, California.[2] Beliau berusia 95 tahun.[3] Berikutan kematiannya, Nickelodeon memberi penghormatan kepadanya dengan dua jam maraton SpongeBob SquarePants yang memaparkan episod yang memfokuskan kepada wataknya.[4][5]

Anugerah filem dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Tajuk Keputusan
1955 Anugerah Akademi Pelakon Terbaik dalam Peranan Utama Marty Menang
BAFTA Award Best Foreign Actor Menang
Golden Globe Award Best Actor – Motion Picture Drama Menang
NBR Award Best Actor Menang
NYFCC Award Best Actor Menang
1959 Locarno International Film Festival Best Actor The Rabbit Trap Menang
1962 Emmy Award Outstanding Continued Performance by an Actor in a Series (Lead) McHale's Navy Tercalon
1979 Outstanding Supporting Actor in a Limited Series or a Special All Quiet on the Western Front Tercalon
1981 Anugerah Raspberi Emas Worst Supporting Actor Deadly Blessing Tercalon
1999 Emmy Award Outstanding Performer in an Animated Program All Dogs Go to Heaven: The Series Tercalon
2007 Golden Globe Award Best Actor in a Mini-Series or a Motion Picture Made for Television A Grandpa for Christmas Tercalon
2009 Emmy Award Outstanding Guest Actor in a Drama Series ER: And in the End... Tercalon
2009 Lifetime Achievement Award from the Rhode Island International Film Festival Menang
2011 Screen Actors Guild Life Achievement Award from the Screen Actors Guild Menang

Filemografi sunting

Filem sunting

Televisyen sunting

Rujukan sunting

  1. ^ M. A. Schmidt (10 April 1955). "Ernest Borgnine: Fiendish 'Fatso' to Meek 'Marty'". The New York Times. NYTimes.com. Dicapai pada 2012-11-08.
  2. ^ Kate Mather and Ashley Powers (8 July 2012). "Ernest Borgnine died of kidney failure, his publicist says". Los Angeles Times. LATimes.com.
  3. ^ Anita Gates (8 July 2012). "Ernest Borgnine dies at 95". The New York Times. NYTimes.com.
  4. ^ Blair, Kevin (July 10, 2012). "Nickelodeon To Honor Ernest Borgnine With Two-Hour 'SpongeBob SquarePants' Marathon". Starpulse.com. Dicapai pada May 2, 2013.
  5. ^ Zahed, Ramin (July 10, 2012). "Nick Offers Special Borgnine SpongeBob Tribute". Animartion. Dicapai pada May 2, 2013.

Pautan luar sunting