Ernest Lou Medina (27 Ogos 1936 - ) adalah pegawai pemerintah Kompeni “C”, Batalion Pertama, Rejimen Infantri Ke-20 yang terlibat semasa Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai

Fail:Captain Ernest Medina.jpg
Kapten Ernest Medina

Ernest Medina berumur 16 tahun dan membuat penipuan mengenai umurnya untuk membolehkan beliau masuk menyertai pasukan Pengawal Kebangsaan (National Guard). Di diberikan latihan menjadi operator radio tetapi mempunyai susuk badan yang terlalu kecil untuk memikul set radio yang seberat 30 kg. Oleh demikian, beliau menerima latihan sebagai tukang masak. Dia menghadiri mesyuarat dan seminar sebagai persiapan untuk kenaikan pangkat dan mengarakkan panji-panji Pengawal Kebangsaan semasa perlawanan bola dan semasa perarakan. Satu tahun selepas tamat pengajian sekolah tinggi, Medina sudah mencapai pangkat E6, satu pangkat di di bawah pangkat tertinggi E7 untuk anggota bukan pegawai. Setelah tamat pengajian sekolah tinggi, Medina bekerja di beberapa tempat seperti di perkhidmatan hutan, syarikat pembalakan, kerani di syarikat ayan dan juruwang di kedai farmasi.

Dalam tahun 1956, Medina menyertai tentera darat. Selepas latihan asas, dia dihantar ke Jerman. Pada umur 21 tahun, Medina sudah menyandang pangkat Staf Sarjan. Medina mendapat tawaran ke Akademi Tentera Darat Amerika Syarikat di West Point, tetapi tawaran itu ditolak Medina. Walaupun demikian, Medina menerima tawaran menghadiri Sekolah Pegawai Kadet (OCS) dan lulus cemerlang, menjadi Komander batalion kadet pengambilan beliau. Medina seterusnya menjadi jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet selama dua tahun sebelum dihantar ke Hawaii. Dalam bulan Disember 1966, Medina menjadi Pegawai Pemerintah Kompeni “C”, Batalion Pertama, Rejimen Infantri ke-20 (C/1-20).

Tragedi My Lai sunting

 
Tragedi My Lai

Kompeni C/1-20 terlibat dengan tragedi My Lai pada 16 Mac 1968. Kompeni “C” dengan kekuatan 3 platun bertugas dalam satu operasi melibatkan beberapa batalion untuk membersihkan satu kawasan di wilayah Quang Ngai, khususnya di perkampungan Song My dan dikenali sebagai My Lai oleh Tentera Amerika. Semasa memberikan taklimat operasi, Kapten Medina diajukan soalan sama perintah “menghapuskan semua aktiviti musuh” meliputi penghapusan wanita dan kanak-kanak. Jawapan yang diberikan Medina tidak jelas.

Medina menghantar Platun No. 1 dan Platun No.2 masuk ke dalam kampung My Lai 4. Medina bersama Markas Kompeni dan Platun No. 3 tunggu di dalam sawah padi di luar kampung untuk bersedia bertindak balas sekiranya 1 Platun dan 2 Platun diserang. Tiba-tiba pembunuhan beramai-ramai tercetus. Apabila Medina dengan diiringi Markas kompeni dan 3 platun memasuki kampung My Lai 4, pembunuhan sedang rancak berlaku. Medina sendiri tidak menegah pembunuhan yang berlaku, sebaliknya mengarahkan bangunan-bangunan dibakar dan dimusnahkan. Selepas kejadian, Medina memberikan amaran kepada Michael Bernhardt, seorang askar yang enggan turut serta dalam pembunuhan beramai-ramai untuk tidak memecahkan rahsia mengenai Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai.

Penyiasatan yang dijalankan menyebabkan 26 orang pegawai dan lain-lain pangkat dihadapkan pertuduhan di Mahkamah Tentera. Pertuduhan terhadap Medina akhirnya digugurkan kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi. Walau bagaimanapun Leftenan William Calley didapati bersalah di atas tuduhan membunuh dengan niat, dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Dalam pembelaannya, Calley menggunakan alasan bahawa dia hanya menurut perintah yang diberikan Medina.

Apabila pertama kali disoal siasat mengenai My Lai, Media sedang mengikut kursus 9 bulan untuk membolehkan kenaikan ke pangkat Mejar. Median telah dikenal pasti untuk kenaikan pangkat. Penyiasatan ke atas tragedi My Lai dan pertuduhan di dalam mahkamah tentera menjejaskan karier tenteranya dan Medina meletakkan jawatan sebagai pegawai. Median kemudiannya berpindah ke Menomee, Michigan dan bekerja di sebuah syarikat helikopter Enstrom Helicopter Manufacturing Company milik F. Lee Bailey, peguam pembela semasa menghadapi tuduhan di mahkamah tentera.

Standard Medina Dalam Pertanggungjawaban Pemerintah sunting

Pada mulanya Medina dituduh bersubahat untuk menyembunyikan dan menyekat maklumat mengenai tragedi My Lai. Pertuduhan ini digugurkan. Pertuduhan cuai dalam menjalankan tugas juga digugurkan, disebabkan statut penghadan. Sebaliknya Medina dituduh membunuh 102 orang awam Vietnam. Pertuduhan ini diasaskan kepada prinsip keadilan tentera meliputi pertanggungjawaban pemerintahan (command responsibility). Sebagai pegawai pemerintah kompeni C/1-20, Medina bertanggungjawab memberhentikan pembunuhan yang sedang berlaku, ataupun yang akan berlaku.

Kesan daripada tragedi My Lai, nama Medina dikaitkan dengan doktrin pertanggungjawaban pegawai pemerintah (dipanggil Standard Medina ataupun standard Yamashita) dalam penentuan pertanggungjawaban dalam kes perlakuan jenayah perang. Standard Medina diasaskan kepada tragedi My Lai. Doktrin ini menetapkan bahawa seorang pegawai pemerintah yang mengetahui perlakuan jenayah perang, tetapi tidak mengambil tindakan menghentikannya akan memikul tanggungan jenayah.

Rujukan sunting