Otto Ernst Lindemann (28 Mac 1894 - 27 Mei 1941) merupakan seorang Kapitän zur See (Kapten laut) Jerman. Beliau juga merupakan satu-satunya komander kapal tempur Bismarck selama lapan bulan dalam perkhidmatannya dalam Perang Dunia Kedua.

Ernst Lindemann
The head and upper torso of a man. He wears a peaked cap, black naval coat and a white belt with dagger. His facial expression is determined; his eyes are looking straight into the camera.
Kapitän zur See Ernst Lindemann
selaku komander kapal tempur Bismarck pada 24 Ogos 1940
Kelahiran(1894-03-28)28 Mac 1894
Altenkirchen, Empayar Jerman
Meninggal dunia27 Mei 1941(1941-05-27) (umur 47)
Atlantik Utara
Disemadikan (48°10′N 16°12′W / 48.167°N 16.200°W / 48.167; -16.200)
Kesetiaan Empayar Jerman (1913–18)
 Republik Weimar (1918–33)
 Jerman Nazi (1933–41)
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1913–41
PangkatKapitän zur See (Kepten)
UnitSMS Hertha
SMS Lothringen
SMS Bayern
SMS Hannover
SMS Elsass
SMS Schleswig-Holstein
SMS Hessen
Kruiser berat Admiral Scheer
ArahanKompeni Pertama Artileri, Friedrichsort
Jabatan Pembinaan Kapal, OKM
Sekolah Artileri Tentera Laut
Bismarck
Pertempuran
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross (anumerta)
HubunganErnst Heinrich Lindemann (datuk)
Georg Lindemann (sepupu)

Lindemann menyertai Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine) pada tahun 1913, dan selepas latihan ketenteraan asasnya, berkhidmat untuk beberapa kapal perang semasa Perang Dunia Pertama sebagai pegawai telegrafi wayarles. Semasa berkhidmat di kapal SMS Bayern, beliau menyertai Operasi Albion pada tahun 1917. Selepas Perang Dunia Pertama, beliau berkhidmat untuk pelbagai kedudukan latihan artileri dan staf tentera laut. Selepas satu tahun tercetusnya Perang Dunia Kedua, beliau dilantik sebagai komander kapal tempur Bismarck, yang pada masa itu merupakan kapal paling besar digunakan di seluruh dunia dan merupakan kebanggaan Kriegsmarine (Tentera Laut Jerman).

Pada Mei 1941, Lindemann mengendalikan Bismarck semasa Operasi Rheinübung. Bismarck dan kruiser berat Prinz Eugen membentuk pasukan petugas di bawah perintah Laksamana Günther Lütjens di atas kapal Bismarck. Arahan adalah untuk keluar dari pangkalan mereka di Poland yang sudah ditakluk oleh Nazi Jerman untuk menyerang lorong perkapalan saudagar British di Lautan Atlantik. Penglibatan utama pertama pasukan petugas ialah Pertempuran Selat Denmark yang mengakibatkan tenggelam HMS Hood. Tidak lebih dari seminggu kemudian, pada 27 Mei, Lindemann dan kebanyakan anak kapalnya meninggal dunia dalam pertempuran terakhir Bismarck.

Beliau dianugerahi pingat Knight Cross of the Iron Cross (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes), pada masa itu merupakan penghargaan tertinggi untuk pasukan ketenteraan Jerman Nazi. Pingat itu disampaikan kepada balunya, Hildegard, pada 6 Januari 1942.

Kehidupan awal sunting

Otto Ernst Lindemann dilahirkan pada 28 March 1894 di Altenkirchen di Westerwald, Wilayah Rhine. Dia merupakan anak pertama kepada ketiga-tiga adik beradiknya dan ibu bapanya adalah Dr. jur. Georg Heinrich Ernst Lindemann dan Maria Lindemann, née Lieber. Dipanggil Ernst, Georg Lindemann seorang hakim percubaan (Gerichtassessor) dan kemudian presiden Prussian Central Land Credit Company, bank credit Prussia.[Notes 1][2][Notes 2]

Otto Ernst Lindermann telah dibaptiskan oleh Gereja Protestan pada 26 April 1894. Keluarga Ernst pindah ke Charlottenburg di Berlin, yang mana mereka telah tinggal di Jalan Carmer 6,[Tr 1] pada tahun 1895. Adiknya—Kurt—dilahirkan pada tahun 1896, dan seterusnya adik keduanya, Hans-Wolfgang, pada tahun 1900.[Notes 3] Keluarga tersebut berpindah lagi pada tahun 1903, di mana pula ke rumah mereka sendiri di Dahlem, Berlin, berdekatan dengan hutan Grunewald.[2]

Pada tahun 1910, ketika Lindemann berusia 16 tahun, pak ciknya Kapitän zur See (Kapten laut) Friedrich Tiesmeyer adalah komander penjajap SMS Mainz (Oktober 1909 - Januari 1910) dari Angkatan Laut Imperial, pada masa itu memegang pangkat Fregattenkapitän (panglima).[6][Notes 4] Pada pertemuan semula keluarga di Hamelin, Lindemann bercakap dengan pak ciknya dan mendengar pengembaraannya di Timur Jauh. Perbualan ini memberi Lindemann idea untuk mendapat kerjaya tentera laut.[8]

Lindemann lulus dari Bismarck-Gymnasium (sekolah menengah) di Berlin-Wilmersdorf dengan Abitur (diploma) pada akhir tahun 1912 dengan penarafan keseluruhan rata-rata. Dalam tempoh enam bulan yang akan datang, beliau menghadiri Royal Polytechnic Institution di Richmond, London.[9]

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

Meriam Lindemann sunting

 
Meriam Lindemann pada 1942.

Untuk menghormati mendiang Kepten Lindemann, meriam berat tentera laut di Sangatte, antara Calais dan Boulogne telah dibaptiskan sebagai "Batterie Lindemann" (Meriam Lindemann) pada 19 September 1942 oleh laksamana memerintah Pantai Selat Friedrich Frisius.

Nota sunting

  1. ^ Prussian Central Land Company (Preußische Central-Bodenkredit-Aktiengesellschaft AG) adalah sebuah syarikat Prussia dan syarikat kredit awam terhad yang ditubuhkan pada tahun 1870. Hari ini, selepas beberapa penggabungan, bank itu adalah sebahagian daripada Eurohypo AG.[1]
  2. ^ Ernst Lindemann (anak sulung) ialah seorang sepupu pertama kepada Generaloberst (Kolonel Jeneral) Georg Lindemann,[3] dan merupakan anak kepada Ernst Heinrich Lindemann (25 January 1833 – 8 May 1900), seorang peguam dan bekas Datuk Bandar Essen (1859–1868), Dortmund (1878–1886) dan Düsseldorf (1886–1899).[4]
  3. ^ Dr. Kurt Lindemann (20 Januari 1896 – 26 April 1945), sebagai Major ditugaskan kepada Rizab ketenteraan di dalam Tentera Jerman (Heer), dibunuh dalam pertempuran berdekatan dengan Potsdam semasa hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua di Eropah pada tahun 1945.[5]
  4. ^ Friedrich Tiesmeyer (15 October 1867 – 18 January 1917) ialah seorang anak pastor Ludwig Tiesmeyer (1835–1919) dan Auguste Wilhelmine Luise Lindemann (1845–1897), ibu saudara lelaki Ernst Lindemann. [7]

Terjemahan sunting

  1. ^ Jalan Carmer—Carmerstraße

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ "Eurohypo AG". www.uni-protokolle.de (dalam bahasa German). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-11. Dicapai pada 29 March 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b Grützner 2010, p. 21.
  3. ^ Grützner 2010, p. 15.
  4. ^ Grützner 2010, pp. 16–17.
  5. ^ Grützner 2010, p. 209.
  6. ^ Hildebrand, Röhr and Steinmetz 1990, volume 6 p. 37.
  7. ^ Grützner 2010, pp. 225–226.
  8. ^ Grützner 2010, pp. 21–22, 229.
  9. ^ Grützner 2010, p. 23.
  10. ^ a b c d e f g h Grützner 2010, m/s. 212.
  11. ^ a b c d e f g h i Dörr 1996, m/s. 12.
  12. ^ Rangliste der Deutschen Reichsmarine (dalam bahasa Jerman). Berlin: Reichswehrministerium, Mittler & Sohn. 1932. m/s. 44.
  13. ^ a b c d Grützner 2010, m/s. 213.
  14. ^ Fellgiebel 2000, m/s. 292.
  15. ^ Fellgiebel, Colton & Rogers 2003, m/s. 239.
  16. ^ Scherzer 2007, m/s. 507.

Bibliografi sunting

  • Ballard, Robert D. (1990). Bismarck: Germany's Greatest Battleship Gives Up its Secrets. Toronto: Madison Publishing. ISBN 978-0-7858-2205-9.
  • Bercuson, David J.; Herwig, Holger H. (2003). The Destruction of the Bismarck. New York: The Overlook Press. ISBN 978-1-58567-397-1.
  • Boyne, Walter (1997). Clash of Titans: World War II at Sea. New York: Simon & Schuster. ISBN 978-0-684-83914-1.
  • Dörr, Manfred (1996). Die Ritterkreuzträger der Überwasserstreitkräfte der Kriegsmarine—Band 2:L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück: Biblio Verlag. ISBN 978-3-7648-2497-6.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile [The Bearers of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939–1945 — The Owners of the Highest Award of the Second World War of all Wehrmacht Branches] (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Fellgiebel, Walther-Peer; C. F., Colton; Rogers, Duncan (2003). Elite of the Third Reich: the recipients of the Knight's Cross of the Iron Cross, 1939–45. Helion & Company Limited. ISBN 978-1-874622-46-8. Dicapai pada 6 April 2011.
  • Grützner, Jens (2010). Kapitän zur See Ernst Lindemann: Der Bismarck-Kommandant – Eine Biographie [Captain at Sea Ernst Lindemann: The Bismarck-Commander – A Biography] (dalam bahasa German). VDM Heinz Nickel. ISBN 978-3-86619-047-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1990). Die Deutschen Kriegsschiffe. Biographien – ein Spiegel der Marinegeschichte von 1815 bis zur Gegenwart. (10 Bände) (dalam bahasa German). Mundus Verlag. ASIN B003VHSRKE.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Jackson, Robert (2002). The Bismarck. Staplehurst: Spellmount. ISBN 978-1-86227-173-9.
  • Kennedy, Ludovic (2001). Pursuit: The Chase and Sinking of the Bismarck. ISBN 978-0-304-35526-6.
  • McGowen, Tom (1999). Sink The Bismarck!. Brookfield, Connecticut: Twenty-First Century Books. ISBN 978-0-7613-1510-0.
  • Mitcham, Samuel W. (2008). The rise of the Wehrmacht: the German armed forces and World War II, Volume 1. Westport, Connecticut: ABC-CLIO. ISBN 978-0-275-99659-8.
  • Müllenheim-Rechberg, Burkard (1980). Battleship Bismarck: A Survivor's Story. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-096-9.
  • Scherzer, Veit (2007). Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting

Pautan luar sunting