Ertuğrul (Bahasa Turki Uthmaniyah: ارطغرل, Erṭoġrıl; sering kali dengan gelaran Gazi) (meninggal dunia sekitar tahun 1280) merupakan bapa kepada Osman I, pengasas bagi Empayar Uthmaniyyah. Selain sejarah beliau yang dibuktikan melalui wang syiling yang dikeluarkan oleh Osman I yang mana meletakkan Ertuğrul sebagai bapa beliau, hampir tiada bahan-bahan lain yang dapat membuktikan akan kisah kehidupan atau aktiviti beliau.[1] Berdasarkan lagenda Uthmaniyah,[2] beliau merupakan anak lelaki kepada Suleiman Shah, pemimpin puak Kayı dari bangsa Oghuz Turk, yang melarikan diri daripada timur Iran ke Anatolia untuk melepaskan diri daripada penaklukan Mongol. Mengikut lagenda ini, setelah kematian bapa beliau, Ertuğrul dan para pengikut beliau berkhidmat dengan Kesultanan Rum Seljuk, yang mana beliau kemudian dianugerahkan sebidang tanah di kota Söğüt di perbatasan dengan Empayar Byzantine.[3] Rangkaian peristiwa ini akhirnya menyebabkan pengasasan Empayar Uthmaniyah. Sepertimana anak lelaki beliau, Osman, dan keturunan selepas mereka, Ertuğrul sering kali dirujuk sebagai seorang Ghazi,[4] seorang juara pejuang dalam menyebarkan agama Islam.

Ertuğrul
Pemimpin puak Kayı (pra-Empayar Uthmaniyyah)
Nama penuhErtuğrul Gazi bin Suleyman Shah
KeputeraanTidak diketahui
Mangkatsekitar 1280
Söğüt, Wilayah Bilecik, Turki
PendahuluSuleyman Shah
PenggantiOsman I
PasanganHalime Hatun
AyahandaSuleyman Shah
BondaHayme Hatun
AgamaIslam

Biografi sunting

Berdasarkan tradisi Uthmaniyah, Ertuğrul adalah ketua bagi puak Kayı[5] dalam kaum Oghuz Turks, sebagai balasan terhadap bantuan beliau dalam perjuangan Seljuk melawan Byzantine. Ertuğrul telah dianugerahkan sebidang tanah di Karaca Dağ, sebuah kawasan pergunungan berdekatan Angora (kini Ankara), oleh Ala ad-Din Kay Qubadh I, Sultan Rûm Seljuk. Sebuah kisah menyatakan tindakan pemimpin Seljuk menganugerahkan tanah kepada Ertuğrul atas jasa Ertuğrul memukul undur serangan yang dilakukan oleh Byzantine.[6] Kemudian, beliau menerima kampung di Sögüt di mana kemudian menakluk kawasan-kawasan sekitarnya. Kampung ini, di mana merupakan tempat beliau meninggal dunia, menjadi ibu negara Uthmaniyah semasa pemerintahan anak lelaki beliau Osman I. Ertuğrul memiliki dua orang anak lelaki lain, Saru Batu Savcı Bey dan Gündüz Bey.

Legasi sunting

Pada kurun ke-19, sebuah frigat milik Tentera Laut Uthmaniyyah dinamakan Ertuğrul bersempena menghormati beliau. Masjid Ertuğrul Gazi di Asgabat, Turkmenistan juga dinamakan bersempena nama beliau. Dalam sebuah siri TV bertajuk Diriliş: Ertuğrul, Ertuğrul dilakonkan oleh aktor Turki Engin Altan Düzyatan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Lindner, Rudi P. (1983). Nomads and Ottomans in Medieval Anatolia. Bloomington: Indiana University Press. m/s. 21. No source provides a firm and factual recounting of the deeds of Osman's father.
    • Kafadar, Cemal (1995). Between Two Worlds: The Construction of the Ottoman State. m/s. 60, 122.
  2. ^ Kermeli, Eugenia (2009). "Osman I". Dalam Ágoston, Gábor; Bruce Masters (penyunting). Encyclopedia of the Ottoman Empire. m/s. 444. Reliable information regarding Osman is scarce. His birth date is unknown and his symbolic significance as the father of the dynasty has encouraged the development of mythic tales regarding the ruler’s life and origins
  3. ^ Shaw, Stanford (1976). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge University Press. m/s. 13. The problem of Ottoman origins has preoccupied students of history, but because of both the absence of contemporary source materials and conflicting accounts written subsequent to the events there seems to be no basis for a definitive statement. The traditional account relates that the ancestor of the dynasty was one Süleyman Şah, leader of the Kayı tribe of Turcomans...
  4. ^ Southeastern Europe under Ottoman rule, 1354-1804, By Peter F. Sugar, pg.14
  5. ^ Shaw, Stanford (1976). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge University Press. m/s. 13.
    • "Ottoman Empire". Britannica Online Encyclopedia. Dicapai pada 11 February 2013.
  6. ^ Ali Anooshahr, The Ghazi Sultans and the Frontiers of Islam, pg. 157

Bibliografi sunting

  • Ágoston, Gábor; Bruce Masters, penyunting (2009). Encyclopedia of the Ottoman Empire. New York: Facts on File. ISBN 978-0-8160-6259-1.
  • Lindner, Rudi P. (1983). Nomads and Ottomans in Medieval Anatolia. Bloomington: Indiana University Press. ISBN 0-933070-12-8.
  • Kafadar, Cemal (1995). Between Two Worlds: The Construction of the Ottoman State. Berkeley: University of California Press. ISBN 978-0-520-20600-7.