Sebuah esei (dari Perancis: essai terbitan kata kerja essayer "mencuba" turunan kata Latin exagium "timbangan")[1] merupakan cebisan tulisan yang selalunya ditulis berprosa menggambarkan pandangan peribadi seseorang pengarang terhadap suatu masalah difikirkannya.[2]

Helaian bercetak An Essay Concerning Human Understanding oleh John Locke pada tahun 1690.

Suatu esei boleh merangkumi sejumlah elemen, termasuklah: kritikan kesusasteraan, manifesto politik, hujah-hujah yang dipelajari, pemerhatian mengenai kehidupan seharian yang dialami sendiri mahupun bersama masyarakat (terutamanya dalam esei berkandung pendapat),[3] ingatan, dan juga refleksi kepada seseorang pengarang.

Bentuk penulisan ini mula dimasyhurkan Michel de Montaigne dalam karya himpunan karangan beliau Essais tahun 1580.

Bahagian esei sunting

Sebuah esei asas boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:

  • Pertama, pendahuluan yang berisi latar belakang maklumat yang mengenal pasti subjek bahasan dan pengantar tentang subjek yang akan dinilai oleh penulis tersebut.
  • Kedua, tubuh esei yang menyajikan seluruh maklumat mengenai subjek.
  • Ketiga, adalah bahagian akhir yang memberikan kesimpulan dengan menyebutkan kembali idea pokok, ringkasan dari tubuh esei, atau menambahkan beberapa pemerhatian mengenai subjek yang dinilai oleh penulis.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Etymologie de essai". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  2. ^ Nofiyanti Nofiyanti, Sary Sukmawati, Ai Siti Zenab (2018). "Penerapan Strategi Permainan Catalisting yang Berorientasi pada Kecerdasan Linguistik (PC-KL) dalam Pembelajaran Menulis Esai". Dieksis (1): 25. ISSN 2355-6633. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-15. Dicapai pada 2020-12-03. Unknown parameter |voulme= ignored (bantuan); Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Mahartika, Loudia (20 Mac 2019). Fahrudin, Nanang (penyunting). "Cara Membuat Essay yang Baik, Dilengkapi Pengertian dan Tahapannya". Liputan6. Dicapai pada 4 Disember 2020. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)