Ettore Bastico (9 April 1876 – 2 Disember 1972) adalah seorang pegawai kanan tentera Itali sebelum dan semasa Perang Dunia II. Beliau memegang jawatan tinggi semasa Perang Itali-Habsyah Kedua (Etiopia), Perang Saudara Sepanyol, dan Kempen Afrika Utara.

Ettore Bastico
Ettore Bastico in 1942
Ettore Bastico pada 1942
Kelahiran(1876-04-09)9 April 1876
Bologna, Itali
Meninggal dunia2 Disember 1972(1972-12-02) (umur 96)
Rom, Itali
Kesetiaan Itali (1915–1943)
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Itali Tentera Darat Itali
Tahun perkhidmatan1896–1943
PangkatMarsyal Itali
PertempuranPerang Dunia I
Perang Itali-Habsyah Kedua
Perang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II

Biografi sunting

Bastico telah dilahirkan di Bologna, Itali. Apabila cukup umur, Bastico menyertai Tentera Darat Itali dan berjuang dalam Perang Dunia I. Pada tahun 1928, Bastico telah dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral (generale di brigata). Pada ketika itu, Kerajaan Itali telah diperintah oleh diktator Benito Mussolini.

Di peranan ini, Bastico menjadi sasaran Giulio Douhet dalam Rekapitulasi (diterbitkan dengan buku The Command of the Air). Douhet menumpukan banyak muka surat kritikal memeriksa enam "teori-teori asas" yang dikemukakan Bastico dan bagaimana ia berkaitan dengan masa depan fungsi Tentera Udara Bebas dalam peperangan akan datang.[1]

Bastico telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral pada 29 Mei 1932 dan pada tahun 1935, beliau memerintah Divisyen 1 Blackshirt (23 Marzo) semasa Perang Itali-Habsyah Kedua. Pada tahun 1935, Bastico adalah Panglima Kor III di Etiopia dan pada 10 Februari 1936 beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral (generale di corpo d'armata). Dari tahun 1936 hingga 1937, beliau merupakan Panglima Kor II.

Pada tahun 1937, semasa peringkat kedua Perang Saudara Sepanyol, Bastico menggantikan Mario Roatta sebagai Panglima Kor Sukarela Itali di Sepanyol, iaitu Corpo Truppe Volontarie. CTV telah dihantar bagi membantu pihak Nasionalis Sepanyol. Pada pertengahan tahun 1937, ketumbukan Bastico berjuang didalam Pertempuran Santander, satu kemenangan muktamad bagi pihak Nasionalis. Pada hujung tahun 1937, Bastico telah digantikan oleh Mario Berti. Pada Oktober 1937, Bastico menerima pangkat pemangku Jeneral, "generale di corpo d'armata designato d'armata," iaitu pangkat tertinggi yang boleh diberikan sebelum Itali menyertai perang dunia. Pada Februari 1939, para sukarelawan Itali meninggalkan Sepanyol.

Beliau kemudian ditugaskan ke Tentera Darat Kedua. Selepas itu, Bastico telah dilantik Panglima Tentera Darat Keenam motorise yang baru, yang dikenali sebagai "Armata del Po," berpengkalan di kawasan Po Valley. Pada tahun 1939, Bastico telah dinamakan Senator Kerajaan Itali.

Apabila Itali memasuki Perang Dunia II, Bastico adalah Gabenor Jeneral Kepulauan Aegean Itali (Kepulauan Dodecanese) dan beliau telah dinaikkan pangkat ke Jeneral penuh (Generale d'Armata) pada 7 Ogos 1940. Pada 19 Julai 1941, Bastico telah dilantik pemerintah keseluruhan tentera Paksi di Afrika Utara; bagaimanapun, pemerintahannya kurang diiktiraf oleh orang Jerman dan terutamanya Jeneral Erwin Rommel; akhirnya, pada tahun 1942, markas beliau telah dikecilkan dengan memerintah pasukan tentera yang ditempatkan di Libya. Namun begitu, Bastico telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Itali (Maresciallo d'Italia) pada 12 Ogos 1942, ini sebenarnya bagi mengelakkan pangkat beliau menjadi lebih rendah dari Rommel. Apabila Libya kalah kepada Tentera Darat Ke-8, sejak 2 Februari 1943 beliau tidak lagi diberikan jawatan.

Bastico meninggal dunia di Rom pada usia 96 tahun, selepas menghabiskan sisa-sisa hidupnya mengkaji sejarah. Pada masa kematiannya, beliau merupakan pegawai tentera Itali terakhir memegang pangkat lima bintang yang masih aktif. (Umberto II, Raja Itali yang akhir, telah dilantik sebagai Marsyal Itali secara istiadat; baginda mangkat pada tahun 1983)

Anugerah kebesaran sunting

Buku sunting

Bastico menulis beberapa buah buku tentang sejarah ketenteraan Itali. Yang paling terkenal adalah:

  • "Il Ferreo Terzo Corpo in Africa Orientale" (1937)
  • "L'evoluzione dell'arte della guerra" (1930)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ Douhet, Giulio; The Command of the Air, book three (Recapitulation), pp. 263-269; Office of Air Force History, Washington, D.C.
  2. ^ Patzwall & Scherzer 2001, p. 26.

Bibliografi sunting

  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
Italo Gariboldi
Panglima Tertinggi Afrika Utara Itali dan Gabenor Jeneral Libya Itali
19 Julai 1941—2 Februari 1943
Diikuti oleh:
Giovanni Messe