Exposition Universelle (1889)

Exposition Universelle 1889 (Perancis: [ɛkspozisjɔ̃ ynivɛʁsɛl]) ialah suatu acara "pameran sedunia" yang diadakan di kota Paris, Perancis dari tanggal 6 Mei hingga 31 Oktober 1889. Pameran ini diadakan pada tahun yang sama dengan sambutan memperingati 100 tahun Serbuan Bastille, iaitu peristiwa yang dianggap sebagai titik permulaan kepada Revolusi Perancis.

Orang asli Tierra del Fuego (Patagonia Argentina), dibawa ke Paris oleh usahawan penangkapan ikan paus Belgium Maurice Maître untuk pameran itu.

Pesta ini diadakan di kawasan seluas 0.96 km2, termasuk Champ de Mars, Trocadéro, quai d'Orsay, sebagian sungai Seine, dan Invalides. Untuk mengelilingi pameran dilayani oleh kereta api Decauville digunakan sebagai pengangkutan khas mengelilingi pameran sepanjang 3 km dan selebar 600 milimeter. Kereta api ini dikatakan telah mengangkut sebanyak 6,342,446 orang penumpang sepanjang tepmpoh operasi selama enam bulan. Beberapa lokomotif yang digunakan di landasan ini kemudian dipakai di jalur kereta api Calvados.[1]

Simbol utama pameran ini ialah Menara Eiffel di pintu masuk pameran. Pada awalnya, menara ini dikritik oleh artis dan kelompok intelektual Perancis kerana rancangannya yang tidak biasa, tetapi kini menara ini telah menjadi lambang Perancis dan salah satu struktur paling terkenal di dunia.[2]

Catatan kaki sunting

  1. ^ "UN P'TIT CALVA". Andy Hart/SNCF Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-30. Dicapai pada 2008-02-21. Cite has empty unknown parameter: |origmonth= (bantuan)
  2. ^ SETE. "The Eiffel Tower at a glance". Official Eiffel Tower website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-14. Dicapai pada 15 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting

Rekod
Didahului oleh
Monumen Washington
Struktur tertinggi di dunia
1889–1931
300,24m
Diikuti oleh:
Gedung Chrysler