Eyjafjallajökull (ˈɛɪjaˌfjatlaˌjœkʏtl̥, "glasier gunung pulau") (Mengenai audio inilisten ) ialah salah sebuah glasier kecil di Iceland yang terletak di utara Skógar dan di barat glasier Mýrdalsjökull yang lebih besar.

Gígjökull, glasier keluaran di Eyjafjallajökull

Litupan ais glasier ini melitupi sebuah gunung berapi (berketinggian 1,666 meter atau 5,466 kaki) yang kerap meletus sejak Zaman Air Batu, adakalanya membawa riolit kepada permukaan.[1] Gunung berapi ini meletus tiga kali pada tahun 2010, iaitu 20 Mac, 15 April dan 8 Mei. Letusan pada bulan April menyebabkan gangguan teruk dalam lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara. Sebelum tahun 2010, gunung berapi Eyjafjallajökull pernah meletus pada tahun 1612, dan 1821 hingga 1823. Kawahnya berdiameter 3 kilometer (1.9 bt) dan glasiernya melitupi kawasan seluas 100 kilometer persegi (39 bt2).

Hujung selatan gunung ini pernah menjadi garis tepi Lautan Atlantik. Sejak laut berundur lebih kurang 5 kilometer (3.1 bt), bekas garis tepi laut ini telah meninggalkan cenuram terjal dengan air terjun indah yang tak terkira, terutamanya Skógafoss. Dalam keadaan angin kencang, air terjun yang lebih kecil boleh ditiup ke arah gunung.

Letusan 2010 sunting

 
Fimmvorduhals pada 27 Mac 2010

Gunung berapi ini meletus dua kali pada tahun 2010, iaitu bermula 20 Mac dan 15 April. Letusan awal pada 20 Mac dikesan kira-kira 8 kilometer (5.0 bt) di timur kawah puncak gunung ini, di Fimmvörðuháls, iaitu leher tinggi antara Eyjafjallajökull dan tukup ais jiran, Mýrdalsjökull. Letusan berlaku dalam bentuk lohong rekahan.

Pada April, kegiatan seismos dikesan di kawasan gunung berapi ini, dengan ribuan gempa bumi kecil (bermagnitud 1–2 ML) 7–10 kilometer (4.3–6.2 bt) di bawah gunung.[2] Ia meletus semula pada 14 April, kali ini daripada kawah puncak.[3] Ia dianggarkan 10 hingga 20 kali ganda lebih besar daripada letusan pertama, dan membebaskan abu gunung berapi beberapa kilometer tinggi di atmosfera. Letusan ini menyebabkan gangguan teruk dalam lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara.[4]

Setakat Ogos 2010, Eyjafjallajökull dianggap tidak lagi aktif.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Increasing signs of activity at Eyjafjallajökull in Iceland : Eruptions". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-19. Dicapai pada 2010-04-16.
  2. ^ Veðurstofa Íslands "Jarðskjálftahrina undir Eyjafjallajökli". Veðurstofa Ísland (The Meteorological Institute of Iceland). 5 Mac 2010.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBC8621581 tidak disediakan
  4. ^ BBC: Row grows over airspace shutdown costs, 22 April 2010
  5. ^ "Iceland volcano 'pauses'". MetOffice. Dicapai pada 2010-07-12.

Pautan luar sunting

Gambar sunting

Rencana geologi sunting

Templat:Glaciers of Iceland