F-117 Nighthawk adalah sebuah pesawat halimunan serangan darat yang pernah dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat yang direka dan dibina oleh firma Lockheed ini telah membuat penerbangan sulung pada 1981, dan mencapai status Keupayaan Operasi Awal pada Oktober 1983.[1] F-117A telah diiktiraf dan didedahkan kepada dunia pada November 1988.[4]

F-117 Nighthawk
Peranan Pesawat penyerang halimunan[1]
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Lockheed Skunk Works
Lockheed Martin
Penerbangan sulung 18 Jun 1981
Mula digunakan Oktober 1983
Dihentikan 22 April 2008[2]
Status Dibersarakan
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 64 buah (5 YF-117A, 59 F-117A)
Kos seunit AS$ 42.6 juta (kos terbang)
AS$ 111.2 juta (termasuk kos pembangunan)[3]
Dibangunkan dari Lockheed Have Blue

Sebagai produk Skunk Works dan pembangunan berdasarkan prototaip Have Blue, pesawat ini menjadi pesawat operasi pertama yang direkabentuk berdasarkan teknologi halimunan. Pesawat F-117A telah mendapat perhatian yang meluas semasa Perang Teluk pada tahun 1991.

Pihak Tentera Udara A.S telah menghentikan penggunaan pesawat F-117 pada 22 April 2008,[2] disebabkan oleh kemungkinan perolehan dan aturgerak pesawat-pesawat F-22 Raptor[5][6] dan F-35 Lightning II yang lebih cekap.

Rekabentuk sunting

Mempunyai saiz menyamai pesawat F-15C Eagle, pesawat satu tempat duduk F-117A dijanakuasa oleh 2 enjin turbofan tanpa-lepas-bakar General Electric F404, dan memiliki sistem kawalan penerbangan fly-by-wire. Pesawat ini juga berupaya untuk melakukan pengisian minyak di udara. Bagi mengurangkan kos pembangunan, sistem avionik, sistem fly-by-wire, dan komponen-komponen lain berasal daripada F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet dan F-15E Strike Eagle. Pada asalnya komponen-komponen ini ditafsirkan sebagai alat ganti bagi pesawat-pesawat tersebut untuk menjaga kerahsiaan projek F-117.[perlu rujukan]

Antara ciri-ciri bagi sebuah pesawat halimunan adalah kuasa tujahan enjin lebih rendah, disebabkan pengecilan ruang masuk dan keluar, kadar aspek sayap yang sangat rendah, dan sudut landai yang tinggi (50°) diperlukan bagi memesongkan gelombang radar pada permukaannya.[7]

 

F-117A dilengkapi dengan sistem navigasi dan serangan yang canggih yang disepadukan dalam sut digital avioniknya. Ia tidak dipasang dengan radar, yang mana menurunkan pengeluaran haba dan ciri rentasan pesawat. Pemanduan pesawat ini berdasarkan GPS dan sistem navigasi inersia berketepatan tinggi. Misi-misi dilaksanakn dengan menggunakan sistem perancangan automatik yang mana secara automatik akan melaksanakan segala aspek misi serangan, termasuk melancarkan senjata. Sasaran diperolehi dengan menggunakan sistem pengimejan haba inframerah, bersama-sama laser yang mana akan mendapatkan jarak dan menandakan sasaran untuk bom panduan laser.

Ruang dalaman berasingan dalam F-117A boleh membawa persenjataan sehingga 5,000 lb (2,300 kg). Senjata-senjata yang dibawa biasanya adalah 2 GBU-10, GBU-12, atau bom panduan laser GBU-27, 2 bom pemusnah kubu BLU-109, atau 2 Joint Direct Attack Munition (JDAM), bom pelancaran jauh panduan GPS/INS.

Spesifikasi sunting

 
An orthographically projected diagram of the F-117A Nighthawk
 
Pesawat F-117 melakukan latihan pengeboman menggunakan peluru, bom panduan laser GBU-27.

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 69 kaki 9 in (20.08 m)
  • Rentang sayap: 43 kaki 4 in (13.20 m)
  • Tinggi: 12 kaki 9.5 in (3.78 m)
  • Sayap luas: 780 kaki² (73 m²)
  • Berat kosong: 29,500 lb (13,380 kg)
  • Berat berisi: 52,500 lb (23,800 kg)
  • Loji kuasa:General Electric F404-F1D2 turbofan, 10,600 lbf (48.0 kN) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ a b Lembaran fakta F-117A Nighthawk, TUAS, Oktober 2007. Retrieved 19 Mac 2008.
  2. ^ a b Pae, Peter. "Stealth fighters fly off the radar", Los Angeles Times, 23 April 2008. Retrieved: 27 April 2008.
  3. ^ Aronstein, David C. (1997). HAVE BLUE dan F-117A. AIAA. m/s. pp. 267. ISBN 1-56347-245-7. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  4. ^ Cunningham, Jim. "Cracks in the Black Dike, Secrecy, the Media and the F-117A." Diarkibkan 2016-12-31 di Wayback Machine Jurnal Kuasa Udara dan Angkasa, Musim luruh 1991. Retrieved: 19 Mac 2008.
  5. ^ "F-117: Sejarah panjang akan berakhir", Air Force Print News, 28 Oktober 2006.
  6. ^ Shea, Christopher. you see it..., Boston Globe, 4 Februari 2007. Retrieved: 17 Mac 2008.
  7. ^ Sweetman, Bill. "Persenjataan bukan konvensional." Diarkibkan 2012-07-19 di archive.today Udara & Angkasa, Disember 2007/Januari 2008. Retrieved: 19 Mac 2008.
  8. ^ Goebel, Greg. . Pembangunan F-117 . Air Vectors, 1 Februari 2003. Retrieved: 12 Jun 2007.

Pautan luar sunting