F-15E Strike Eagle

F-15E Strike Eagle adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden buatan Amerika Syarikat yang sesuai dalam semua keadaan cuaca. Ia direka untuk misi jarak jauh larangan udara ke atas sasaran darat musuh jauh ke dalam garisan pertahanan musuh. Merupakan terbitan dari pesawat penguasaan udara F-15 Eagle, pesawat Strike Eagle telah membuktikan keupayaannya dalam Operasi Ribut Padang Pasir, menjalankan misi serangan menghapuskan sasaran strategik, melaksanakan rondaan "Wild Weasel" (SEAD) dan memberi sokongan udara dekat kepada pasukan Tentera Bersekutu. Pesawat F-15E Strike Eagle boleh dikenalpasti dari pesawat-pesawat A.S yang lain melalui skema warna penyamaran yang lebih gelap dan tangki bahan api conformal yang dipasang di sepanjang salur masuk udara.

F-15E Strike Eagle
Sebuah F-15E terbang di atas ruang udara Iraq pada tahun 1999 dalam Operasi Pengawasan Utara
Peranan Pejuang/ penyerang
Pengeluar McDonnell Douglas/Boeing IDS
Penerbangan sulung 11 Disember 1986
Diperkenalkan April 1988
Status Beroperasi
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Arab Saudi
Tentera Udara Israel
Tentera Udara Republik Korea
Jumlah dibina 513[N 1]
Kos seunit F-15E: AS$ 31.1 juta (1998)[3]
F-15K: AS$100 juta (2006)[4]
Dibangunkan dari F-15 Eagle
Kelainan F-15SE Silent Eagle

Pembangunan sunting

 
Pesawat prototaip McDonnell Douglas F-15E Strike Eagle (71-0291).
 
Pesawat pengeluaran pertama F-15E (86-0183) dalam penerbangan.

Pada bulan Mac 1981, pihak Tentera Udara Amerika Syarikat telah mengumumkan satu program ‘‘Pejuang Taktikal Enhanced’’ untuk mengantikan pesawat F-111 Aardvark. Pesawat baru ini mesti berupaya untuk melakukan misi interdiction tanpa memerlukan iringan pesawat pejuang atau penyerak. Firma General Dynamics telah menghantar cadangan F-16XL, manakala McDonnell Douglas pula mencadangkan versi bagi pesawat F-15 Eagle. Pada 24 Februari 1984, pihak Tentera Udara A.S telah menganugerahkan program ini kepada firma McDonnell Douglas bagi membangunkan dan mengeluarkan pesawat F-15E Strike Eagle.[5]

Pesawat F-15E melakukan penerbangan sulung pada 11 Disember 1986[5] dan telah menghantar model pengeluaran pertama kepada Sayap Latihan Taktikal ke-405, yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Luke, Arizona pada bulan April 1988. "Strike Eagle" telah mencapai keupayaan operasi awalnya pada 30 September 1989 di Pangkalan Tentera Udara Seymour di Utara Carolina bersama dengan Sayap Pejuang Taktikal ke-4, Skuadron Pejuang Taktikal ke-336.[5]

Versi-versi lain bagi pesawat F-15E telah dibangunkan untuk Israel (F-15I), Korea (F-15K), Arab Saudi (F-15S), dan Singapura (F-15SG).

Selepas tahun 2007, pesawat sedia ada F-15E akan ditingkat upaya dengan memasang radar Raytheon APG-63(V)4 AESA. Ia akan menggabungkan pemproses APG-79 yang digunakan pada pesawat F/A-18E/F Super Hornet dengan antena radar APG-63(V)3 AESA yang digunakan oleh F-15C. [6] Penukaran kepada radar AESA baru ini dijangka akan bermula pada tahun 2008.[7]

Walaupun kebanyakan pesawat F-15C/D akan digantikan dengan pesawat F/A-22 Raptor, tiada rancangan untuk program pengantian bagi pesawat F-15E. Penggunaan pesawat F-15E dijangka akan kekal berada perkhidmatan tentera sehingga tahun 2025.[8]

Rekabentuk sunting

Asalnya pesawat F-15 telah direka untuk berperanan sebagai sebuah pesawat penguasaan udara."[9] Bagaimanapun, kerangka asas membuktikan ia cukup serba boleh untuk dikeluarkan sebagai sebuah pesawat pejuang serangan yang cukup berkuasa. Walaupun direka sebagai pesawat serangan darat, F-15E masih mengekalkan keupayaan kuasa tempur udaranya yang mengerunkan, dan juga berupaya untuk mempertahankan diri dari serangan musuh.[10]

 
Pandangan bawah pesawat F-15E Strike Eagle dengan giar pendaratan diturunkan.
 
Pemandangan kokpit pesawat F-15E daripada pesawat penangki udara.

Pesawat prototaip F-15E diasaskan dari pengubahsuaian pesawat dua tempat duduk F-15B. Walaupun begitu, F-15E telah melalui perubahan ketara atas struktur kerangka dan mempunyai enjin yang lebih berkuasa. Kerusi belakang diperuntukan kepada Pegawai Sistem Senjata, yang mana akan mengendalikan sistem avionik udara ke darat. Beliau akan menggunakan pelbagai skrin yang akan memaparkan maklumat daripada radar, peperangan elektronik atau penderia infra merah, memerhatikan keadaan pesawat dan status senjata serta kemungkinan ancaman musuh, memilih sasaran, dan menggunakan ”peta bergerak” untuk navigasi. Dua kawalan tangan digunakan untuk memilih paparan baru dan mendapatkan maklumat lanjut tentang sasaran. Paparan-paparan ini boleh diubah dari satu skrin ke skrin yang lain dengan menekan paparan pilihan ”menu”. Tidak seperti pesawat dua tempat duduk sebelumnya (contohnya F-4 Phantom II dan F-14 Tomcat milik Tentera Laut A.S), yang mana kokpit "Pegawai Sistem Senjata" tidak dipasang sistem kawalan penerbangan, kokpit bagi PSS bagi pesawat F-15E telah dilengkapi dengan tuas kawalan dan pendikitnya sendiri. Oleh sebab itu PSS boleh mengambil alih dan menerbangkan pesawat sekiranya perlu, walaupun kedudukan kokpit ini mungkin menurunkan jarak penglihatan.[perlu rujukan]

Bagi meningkatan jarak operasi, pesawat F-15E dipasang dengan dua tangki bahan api conformal yang tergantung di bahagian fiuslaj, menghasilkan seretan yang lebih rendah berbanding dengan tangki bahan api konvensional yang kebiasaannya dipasang pada bahagian bawah sayap atau underbelly. Tangki ini boleh membawa sehingga 2,800 liter bahan api, dan menempatkan tiga tenggekan senjata dalam dua baris selari (iaitu berjumlah enam tenggekan senjata kesemuanya). Bagaimanapun, tidak seperti tangki bahan api konvensional, tangki-tangki ini tidak dapat ditanggalkan. Ini bermakna dengan meningkatan jarak operasi, penurunan keupayaan pesawat tidak dapat dielakkan disebabkan oleh penambahan daya seretan dan berat berbanding pesawat yang tidak memasang peralatan ini. Tangki-tangki seurpa boleh dipasang pada pesawat F-15C/D dan versi eksport, sepertimana Tentera Udara Israel yang memilih untuk mengunakan tangki ini pada pesawat versi pejuang F-15 sedia ada mereka serta pesawat F-15I (versi Strike Eagle). Kesemua pesawat F-15E milik Tentera Udara A.S biasanya dilengkapi dengan tangki jenis ini.

Sistem Peperangan Elektronik Taktikal (SPET) bagi pesawat F-15E menggabungkan semua countermeasures di dalam pesawat: penerima amaran radar, penyesak radar, radar, dan dispenser penyerak/suar dihubungkan dengan SPET untuk memberi perlindungan menyeluruh untuk mengelak daripada dikesan dan dijejak oleh musuh. Sistem ini termasuk pod ALQ-131 ECM luar yang dipasang pada pilon di tengah apabila keadaan memerlukan.

Sistem navigasi inersia menggunakan laser giroskop bagi memerhati secara berterusan kedudukan pesawat dan menyediakan maklumat kepada computer pusat d sistem-sistem lain, termasuk peta bergeral digital dalam kedua-dua kokpit.

Sistem radar APG-70 membenarkan krew udara untuk mengesan sasaran di darat dari jarak jauh. One feature of this system is that after a sweep of a target area, the crew freezes the air-to-ground map then bertukar semula ke mod udara-ke-udara bagi menghapuskan ancaman udara. Semasa senjata udara-ke-darat dilepaskan, juruterbang boleh mengesan, mengunci dan menyerang sasaran udara-ke-udara sementara Pegawai Sistem Senjata akan menandakan sasaran di darat.

Sistem Navigasi Altitud Rendah dan Penyasaran Infra Merah Waktu Malam (LANTIRN), yang dilekapkan di luar kokpit dan terletak dibawah salur masuk udara enjin, membenarkan pesawat untuk melakukan penerbangan di altitude rendah, di waktu malam dalam sebarang keadaan cuaca, untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dengan pelbagai jenis persenjataan panduan tepat dan juga tanpa panduan. Sistem LANTIRN memberikan F-15E ketepatan luar biasa dalam melepaskan persenjataan pada waktu siang atau malam dan dalam keadaan cuaca buruk, and consists of two pods attached to the exterior of the aircraft. At night, the video picture from the LANTIRN can be projected on the HUD, producing an image identical to what the pilot would see during daytime.[perlu rujukan]

The navigation pod contains terrain-following radar which allows the pilot to safely fly at a very low altitude following cues displayed on a heads up display. This system also can be coupled to the aircraft's autopilot to provide "hands off" terrain-following capability. Additionally, the pod contains a forward looking infrared system which is projected on the pilot's HUD which is used during nighttime or low visibility operations. The AN/AAQ-13 Nav Pod is installed beneath the right engine intake.

Pod sasaran mengandungi sistem penjejak dan penanda laser yang akan menanda kedudukan musuh untuk dimusnahkan sejauh 10 mi (16 km). Setelah proses menjejaki dimulakan, maklumat sasaran disalurkan secara automatic kepada peluru berpandu udara ke permukaan panduan infra merah atau bom panduan laser. Pod sasaran dilekapkan dibawah salur masuk udara enjin di sebelah kiri; konfigurasi mungkin Pod Sasaran AN/AAQ-14 Target Pod, Pod Sasaran AN/AAQ-28 LITENING atau Pod AN/AAQ-33 Sniper.

Bagi misi udara-ke-darat, F-15E boleh membawa kebanyakan persenjataan dalam pegangan Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia juga boleh dipasang dengan AIM-9 Sidewinder, AIM-7 Sparrow dan AIM-120 AMRAAM untuk mempertahankan diri. Sama seperti F-15C, Strike Eagle juga memiliki meriam 20 mm General Electric M61A1 terbina dalam yang sangat berkesan dalam menentang pesawat musuh dan sasaran “biasa” di darat.

Sejarah operasi sunting

Amerika Syarikat sunting

 
Barisan pesawat F-15E di pangkalan Arab Saudi semasa Operasi Desert Shield.
 
Sebuah F-15E di ruang udara Iraq pada tahun 1999 semasa menjalankan misi Operasi Northern Watch.
 
F-15E Strike Eagle berlepas dari Pangkalan Udara Aviano, Itali, dalam misi serangan udara untuk menyokong misi Pasukan Bersekutu NATO pada 28 Mac 1999.
 
F-15E Strike Eagle terbang di ruang udara Afghanistan untuk menyokong Operasi Singa Gunung pada tahun 2006.

Negara-negara lain sunting

Pesawat F-15I dioperasi oleh Skuadron 69 Tentera Udara Israel yang dulunya menggunakan pesawat F-4 Phantom. Misi tempur pertama bagi F-15I apabila terbang di ruang udara Lubnan pada 11 Januari 1999. Diantara persenjataan yang boleh dibawa oleh pesawat ini adalah: peluru berpandu panduan infra merah AIM-9L, Rafael Python 4 dan Rafael Python 5; peluru berpandu panduan radar AIM-7 Sparrow dan AIM-120 AMRAAM. Peluru berpandu Python 4 boleh dilancarkan pada sudut 90 darjah dari pajera depan, untuk melancarkannya juruterbang akan menggunakan pajera lekapan helmet. Bagi pertempuran melangkaui ufuk, peluru berpandu AIM-7 atau AIM-120 akan digunakan.

Pada tahun 1999, Israel telah mengumumkan keinginan mereka untuk membeli lebih banyak pesawat pejuang, dan F-15I merupakan pesaing pilihan. Bagaimanapun, pengumumkan dibuat bahawa kontrak telah dianugerahkan kepada F-16I, satu versi khas bagi pesawat Fighting Falcon.

Kemalangan sunting

Pada 30 September 1990, semasa latihan misi di Oman, sebuah F-15E (dari Skuadron Pejuang Taktikal ke-336) telah terhempas semasa latihan olok-olok menentang pesawat Jaguar GR.1 milik Tentera Udara Diraja British. Kemalangan ini telah membunuh juruterbang dan pegawai sistem senjatanya.

Pada 7 Jun 2006, sebuah pesawat F-15K telah terhempas di luar pantai Pohang, Wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan, semasa melakukan misi latihan memintas pada waktu malam, dan telah membunuh kedua-dua krew. Pihak Tentera Udara Korea Selatan telah melakukan penyiasatan penuh. Pihak tentera kemudian telah mengeluarkan kenyataan, kemalangan ini terjadi disebabkan oleh kedua-dua krew telah mengalami keadaan g-LOC dalam jangkamasa 16 saat dan telah menyebabkan hilang kawalan terhadap pesawat. Subsequent public outcry ensued with accusations of a cover-up because the blackbox was never recovered, dan F-15K juga dilengkapi dengan sistem GLC automatik (G Limited Control anti g-LOC device). In addition the crew members were both seasoned Air Force veterans and the claim that both of them lost consciousness simultaneously was questioned in the press.[11]

Kelainan sunting

F-15I sunting

F-15I digunakan oleh Tentera Udara Israel yang mana dikenali sebagai Ra'am'. Ia adalah sebuah pesawat dua tempat duduk, serangan darat yang digerakkan oleh dua enjin Pratt & Whitney F100-PW-229 yang berasaskan pesawat F-15E.

Selepas Perang Teluk, yang mana bandar-bandar Israel telah diserang oleh peluru berpandu Scud yang berpangkalan di Iraq, kerajaan Israel telah memutuskan bahawa mereka memerlukan pesawat serangan jarak jauh. Pada tahun 1993, Israel telah menghantar Request for Information (RFI) kepada firma-firma pengeluar pesawat yang berminat untuk mengeluarkan pesawat pejuang baru Israel untuk dipertimbangkan.

Sebagai tindak balas, firma Lockheed Martin telah menawarkan versi F-16 Fighting Falcon manakala firma McDonnell Douglas telah menawarkan kedua-dua pesawat F/A-18 Hornet dan F-15E. Pada 27 Januari 1994, kerajaan Israel telah mengumumkan bahawa mereka berminat untuk membeli 21 buah pesawat F-15E. Rekaan F-15E telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan Israel, termasuk Pajera Lekapan Helmet dan telah dinamakan semula sebagai F-15I. Pada 12 Mei 1994, kerajaan A.S telah membenarkan pembelian sehingga 25 buah F-15I oleh Israel. Pada bulan November 1995, Israel telah menambah empat buah pesawat F-15I lagi, iaitu mencapai had yang telah dibenarkan oleh A.S.

Perubahan bagi pesawat F-15I sunting

 
Pesawat F-15I Ra'am milik Skuadron No 69, Tentera Udara Israel mejauhi pesawat penangki KC-135 Stratotanker selepas selesai mengisi minyak di kawasan latihan dan ujian di Nevada semasa latihan Red Flag 2004.

F-15I Ra'am (Bahasa Hebrew : Thunder) menyerupai pesawat F-15E tetapi pesawat F-15I memiliki beberapa sistem avionik dibuat khas untuk memenuhi spesifikasi keperluan Israel. Untuk memudahkan serangan waktu malam, F-15I pada awalnya telah dilengkapi dengan pod sasaran Sharpshooter yang mana direka untuk kegunaan pesawat F-16 milik Israel. Pod Sharpshooter kurang berupaya jika dibandingkan dengan pod LANTIRN yang digunakan pada F-15E. Apabila Amerika Syarikat membenarkan Israel untuk memperoleh pod LANTIRN, Israel telah menerima tawaran ini. Perolehan ini telah melengkapkan kelengkapan penglihatan malam bagi pesawat F-15I. Sebanyak 30 set pod LANTIRN telah dihantar. Selepas pengubahsuaian ini, pesawat F-15I adalah setanding dengan F-15E. Perbezaan ketara yang masih kekal di antara pesawat F-15I dengan F-15E adalah pesawat F-15I telah dihantar tanpa dilengkapi dengan Penerima Amaran. Israel telah memasang peralatan pertempuran elektronik buatan sendiri pada F-15 miliknya. Peralatan elektronik pesawat F-15I yang tidak dibekalkan telah digantikan dengan Sistem Pertempuran Elektronik Bersepadu Elisra SPS-2110 buatan Israel. Komputer pusat dan sistem GPS/INS terbenam juga telah dipasang. Kesemua penderia pesawat boleh dikerah ke pajera lengkapan helmet, yang memberi kedua-dua krew mekanisme bidikan yang lengkap yang mana tidak dimiliki oleh pesawat F-15E. Sistem termaju Ra'am termasuk radar APG-70 dengan keupayaan untuk memetakan permukaan bumi. Gambaran jelas yang diperolehi daripada radar APG-70, walau apa jua keadaan cuaca dan cahaya, menjadikannya berupaya untuk mengesan sasaran yang mana sangat sukar untuk didapati — seperti contoh, bateri peluru berpandu, kereta kebal dan struktur — walaupun di bawah situasi teruk seperti kabus tebal, hujan lebat atau di malam gelap.

F-15K sunting

 
Pesawat F-15K merapati pesawat KC-135 Stratotanker untuk melakukan pengisian minyak di udara.

F-15K Slam Eagle (Korea: F-15K 슬램이글) adalah merupakan satu pesawat terbitan termaju berdasarkan versi F-15E, telah dipesan dan dihantar kepada Tentera Udara Korea Selatan.

Pada tahun 2002, Korea Selatan telah memilih pesawat F-15K bagi program pesawat pejuang F-X setelah persaingan sengit daripada empat buah pesawat: iaitu F-15K dari firma Boeing, Rafale dari Dassault-Breguet, Eurofighter Typhoon dari EADS, dan Su-35 dari Sukhoi. Sejumlah 40 buah pesawat telah dipesan, dan sehingga bulan Disember 2005, empat buah pesawat telah dihantar kepada Tentera Udara Korea Selatan. Pada bulan Mei 2006, kerajaan Korea Selatan telah menimbangkan untuk menambah 20 buah pesawat F-15K bermula pada tahun 2009. [12]

Pesawat F-15K memiliki banyak cirri-ciri termaju yang tidak terdapat pada pesawat F-15E, seperti AAS-42 IRST (Pencari dan Penjejak Infra Merah), JHMCS (Joint Helmet-Mounted Cueing System), dan radar termaju AN/APG-63(V)1 MSA. Radar AESA juga boleh diperolehi sebagai pilihan. Sebagai tambahan, F-15K boleh melancarkan banyak persenjataan termaju seperti AGM-84K SLAM-ER ATA dan AGM-84H Harpoon. Dua enjin tujahan General Electric F110-GE-129 berkuasa 29,400 lbf (131 kN) akan membekalkan kuasa kepada pesawat F-15K, suatu peningkatan jika dibandingkan dengan pesawat asas F-15E.

Pada 25 April 2008, kerajaan Korea Selatan telah mengumumkan pesanan untuk kumpulan kedua pesawat yang mengandungi sejumlah 21 buah F-15K, bernilai AS$ 2.3 bilion. Penghantaran dijadualkan akan dibuat di antara tahun 2010 hingga 2012. Tidak seperti pesawat F-15K bagi kumpulan pertama, pesawat bagi kumpulan kedua akan dibekalkan dengan enjin Pratt & Whitney F100-PW-229 (EEP). 46 buah enjin (yang bernilai 220 bilion won) akan dibina dengan kebenaran berlesen oleh firma Samsung Techwin. Korea menyatakan bahawa enjin P&W mempunyai persamaan dengan enjin untuk pesawat KF-16. [13][14]

F-15S sunting

F-15S adalah sebuah pesawat kelainan bagi F-15E yang dibekalkan kepada Tentera Udara Arab Saudi pada tahun 1990-an. Asalnya, Arab Saudi ingin mendapatkan sehingga 24 buah pesawat F-15F, sebuah versi satu tempat duduk tetapi telah dihalang oleh Kongres Amerika Syarikat.[15] F-15S, asalnya dikenali sebagai F-15XP, hampir menyerupai pesawat F-15E milik Tentera Udara A.S, dengan perbezaan ketara adalah pada keupayaan radar AN/APG-70 dari segi mod aperture sintetik.[16][15] 72 buah pesawat telah dibina antara tahun 1996 sehingga 1998.[16] Pada bulan Oktober 2007, GE mengumumkan satu kontrak bernilai AS$300 juta dengan Arab Saudi untuk membekalkan 65 buah enjin turbin GE F110-GE-129C untuk dipasang pada pesawat F-15S.[17]

F-15SA pula adalah versi terbaru bagi Tentera Udara Arab Saudi. Sistem kawalan wayar moden untuk kawalan penerbangan digunakan untuk mengantikan sistem hibrid elektronik/mekanikal pada pesawat F-15 sebelumnya. Versi ini juga menggunakan radar jujukan imbasan aktif elektornik (AESA), APG-63(v)3, sistem peperangan elektronik digital (DEWS), sistem penjejak dan pencari inframerah (IRST) dan sistem-sistem moden yang lain. Ia juga dipasang dengan kokpit yang direka semula yang asalnya bertujuan untuk dipasang pada pesawat F-15SE.[18][19][20] Sistem terbang dengan wayar membolehkan pesawat ini tenggekan senjata sayap luar yang tidak digunakan.[21]

F-15SG sunting

F-15SG (dulunya F-15T) adalah merupakan kelainan bagi pesawat F-15E, yang telah dipesan oleh Tentera Udara Republik Singapura setelah tujuh tahun penilaian yang melibatkan lima buah pesawat pejuang dari firma-firma lain. Pemilihan pesawat F-15SG dimuktamadkan pada 6 September 2005 berbanding pesawat Dassault Rafale, satu-satunya pesawat yang masih dalam penilaian akhir.[22]

Konfigurasi pesawat F-15SG menyamai pesawat F-15K yang dijual kepada Korea Selatan, tetapi berbeza dengan penambahan radar APG-63(V)3 AESA yang dibangunkan oleh firma Raytheon. Kuasa bagi pesawat F-15SG akan dibekalkan oleh dua enjin tujahan General Electric F110-GE-129 29,400 lbf (131 kN).

Bergantung kepada pembangunan pesawat Lockheed Martin F-35, Singapura telah memesan 12 buah pesawat dengan pilihan tambahan 8 buah pesawat untuk mengantikan angkatan pesawat A-4SU mereka. Pembelian ini merupakan sebahagian daripada Program Penggantian Pesawat Pejuang Baru, yang bernilai kira-kira AS$ 1 bilion dan merupakan program tunggal pembelian pesawat pejuang termahal yang pernah dilakukan oleh Tentera Udara Republik Singapura.

Pada 22 Ogos 2005, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan telah melaporkan kepada Kongres Amerika Syarikat berkenaan Jualan Ketenteraan Luar yang berpotensi merangkumi persenjataan, logistic dan latihan sekiranya pesawat Boeing F-15 dipilih oleh kerajaan Singapura. Sejak pembelian pesawat F-15SG sekarang telah disahkan, ia boleh dianggap Singapura akan melaksanakan cadangan bagi pakej persenjataan dan logistik, yang mana akan bertambah nilai sebanyak AS$ 741 juta lagi sekiranya kesemua pilihan-pilihan diambil.

Persenjataan yang termasuk di dalam pakej ini adalah:

  • 200x AIM-120C AMRAAM
  • 6x AMRAAM Captive Air Training (CAT) Missiles
  • 50x MK-82 GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)
  • 44x alat penglihatan malam AN/AVS-9(V)
  • 24x Link 16 Sistem Pengagihan Maklumat Pelbagai Fungsi / Low Volume Terminals (Terminal Lingkaran Data Pejuang)
  • 30x AGM-154A (JSOW) Joint Standoff Weapons dengan kepala peledak BLU-111.
  • 30x AGM-154C (JSOW) Joint Standoff Weapons
  • 200x AIM-9X SIDEWINDER
  • 24x AIM-9X SIDEWINDER CAT dan peluru berpandu latihan [23]

Kementerian Pertahanan Singapura pada 22 Oktober 2007, telah melaksanakan pilihan dengan membeli tambahan pesawat sebanyak lapan buah pesawat pejuang F-15SG yang merupakan sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2005. Bersama-sama dengan pembelian ini, Singapura telah memesan tambahan empat buah lagi pesawat F-15SG menjadikan kesemuanya sebanyak 24 buah pesawat. [24]

F-15QA sunting

F-15QA adalah sebuah versi yang dibangunkan untuk Tentera Udara Qatar. Berita ini diumumkan pada bulan November 2016 selepas Jabatan Negara A.S meluluskan penjualan sehingga 72 buah pesawat F-15QA kepada Qatar dalam satu perjanjian bernilai AS$21.1 bilion yang mana termasuk persenjataan, sokongan, peralatan dan latihan.[25][26]

Cadangan kelainan sunting

F-15H Strike Eagle (H untuk Hellas) adalah merupakan cadangan versi eksport pesawat F-15E untuk Greece pada tahun 1990-an, yang mana menjadi pilihan bagi Kementerian Pertahanan Greece dan Tentera Udara Greece [27] tetapi sebaliknya pihak kerajaan telah memilih pesawat baru F-16 Fighting Falcon dan Mirage 2000-5.[28].

F-15G Wild Weasel adalah sebuah versi cadangan untuk mengantikan pesawat F-4G Wild Weasel dalam peranan Menumpaskan Pertahanan Udara Musuh (SEAD). F-15G telah dikaji sejak tahun 1986. Satu cadangan pengubahsuaian ke atas pesawat F-15C untuk peranan SEAD telah dikaji pada tahun 1994–95, tetapi sebaliknya pesawat F-16C telah diubahsuai untuk melaksanakan peranan ini.[29] F-15E berupaya untuk membawa peluru berpandu anti radar seperti AGM-88 HARM dan melaksanakan peranan SEAD.

F-15SE Silent Eagle adalah sebuah kelainan yang dirancang dengan keupayaan pesawat pejuang generasi ke-5 seperti tenggekan senjata dalaman dan bahan serapan radar. Silent Eagle juga memiliki ruang persenjataan konformal (CWB) untuk menyimpan senjata di ruang ini berbanding memasang tangki minyak konformal, sudut satah ekor berkembar dicapahkan keluar sebanyak 15 darjah untuk mengurangkan keratan rentas radar; sebahagian besar ruang CWB digunakan sebagai tempat simpanan senjata, hanya sebahagian kecil sahaja yang digunakan sebagai ruang penyimpanan minyak.[30] Pesawat F-15SE dioptimalkan untuk misi-misi udara ke udara, dengan kekurangan ciri-ciri halimunan untuk misi ke kawasan yang dikawal oleh sistem anti pesawat di darat.[31] Pesawat F-15E pertama, no siri 86-0183, telah diubahsuai untuk dijadikan pesawat penunjuk Silent Eagle. Ia membuat penerbangan sulung pada bulan Julai 2010 dengan ruang senjata konformal di sebelah kiri,[32] dan berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu AMRAAM daripada CWB pada bulan Julai 2010.[33] Antara para pelanggan yang berpotensi adalah Arab Saudi, Israel, Jepun dan Korea Selatan;[30] bagaimanapun Arab Saudi memilih untuk membeli F-15SA,[34] sementara Israel,[35] Jepun,[36] dan Korea Selatan memilih pesawat F-35.[37]

Pengguna sunting

 
F-15E Strike Eagles sedang mendarat di Pangkalan Tentera Udara Andersen, Guam.
  Israel
Tentera Udara Israel mengoperasikan 25 buah F-15I "Ra'am".
  Korea Selatan
Tentera Udara Republik Korea telah menerima 40 (termasuk sebuah yang musnah dalam kemalangan) dari keseluruhan 61 buah F-15K "Slam Eagle" yang dipesan setakat bulan Oktober 2008.[38]
  Arab Saudi
Tentera Udara Diraja Arab Saudi mengoperasikan 70 F-15S setakat Januari 2014,[39]
  Singapura
Angkatan Udara Republik Singapura mengoperasikan 40 buah pesawat F-15SG setakat Januari 2015[perlu rujukan]
  Amerika Syarikat
Tentera Udara Amerika Syarikat mengoperasikan 213 buah F-15E setakat Januari 2014[39]

Spesifikasi (F-15E) sunting

 
F-15E yang sedang diselenggara mendedahkan meriam Gatling M61 Vulcan dengan penutupnya terbuka.

Data dari USAF fact sheet,[3] Davies[40]

Ciri umum

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Davies 2002, p. 90.
  2. ^ "Saudi F-15 fleet to be armed with SLAM-ER | Times Aerospace".
  3. ^ a b F-15E Strike Eagle fact sheet, USAF, October 2007.
  4. ^ F-15E Eagle, laman web Aerospaceweb.org.
  5. ^ a b c James R. Ciborski. Kronologi pesawat The F-15 Eagle Diarkibkan 2007-09-20 di Wayback Machine. Pejabat Sejarah, Pusat Sistem Aeronautikal, Arahan Kelengkapan Tentera Udara, Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson, Ohio. Jun 2002.
  6. ^ "Raytheon mendakwa memperolehi kontrak tingkat upaya radar AESA untuk pesawat F-15E", Flightglobal.com, 1 November 2007.
  7. ^ "Boeing memilih Raytheon untuk membekalkan radar AESA untuk pesawat F-15E Strike Eagles milik Tentera Udara A.S", Boeing, 1 November 2007.
  8. ^ Menjadikan angkatan pesawat pejuang terbaik Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine, Majalah Air Force, Mac 2007.
  9. ^ Dr Richard P. Hallion. A Troubling Past:Air Force Fighter Acquisition since 1945. Airpower Journal. Winter 1990.
  10. ^ Jenkins 1998, m/s. 35-36.
  11. ^ "Artikel berita di laman web naver.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. Dicapai pada 2008-07-25.
  12. ^ "Artikel Daily Defense Industry, Mei 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-11. Dicapai pada 2008-07-25.
  13. ^ Yonhap News, served by Naver
  14. ^ Boeing F-15K Eagle Diarkibkan 2020-03-17 di Wayback Machine, Flug Revue, 5 Mei 2008
  15. ^ a b Jenkins 1998, p. 41.
  16. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan davies_2002 tidak disediakan
  17. ^ "Royal Saudi Air Force Selects General Electric Company to Re-engine F-15S Aircraft." Diarkibkan 2008-04-24 di Wayback Machine General Electric Aerospace, 3 October 2007.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DSCA_F-15SA_request tidak disediakan
  19. ^ "South Korean Fighter Order: AF Backs F-35."
  20. ^ Bruno, Michael. "U.S. To Sell AESA-Equipped F-15s To Saudi Arabia." Aviation Week, 20 October 2010.
  21. ^ "Boeing and USAF will have to recertificate entire F-15SA flight envelope." Flight International, 3 April 2013.
  22. ^ "Singapore akhirnya memilih F-15T", Flight International, 13 September 2005.
  23. ^ DSCA melaporkan kepada Kongres A.S mengenai penjualan peralatan ketenteraan F-15 kepada Singapura
  24. ^ Singapura melaksanakan pilihan untuk tambahan pesawat F-15SG, Kementerian Pertahanan Singapura, 22 Oktober 2007.
  25. ^ http://www.defensenews.com/articles/kuwait-qatar-fighter-jet-deals-move-forward-likely-putting-boeing-fighter-jet-production-into-the-2020s
  26. ^ http://www.dsca.mil/sites/default/files/mas/qatar_16-58.pdf
  27. ^ http://www.f-16.net/f-16_forum_viewtopic-t-3572-start-15.html
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-24. Dicapai pada 2008-07-25.
  29. ^ Jenkins 1998, p. 71.
  30. ^ a b Butler, Amy. "Boeing Unveils New, Stealthy Silent Eagle F-15." Aviation Week, 18 March 2009. Retrieved: 2 January 2013.
  31. ^ Trimble, Stephen. "Boeing unveils upgraded F-15 Silent Eagle with fifth-generation features." flightglobal.com, 17 March 2009.
  32. ^ Carder, Phillip and Mary Ann Brett. "Boeing F-15 Silent Eagle Demonstrator Makes 1st Flight." Boeing, 9 July 2010. Retrieved: 18 August 2010.
  33. ^ Carder, Phillip and Mary Ann Brett. "Boeing F-15 Silent Eagle Demonstrator Completes 1st Weapon Launch." Boeing, 20 July 2010. Retrieved: 18 August 2010.
  34. ^ "US finalises $11.4 billion Saudi order for F-15s". Flight International. 9 March 2012. Dicapai pada 8 March 2015.
  35. ^ "Israeli Purchase of Fighter Jets Seen as Litmus Test for Continued US Support". voanews.com. 17 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-30. Dicapai pada 8 March 2015.
  36. ^ "US Lockheed Martin F-35 chosen as Japan fighter jet". BBC News. 20 December 2011. Dicapai pada 8 March 2015.
  37. ^ "South Korea to obtain 40 F-35As". Flightglobal.com. 22 November 2013. Dicapai pada 8 March 2015.
  38. ^ Duk-kun, Byun. "Air Force receives last shipment of F-15K fighter jet", Yonhap News, 8 October 2008.
  39. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2014_Aerospace tidak disediakan
  40. ^ Davies 2002, Appendix 1
  • Davies, Steve. Combat Legend, F-15 Eagle and Strike Eagle. London: Airlife Publishing, Ltd., 2002. ISBN 1-84037-377-6.
  • Davies, Steve. F-15E Strike Eagle Units In Combat 1990-2005, Osprey Publishing Limited., 2005.
  • Jenkins, Dennis R. McDonnell Douglas F-15 Eagle, Supreme Heavy-Weight Fighter. Arlington, TX: Aerofax, 1998. ISBN 1-85780-081-8.
  • Smallwood, William L. "Strike Eagle - Flying the F-15E In The Gulf War", Brassey's, 1994.
  • Boeing F-15K website

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "N" ada tetapi tag <references group="N"/> yang sepadan tidak disertakan