Fail Kewibawaan Antarabangsa Maya

Sistem pertukaran data dalam talian antara perpustakaan

Fail Kewibawaan Antarabangsa Maya atau dalam bahasa Inggeris, Virtual International Authority File (VIAF) ialah sebuah fail kewibawaan. Ia merupakan usaha bersama beberapa perpustakaan kebangsaan dan dikendalikan oleh Online Computer Library Center (OCLC).[1][2] Projek ini dimulakan oleh Perpustakaan Negara Jerman dan Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat.

Virtual International Authority File
VIAF Screenshot 2012
Tangkapan skrin 2012
AkronimVIAF
Diperkenalkan06 Ogos 2003 (2003-08-06)
Pertubuhan diuruskanOCLC
Contoh106965171
Laman webviaf.org Sunting ini di Wikidata

Tujuan projek ini ialah untuk menghubungkan fail kewibawaan kebangsaan (misalnya, Fail Kewibawaan Nama Jerman) kepada sebuah fail kewibawaan maya tunggal. Dalam fail ini, rekod-rekod yang sama dari set-set data yang berlainan dihubungkan. Sebuah rekod VIAF mengandungi sebuah nombor data piawai, mengandungi rekod-rekod primer "lihat" dan "lihat juga" dari rekod asal, dan merujuk kepada rekod kewibawaan asal. Data disediakan secara dalam talian dan untuk penyelidikan dan pertukaran dan perkongsian data. Kemas kini salingan menggunakan protokol Open Archives Initiative ("Inisiatif Arkib Terbuka").

Nombor-nombor fail juga sedang ditambah kepada rencana-rencana biografi Wikipedia.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Kelley, Michael; Schwartz, Meredith (2012). "VIAF service transitions to OCLC". Library Journal. Media Source. 137 (8): 16.
  2. ^ VIAF, OCLC.
  3. ^ VIAFbot Edits 250,000 Wikipedia Articles to Reciprocate All Links from VIAF into Wikipedia, OCLC, 2012-12-07

Pautan luar sunting