Falsafah Pendidikan Malaysia

dasar pendidikan kebangsaan Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)[1] yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani , Emosi , Rohani ,Intelektual dan Sosial. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.[2]

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Negara sunting

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru sunting

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Islam sunting

Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat

Rujukan sunting

  1. ^ Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003
  2. ^ Mohd Fathi bin Adnan, Rohana bt. Hamzah, Amirmudin bin Udin (2011). "Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia" (PDF). Universiti Teknologi Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-11-06. Dicapai pada 26 Jun 2014. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)