Fariz Musa

ahli politik Malaysia

Fariz bin Musa (1 Mac 1970 – 27 Disember 2021); Jawi: فاريز بن موسى) ialah seorang ahli politik dari Malaysia.

Fariz Musa
Fariz Musa menyampai ceramah kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat
Butiran peribadi
LahirMohd Fariz Abd Talib @ Musa
(1970-03-01)1 Mac 1970
Kemaman, Terengganu, Malaysia
Meninggal dunia27 Disember 2021(2021-12-27) (umur 51)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH)
PekerjaanAhli politik

Beliau merupakan Ketua Ko-Ordinator Jingga 13,[1] Ketua Setiausaha Pengelola dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat. Penglibatan beliau dalam Parti Keadilan Rakyat bermula sejak penubuhan Parti Keadilan Nasional sehinggalah sekarang.[bila?]

Beliau antara yang lantang dan berani bersuara dalam memperjuangkan isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim,[2] pembantahan GST,[3] #KitaLawan[4] dan sebagainya yang melibatkan isu-isu rakyat serta sering ditangkap oleh pihak polis dan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman.[5]

Kehidupan awal sunting

Fariz bin Musa merupakan anak pertama daripada 5 orang adik-beradik. Bapa beliau iaitu Tuan Haji Musa Muda ialah seorang bekas guru besar manakala ibu beliau pula iaitu Hajah Khasaulah Sulaiman ialah seorang suri rumah tangga.[perlu rujukan]

Pendidikan sunting

Pendidikan awal beliau adalah di [[|Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2|Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 2]], Kuala Terengganu (Darjah 1–3) dan Sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu (Darjah 4–6). Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (1983–1987). Pada tahun 1990, beliau memasuki Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, Kuala Terengganu lalu memperolehi Sijil Perguruan. Kemudian, beliau melanjutkan pendidikan beliau di Universiti Putra Malaysia lalu memperolehi ijazah Bachelor Pendidikan (Bimbingan & Kauseling) pada tahun 2000.[perlu rujukan]

Kerjaya sunting

Kerjaya beliau bermula pada tahun 1992 sebagai guru sehingga 2008. Beliau pernah menjadi Pensyarah Sambilan Sekolah Pengajian Umum di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1996–2000), menjadi Penceramah dan Fasilitator Biro Tatanegara di Jabatan Perdana Menteri Cawangan Terengganu (1993–1998) dan Timbalan Pengarah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor (2011–2013). Beliau juga mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang latihan, motivasi dan konsultan.[perlu rujukan]

Beliau pernah mendapat Anugerah Kecemerlangan Guru Berpotensi (1997) daerah Marang, Terengganu dan pada tahun 2005, beliau memperolehi Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.[perlu rujukan]

Kepimpinan sunting

Pengalaman Kepimpinan beliau bermula daripada sekolah rendah lagi sebagai Ketua Murid, manakala di sekolah menengah beliau dilantik sebagai Pengawas dan Ketua Pengawas. Sewaktu melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu, beliau terpilih sebagai Yang DiPertua Majlis Guru Pelatih.[perlu rujukan]

Fariz Musa seorang yang aktif dalam gerakan belia. Beliau aktif dalam Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan pernah terpilih sebagai Ahli Badan Tertinggi GPMS Pusat (1993–1996). Beliau dipilih mewakili Malaysia ke Forum Belia Antarabangsa di Korea Selatan (1992) dan juga aktif di Majlis Belia Negeri dan Daerah.[perlu rujukan]

Kerjaya Politik sunting

Penglibatan beliau dalam politik bermula dalam Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Marang, Terengganu bermula tahun 1990 sehingga menyertai gerakan Reformasi setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan difitnah pada tahun 1998. Beliau kemudiannya menyertai Parti Keadilan Nasional apabila parti tersebut ditubuhkan pada 4 April 1999. Kepimpinan beliau dalam parti bermula apabila beliau telah dilantik menjawat jawatan Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Terengganu.[perlu rujukan]

Pada tahun 2000, telah diadakan pemilihan Exco Pemuda Keadilan Pusat dan beliau terpilih sebagai Exco Pemuda Keadilan Pusat sewaktu Persidangan Pergerakan Pemuda Keadilan di Kemaman. Kemudian, beliau dilantik oleh Saudara Ezam Mohd Nor selaku Ketua Pemuda Keadilan Pusat ketika itu sebagai Ketua Pemuda Keadilan Negeri Terengganu. Beliau menjawat sebagai Exco AMK sehingga 2007.[perlu rujukan]

Pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Keadilan Malaysia/Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) Malaysia sewaktu Persidangan Pemuda Keadilan di Negeri Sembilan bagi sesi 2007–2010 dan juga sebagai Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia dan secara automatik berdasar perlembagaan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Nasional. Setelah bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2008, Parti Keadilan Rakyat telah diwujudkan.[perlu rujukan]

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, beliau telah meletakkan jawatan sebagai guru dan bertanding di Parlimen Kemaman mewakili Parti Keadilan Rakyat. Beliau telah mencabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Shabery Cheek. Pada tahun 2010, beliau telah terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 beliau telah mencabar Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.[perlu rujukan]

Pada pemilihan parti pada tahun 2014, beliau sekali lagi terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah melantik dan memberikan kepercayaan kepada beliau sebagai Ketua Setiausaha Pengelola dan juga sebagai Ahli Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Pusat.[perlu rujukan]

Kehidupan peribadi dan kematian sunting

Fariz Musa berasal dari Terengganu. Beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan wabak COVID-19 pada 27 Disember 2021, pada usia 51 tahun.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ http://jingga13malaysia.blogspot.my/
  2. ^ http://www.therakyatpost.com/news/2014/10/17/jingga13-defends-anwar/
  3. ^ https://www.malaysiakini.com/news/261552
  4. ^ http://wrlr.blogspot.my/2015/03/polis-tahan-fariz-musa-khalid-samad.html
  5. ^ http://jingga13malaysia.blogspot.my/2015/10/maria-chin-fariz-musa-mp-dua-yang-lain.html
  6. ^ DATELINE, Oleh MALAYSIA (27 December 2021). "Fariz Musa meninggal dunia". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 December 2021.