Fasha Sandha

Pelakon wanita Malaysia

Nur Fasha Sandha Hassan (lahir 28 Mac 1984)[a] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak wanita malang dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.[1]

Fasha Sandha
Fasha ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 6 September 2016.
Kelahiran
Nur Fasha Sandha binti Hassan

(1984-03-28) 28 Mac 1984 (umur 40)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penerbit, pengacara
Tahun aktif2002–kini
Ketinggian1.68 m (5 ka ​6 18 in)
PasanganToh Muda Rizal Ashram Ramli (k. 2012; c. 2016)
Aidil Aziz (k. 2019)
Anak-anak3
IbuHatijah Teh Man
BapaHassan Moideen
Keluarga

Pada tahun 2003, Fasha membuat penampilan filem pertama menerusi filem Black Maria sebagai pelakon pembantu. Filem beliau seterusnya ialah filem komedi muzikal Bintang Hati (2004). Antara 2005 dan 2007, Fasha menjayakan watak tajuk dalam siri drama TV3, Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.[2]

Fasha mempunyai pelbagai peranan utama dalam filem-filem terkenal beliau termasuk dua siri filem aksi komedi adiwira Cicak-Man (2006–08), sebagai gadis pulau Nia dalam filem 9 September (2007), sebagai pelumba kereta dalam filem aksi Evolusi KL Drift (2008), dan filem komedi keluarga Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Siri televisyen yang dibintanginya termasuk Cinta Elysa (2011), Alif Imani (2015) dan Lara Aishah (2016). Pada 1 Mac 2023, fasha dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada kepala, mata semasa menjalani penggambaran drama Anak Tuan di Johor Bahru. [3]

Kehidupan awal sunting

Fasha dilahirkan pada 28 Mac 1984 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak perempuan kepada pasangan Hassan Moideen dan Hatijah Teh Man. Beliau dibesarkan di utara Semenanjung Malaysia, iaitu tempat asal keluarga beliau sewaktu keluarganya berpindah semula ke Pulau Pinang, dan kemudian ke Perlis.[4] Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya, salah seorang adiknya, Elisya Sandha juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Ketika berusia 18 tahun pada 2002, beliau mula melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati. Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, beliau juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma.[5] Antara syarikat korporat yang mendapatkan khidmat Fasha termasuklah Maxis, Nokia, Fair & Lovely dan Sunsilk (versi Indonesia).[6](Dan pernah bersekolah di sekolah menengah kebangsaan seberang jaya)

Kerjaya sunting

Penglibatan awal (2002–2009) sunting

Langkah Fasha untuk melibatkan diri dalam bidang seni lakonan bermula apabila beliau diperkenalkan menerusi filem arahan Ambri Kailani, Black Maria sebagai watak pembantu.[7] Filem ini ditayangkan pada 26 Jun 2003.[8]

Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu. Pada 2004, Fasha membintangi tiga filem serentak, iaitu filem komedi muzikal Bintang Hati arahan Aziz M. Osman yang mana beliau menjayakan watak sebagai June, seorang penggubah lagu yang bekerja untuk Syakila, yang dilakonkan oleh Amy Mastura.[9] Beliau kemudiannya berlakon bersama Datuk Rosyam Nor menerusi filem Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, Fasha memegang watak Yasmin, seorang guru baru di sekolah Iman.[10] Selepas Bintang Hati dan Berlari Ke Langit, Fasha membintangi filem drama muzikal SH3 arahan Zek Zukri.[11]

Fasha mendapat peranan yang diiktiraf menerusi drama 2 musim, 52 episod Natasha yang bersiaran di Slot Lestary TV3 yang meninggalkan kesan di hati penonton melalui wataknya sebagai perempuan malang bernama Natasya. Dalam satu temuramah dengan pihak media, Fasha memberitahu bahawa watak Natasya yang dibawanya adalah "watak yang paling sukar untuk dihayati olehnya". Drama yang turut dibintangi oleh Mustafa Kamal, Ezany Nizariff, Fiza Halim dan Lydia Ibtisam disiarkan dari 1 November 2005 dan berakhir pada 23 Januari 2007.[12][13][14]

Di acara Fiesta Media Idola 2006 yang diadakan di Kuantan, Pahang, beliau menjadi pembawa obor bersama penyanyi, Dato' Sri Siti Nurhaliza.[15] Pada 24 Julai 2006, Fasha melancarkan novel pertamanya bertajuk Sumpahan Fasha terbitan KRU Publishing. Buku ini ditulis bersama oleh Fasha dan Meor Shariman.[16][17]

Pada 30 November 2006, Fasha digandingkan bersama Dato' Sri Eizlan Yusof menerusi filem romantik Cinta arahan Kabir Bhatia yang mengisahkan mengenai lima cerita yang mengisahkan mengenai cinta dari perspektif berbeza.[18] Filem ini turut menampilkan ramai pelakon popular tanah air termasuk Pierre Andre, Sharifah Amani, Vanida Imran dan Rashidi Ishak.[19] Fasha memegang watak sebagai Azura, seorang pekerja di sebuah kedai buku. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 2.2 Juta[20] Ini merupakan filem kedua gandingan Fasha bersama Eizlan selepas Black Maria.[21] Fasha digandingkan bersama Saiful Apek sebagai Cicak-Man dalam filem aksi adiwira Cicak-Man arahan Datuk Yusry Abdul Halim, beliau melakonkan peranan Tania, setiausaha Profesor Klon (Datuk Aznil Nawawi) yang mempunyai perasaan terhadap Hairi/Cicak-Man. Filem ini ditayangkan pada 7 Disember 2006 hingga kejayaan komersial.[22]

Beliau dilantik sebagai duta produk kecantikan Maybelline pada Januari 2007, menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Dutanya mengenai pelantikannya, Fasha berkata: "Saya bersyukur dengan tawaran tersebut. Tak pernah terfikir untuk menjadi duta Maybelline dan menggantikan tempat Kak Siti (Dato Sri Siti Nurhaliza). Sebab itu saya mengambil masa enam bulan untuk memikirkan tawaran itu."[23] Pada 1 Februari 2007, Fasha bersama Que Haidar membintangi filem usahasama Malaysia dan Indonesia Badai Pasti Berlalu arahan Teddy Soeriaatmadja terbitan Astral Pictures.[24] Filem lakonan Raihaanun dan Vino G. Bastian ini merupakan pembikinan semula daripada filem asal 1977 dengan judul sama arahan Teguh Karya lakonan Christine Hakim, Slamet Rahardjo dan Roy Marten.[24] Selain itu, beliau membintangi filem 9 September arahan sulung Pierre Andre. Fasha memegang watak Nia, seorang gadis tomboy comel yang baru ditinggalkan oleh teman lelakinya.[25]

Pada 3 April 2008, Fasha menjayakan peranan sebagai dirinya sendiri dalam filem Evolusi KL Drift arahan sulung Syamsul Yusof lakonan bersama Syamsul, Farid Kamil, Dato' Aaron Aziz dan Diana Danielle.[26] Filem ini merupakan filem kedua gandingan Fasha bersama Farid selepas filem Anak Halal. Beliau kembali mengulangi peranan Tania dalam kesinambungan filem Cicak-Man, Cicakman 2 - Planet Hitam yang ditayangkan pada 11 Disember 2008.[27][28]

Pada 16 Julai 2009, Fasha berperanan sebagai Ayu dalam filem seram suspens, Skrip 7707 arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.[29] Dalam pada itu, Fasha mengumumkan menarik diri daripada membintangi filem Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof, turut menarik diri ialah Diana Danielle. Beliau digantikan oleh Scha Al-Yahya.

Peningkatan kerjaya (2010–2013) sunting

 
Fasha sedang disolek sebelum penggambaran filem Penanggal.

Pada 2010, Fasha menjayakan peranan utama bersama Saiful Apek dan Rozita Che Wan dalam filem komedi romantik 4 Madu yang ditayangkan pada 9 September.[30] Pada 30 November 2010, Fasha berlakon bersama Zamarul Hisham dalam siri drama Dia Atilia yang mengisahkan Atilia dan Faizal yang bersahabat baik di kolej.[31] Beliau seterusnya menjayakan watak utama sebagai Chinta Chandurry dalam drama Chinta mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis malang bernama Chinta yang pada awalnya adalah gadis yang baik akhirnya terjebak di dalam kancah pelacuran akibat pelbagai nasib malang yang dialaminya. Drama yang turut dibintangi oleh Adi Putra dan Azhar Sulaiman ini bersiaran di Slot Akasia TV3 pada 27 September hingga 14 November 2010.

Fasha telah membintangi filem seram komedi, Sini Ada Hantu arahan James Lee. Dalam filem ini, beliau memegang watak Hantu Pokok Pisang, flem ini ditayangkan pada 20 Februari 2011 dan menjadi satu-satunya filem lakonan beliau yang ditayangkan dalam tahun 2011.[32]

Pada 20 Jun 2011, Fasha berlakon bersama Iqram Dinzly menerusi drama waktu perdana Slot Akasia TV3, Dewa Cintaku arahan Harrid Fadzillah yang mana beliau memegang watak utama sebagai June, seorang penyanyi dan pemuzik di sebuah kelab malam dan drama ini memerlukan beliau belajar bermain gitar. Watak dalam drama ini sangat berbeza dengan watak yang pernah dibawakan oleh Fasha sebelum ini dan juga dirinya sendiri. Ia merupakan kolaborasi kedua Fasha bersama Iqram selepas sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift pada 2008.[33][34][35]

Selain itu, beliau digandingkan bersama pendatang baharu dalam bidang lakonan Johan As'ari menerusi drama waktu perdana Cinta Elysa arahan Along Kamaludin yang bersiaran di Slot Lestary TV3 pada 13 September.[36] Fasha mempunyai peranan sebagai Shakira, berpasangan dengan Fahrin Ahmad dalam drama waktu perdana Seindah Sakura yang bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 7 Mei hingga 14 Jun 2012.[37][38] Pada 28 November 2013, Fasha membintangi filem Penanggal arahan Ellie Suriati sebagai Sharifah Zahrah, seorang gadis berketurunan Arab dan memerlukan beliau bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih.[39][40][41]

Cabaran kerjaya dan penerbit (2014–2017) sunting

Fasha digandingkan bersama Dazrin Kamarudin menerusi drama Miranda yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3 pada 5 Mei 2014.[42] Ia mengisahkan tentang Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas putus tunang dengan lelaki pilihan ibu tirinya. Drama arahan Along Kamaludin dan ditulis oleh Sharifah Abu Salem ini turut dibintangi oleh Eizlan Yusof, Zila Bakarin, dan Roy Azman. Selepas Miranda, Fasha membintangi pula drama waktu perdana Selamat Pengantin Madu, memegang watak sebagai Hana, bersama Aiman Hakim Ridza dan Eina Azman yang bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 3 September 2014.[43]

Pada 6 Ogos 2014, Fasha berlakon di samping Aaron Aziz, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir menerusi drama 13 episod Tentang Hati arahan Feroz Kadir terbitan Global Station Sdn Bhd yang mengisi slot Selekta Prima di TV2. Ia mengisahkan tentang Azia, pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan dan pada masa yang sama, Umar turut menyimpan perasaan kepada Azia.[44]

Fasha bersama Ummi Nazeera, Fezrul Khan dan Amar Baharin membintangi drama Alif Imani arahan Keoi Hj. Khalid (Allahyarham) yang disiarkan di Slot Ratu TV9 dari 13 November 2015 hingga 22 Januari 2016, beliau memegng watak sebagai Mahsuri.[45][46] Pada 25 Mei 2016, Fasha bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.[47]

Fasha kembali bekerja di bawah arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen menerusi filem komedi santai Anak Mami Nasi Kandaq selepas kali terakhir bekerja dengan A. Razak menerusi filem 4 Madu pada 2010. Dalam filem ini, Fasha memegang watak sebagai Fuziah, salah seorang daripada lima anak Mamu Nizam. Filem ini membuka tayangan di pawagam pada 6 Julai 2016, turut membintangi filem ini ialah adiknya, Elisya Sandha, Ezzaty Abdullah dan Nur Risteena.[48][49] Pada Julai 2016 juga, Fasha berlakon dalam filem Dukun Dr. Dani arahan sulung Sabri Yunus bersama Taufik Batisah, Amerul Affendi, Raysha Rizrose dan Yus Jambu.[50]

Fasha memegang watak protagonis bersama Nazim Othman dalam siri telenovela Lara Aishah yang diadaptasi dari telenovela Mexico, La Loba.[51] Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Aishah, isteri kepada Iskandar. Siri ini disiarkan di Astro Prima dari 29 Ogos 2016 hingga 13 Januari 2017.[52] Peranan beliau seterusnya ialah sebagai Dr. Vanida/Vivy dalam siri Syurga yang Kedua yang diadaptasi daripada sinetron Indonesia dengan judul sama, lakonan Siti Elizad dan Zarul Umbrella, dan disiarkan serentak di Astro Prima dan Astro Maya HD.[53]

Melengkapkan diari kerjaya seninya, pada November 2017, Fasha menubuhkan syarikat penerbitannya FS Creative Sdn. Bhd. yang menyaksikan percubaan sulung Fasha sebagai penerbit.[54] Projek televisyen sulung syarikat ini, drama komedi 50 episod Mamu Mami Gosip yang mana beliau turut menyumbangkan idea dan menulis skrip.[55][56]

Terus aktif berlakon (2018–kini) sunting

Fasha kembali bekerja di bawah Prof. Madya Abdul Razak menerusi filem komedi cereka sains, Badang yang ditayangkan di pawagam pada 15 Februari 2018, filem ini merupakan penampilan pertama usahawan terkenal Aliff Syukri Kamarzaman di layar lebar dan turut dibintangi oleh Fauzi Nawawi.[57] Beliau menjayakan watak sebagai Nurhidayah dalam siri TV Teratai Kemboja, beliau digandingkan sekali lagi dengan Adi Putra. Drama ini menjalani penggambaran di Kemboja dan bersiaran di Slot Zehra pada 13 April 2018.[58][59]

Fasha kembali digandingkan bersama Aaron Aziz dalam drama adaptasi novel karya Hana Ilhami, Patah Sayap Bertongkat Paruh, di mana beliau memegang watak sebagai Aliah. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 3 April 2019. Ini merupakan kali kedua Aaron dan Fasha berlakon bersama sejak filem Evolusi KL Drift pada 2008.[60]

Beliau kemudian membintangi drama Semua Salahku yang bersiaran di slot Lestary TV3, dengan memegang watak sebagai Sofea, ia turut dibintangi oleh Nafiz Muaz dan Intan Najuwa.

Kehidupan peribadi sunting

Fasha telah diijabkabulkan dengan Toh Muda Rizal Ashram "Jejai" Ramli yang juga bekas suami pelakon Nora Danish pada 27 April 2012 di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur.[61][62] Mereka telah dinikahkan oleh bapa Fasha sendiri. Tetamu yang hadir hanyalah ahli keluarga dan teman rapat sahaja.[63][64] Pasangan ini dikurniakan dua anak—Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.[65] Pada 20 Januari 2016, Fasha dan Jejai secara rasmi bercerai talak satu.[66] Pada Oktober 2017, Fasha dan bekas suaminya telah memilih untuk menyelesaikan dua kes mahkamah yang melibatkan mereka dengan cara yang baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.[67]

Sekitar Ogos 2015, Fasha menafikan khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog.[68] Beliau dan pelakon sampingannya dalam drama itu, Dazrin bagaimanapun berkata adegan tembak-menembak dalam drama Miranda lakonannya hanyalah sekadar lakonan sahaja.[69]

Beliau juga dikatakan berkrisis dengan pelakon Nora Danish hingga kedua-duanya tidak bertegur sapa, berikutan tindakan Fasha menghantar gambar di Instagram dengan kata-kata jelik yang mengaitkannya dengan label pakaian Nora, sekaligus menjejaskan perniagaannya.[70][71] Pada penghujung Mei 2018, Fasha dan Nora dilaporkan akan menamatkan perselisihan faham sesama mereka yang telah berpanjangan selama 8 tahun.[72][73][74]

Pada Jun 2018, Fasha dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Aidil Aziz selepas Aidil menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip terbitannya, malah menyifatkan Aidil ialah sahabat yang membuatnya gembira dan ketawa. Beliau dipetik sebagai berkata: "Dia (Aidil) membuatkan saya rasa sungguh selesa kerana saya juga seorang wanita yang sukakan kesederhanaan. Dia jugalah sahabat saya yang mampu buatkan kami anak-beranak gembira dan ketawa,"[75][76][77] Fasha juga mempunyai hubungan erat dengan pelakon Fazura, yang disifatkannya sebagai seorang yang pemurah.[78]

Fasha bertunang dengan Aidil pada 18 November 2018 dan majlis pertunangan mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.[79][80] Mereka berdua sebelum ini menafikan pertunangan mereka sebelum membuat pengumuman rasmi.[81] Fasha dan Aidil melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fasha ke-35.[82]

Di dalam media sunting

Selain penampilan di media elektronik, Fasha juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Berita Harian dan Harian Metro.[83][84][85]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Black Maria Dania Filem pertama
2004 Bintang Hati Jun
Berlari Ke Langit Yasmin Suraya
SH3 Nelly
2005 Anak Mami Kembali Fasha
2006 Bujang Senang Murni
Gong Mira
Nana Tanjung Khairunnisa
Cinta Azura
Cicak-Man Tania
2007 Badai Pasti Berlalu Siska Filem Indonesia, pembikinan semula filem 1977 dengan judul sama arahan Teguh Karya lakonan Christine Hakim, Slamet Rahardjo dan Roy Marten.
9 September Nia
Nana Tanjung 2 Khairunnisa
Anak Halal Amira Atikah
2008 Evolusi KL Drift Fasha
Cinta U-Turn Juliana
Cicakman 2 - Planet Hitam Tania
2009 Skrip 7707 Ayu
2010 4 Madu Ros
2011 Sini Ada Hantu Hantu Pokok Pisang
2013 Penanggal Sharifah Zahrah Al-Sagof
2016 Anak Mami Nasi Kandaq Fuziah
Dukun Doktor Dani Dr. Lily
2018 Badang Tisha
Blok 404 Suri
2020 Ada Apa Dengan Dosa Siti Zahrah
Aku Bukan Gila Andra
2023 Cerana Biduk Bu Merah Bu Merah
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Ustazah Jamilah
TBA Dendam Dari Pusara Pra-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Spanar Jaya Dirinya sendiri ntv7 Sitkom, pelakon undangan
2005–2006 Natasha Natasha TV3
2006 Mentari Jingga Astro Ria
2008 Impak Maksima the Series Eva TV3
Akukah Tanggang Qarissa
Sutera Maya Maya Medina TV3
2009 Keliwon (Musim 1) Mariam
Keliwon (Musim 2) Nora
2009–2010 Cuci-Cuci Services Zaiton TV2
2010 Spa Qistina Frieda Astro Box Office
Duyong Aridinata Cleo TV3
Chinta Chinta
2011 Dia Atilia Atilia Astro Prima
Samson & Delaila Delaila TV3
Dewa Cintaku June
Cinta Elysa Elysa
2012 Seindah Sakura Shakira
Runtun Qalbu Idayu
2014 Miranda Miranda
Tentang Hati Azia TV2
Selamat Pengantin Madu Hana TV3
2015 Alif Imani Mahsuri TV9
2016 Bibik-Bibikku Puan Qaisara TV3
Tentang Hati 2 Azia TV2
Lara Aishah Aishah Astro Prima
2017 Syurga Yang Kedua Dr. Vanida / Vivy
2018 Teratai Kemboja Nurhidayah TV3
Mawar Murni Murni
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Aliah Astro Ria
Semua Salahku Sofea TV3
2020 Dua Takdir Cinta Mariana Astro Prima
2021 Scammer Nisa Astro Ria
Mamu Mami Gosip Cempaka Filem Negara Malaysia Sitkom, juga sebagai penerbit
2022 Dendam Seorang Isteri Amira / Neelisa Astro Prima Drama adaptasi Temptation of Wife
Khilaf Asmara Sya Hanim Syarif TV3
Rampas Cintaku Datin Safieya IQIYI
2023 Serpihan Sayang Nadia TV3
Diva Seroja Suzila
Bang... Maznah Datang... Maznah Awesome TV
2024 Rampas Cintaku 2 Datin Safieya IQIYI
Malang Si Puteri Puteri Raissa Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2004 Quran Buruk Siti Khadijah Astro Ria
Anak-Anak Ramadhan TV3
2007 Sangga Saadah Shima
Songket Cinta Bertenun Duka
2008 Tak Serupa Tapi Sama Belinda
2010 Rahsia Shaliza Shaliza
Perigi Kontang
Bagaikan Sumayyah Shamsiah
Kontrak Cinta Karmila
Teh Tarik Kurang Manis Mimi Astro Prima
2011 Bakalong Noda Karina TV3
Suci Suziana Astro Prima
Ku Petik Dosa Aina TV3
Nur Ain Marina
2012 Menara Cinta Sofia
2013 Cinta Mat Semperit Kak Lola
2014 Baju Raya Yaya Yaya
2015 Hidupku, Solatku, Matiku Lela Astro Oasis
2016 Dari Kerana Mata Mona HyppTV
2017 Kalbu Pun Berzikir Norlia Astro Citra
Hanya Tuhan Yang Tahu Maria TV3
2018 Qalbu Salina
Cucuk Sanggul Seroja Seroja Astro Citra
Istana Firdaus Liza TV3
Fasiq Julisa ntv7
2020 Coklat Chip Spesial Farah TV3
2021 Sihir Pemisah Aryani Astro Citra
Mencari Siratul Mustaqeem Emilia TV3
2023 Anak Tuan

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 ALLY Artis undangan TV3
2017 Sepahtu Reunion Live Juwita Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Antara Dua Darjat"

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2005 Bangsawan Tun Fatimah

Iklan sunting

Iklan
Maybelline
Maxis
Petronas
Nokia
Darlie
Pantene

Bibliografi sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Menang
2006 Pelakon TV Wanita Popular Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2007 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2010 Pelakon TV Wanita Popular Menang
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Bintang Filem MeleTOP Menang
Anugerah Skrin 2017 Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Nazim Othman) Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Teratai Kemboja) Tercalon
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP Tercalon
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 Pelakon MeleTOP - Sihir Pemisah (Astro Citra) Menang

Catatan sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Liyana Jasmay yang juga lahir pada 28 Mac, tetapi berlainan tahun. Ini kerana Fasha lahir pada 28 Mac 1984 manakala Liyana lahir pada 28 Mac 1988.

Rujukan sunting

  1. ^ Wawann Mohd (13 Disember 2017). "Fasha Sandha akui banyak berkorban". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  2. ^ Shukri Shaharudin (28 November 2013). Fasha Sandha lega filem "Penanggal" berjalan lancar Yahoo! News. Diperoleh pada 1 Disember 2013.
  3. ^ Najiy Jefri (2 Mac 2023). "Fasha cedera terhentak di bucu katil ketika penggambaran". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  4. ^ Rudy Imran Shamsudin (1 April 2018). "Rancang masa depan". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  5. ^ "Malaysia Factbook - All you need to know About Malaysia". Malaysia Factbook. Dicapai pada 16 May 2017.
  6. ^ Jamliah Abdullah. "Cinta baru Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-15. Dicapai pada 16 Mei 2017.
  7. ^ "Black Maria". 3 July 2003. Dicapai pada 16 May 2017 – melalui IMDb.
  8. ^ Abdul Aziz Itar (8 Januari 2005). "Fasha Sandha - Idam watak perempuan gila". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 11 November 2015.
  9. ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 8 November 2008.
  10. ^ A. Wahab Hamzah (6 Julai 2004). "Berlari ke Langit - Judul yang puitis dan menarik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2008.[pautan mati kekal]
  11. ^ "Filem SH3 - Untuk peminat hip hop". Utusan Malaysia. 1 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  12. ^ Jamliah Abdullah (23 Oktober 2005). "Fasha Sandha bukan sembarangan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-22. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  13. ^ Nor Fadzilah Baharudin (2 Februari 2006). "Fasha Sandha ingin watak jahat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 11 November 2015.
  14. ^ Khadijah Ibrahim (21 Februari 2005). "Perempuan gatal - Watak idaman Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 11 November 2015.
  15. ^ Fiesta Media Idola ‘06 tetap meriah walaupun kecoh Nor Fadzillah Baharuddin (4 April 2006). Utusan Online. Diperoleh pada 31 Mei 2013.
  16. ^ Nor Fadzilah Baharudin (24 Julai 2006). "Sumpahan Fasha novel pertama Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 11 November 2015.
  17. ^ Rozdan Mazalan, "Awasi sumpahan Fasha Sandha", Berita Harian, 26 Julai 2006.
  18. ^ Mohd. Faisal, Shazryn (16 November 2006). "Cinta filem terbaik tahun ini?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 11 November 2015.
  19. ^ Mohd. Faizal, Shazryn (1 Januari 2006). "10 bintang ternama dalam CINTA". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 15 November 2015.
  20. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2006". FINAS. Dicapai pada 2015-11-11.
  21. ^ Asrani, Wahida (25 Januari 2006). "Fasha Sandha mahu jadi bohsia". mStar. Dicapai pada 15 November 2015.
  22. ^ Cicak-Man: Evolusi filem tempatan[pautan mati kekal]
  23. ^ Nor Fadzilah Baharudin (5 Januari 2007). "Fasha Sandha ganti Dato Sri Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-09. Dicapai pada 9 September 2010.
  24. ^ a b "Filem usahasama Malaysia dan Indonesia - Badai Pasti Berlalu". Sensasi Selebriti. 4 Mac 2007. Dicapai pada 15 November 2015.
  25. ^ "Aksi di katil bukan kontroversi - Fasha Sandha". Utusan Malaysia. 6 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 11 November 2015.
  26. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  27. ^ "Berita Harian: Cicak-man 2 Banyak Aksi, Komedi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-15. Dicapai pada 2018-01-22.
  28. ^ Nor Fadzilah Baharudin (7 Februari 2007). "Fasha Sandha tak kisah berlakon dengan Erra". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 11 November 2015.
  29. ^ Siti Azira Abd Aziz (9 Julai 2009). "'Skrip 7707' - sebuah filem seram yang tidak kesampaian?". mSTAR Online. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  30. ^ "Poligami 'alaf baru' dalam filem '4 Madu'". mSTAR Online. 8 Jun 2009. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  31. ^ Budiey (22 November 2010). "Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Januari 2015.
  32. ^ Filem Sini Ada Hantu canggung tapi berkesan mSTAR Online (14 Februari 2011). Dicapai pada 14 Februari 2011.
  33. ^ Azhariah Kamin (22 Jun 2011). "Fasha's other side". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  34. ^ Haryati Karim (7 Jun 2011). "Fasha jadi penyanyi dalam Dewa Cinta". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  35. ^ Norliza Mohd Zakaria (24 Februari 2011). "Chinta pengubat hati Fasha Sandha". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  36. ^ Mohd Rohaizad (September 2011). "Fasha Sandha & Johan Asari mesra dalam Cinta Elysa". Gosip Hangat. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  37. ^ Budiey (5 Mei 2012). "Sinopsis Drama Bersiri SEINDAH SAKURA". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  38. ^ Budiey (27 April 2012). "Drama Seindah Sakura TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  39. ^ Abdl Aziz Itar (15 November 2013). "Penanggal filem kerjasama pertama Astro-Grand Brilliance". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-09. Dicapai pada 15 Disember 2013.
  40. ^ "Fasha Sandha 'Minta Izin' Sepanjang di Set Lokasi 'Penanggal'". Malaysian Digest. 15 November 2013. Dicapai pada 15 Disember 2013.
  41. ^ Shukri Shaharudin (28 November 2013). "Fasha Sandha lega filem "Penanggal" berjalan lancar". Yahoo! Lifestyle. Dicapai pada 15 Disember 2013.
  42. ^ Faten Saphilla Isa (26 Disember 2013). "Fasha tidak rasa bersalah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  43. ^ Kisah perit bermadu dalam Selamat Pengantin Madu Diarkibkan 2018-02-14 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
  44. ^ Budiey (6 Ogos 2014). "Drama Bersiri Tentang Hati Lakonan Aaron Aziz & Fasha Sandha". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2016-07-15.
  45. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (10 September 2015). Alif Imani penuh emosi Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Februari 2016.
  46. ^ Zaidi Mohamad (16 November 2015). Korban cinta Alif Imani di Slot Ratu TV9 Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2016.
  47. ^ Budiey (25 Mei 2016). TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Syukur Selalu 2016 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  48. ^ Sapi, Elrafaei (12 Julai 2016). "Anak Mami Nasi Kandaq Idea Murahan?". Rojakdaily.com. Dicapai pada 2016-07-15.
  49. ^ "'ANAK MAMI NASI KANDAQ', BUAT PENONTON TAK KERING GUSI". Myartis.com. 4 Jun 2016. Dicapai pada 2016-07-15.
  50. ^ Aqmar Mustaza (30 Julai 2016). "Dukun Doktor Dani sarat mesej dan pengajaran". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Ogos 2016.
  51. ^ "Kisah cinta 'Lara Aishah' diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular 'La Loba'". Selebriti Online. 27 Ogos 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  52. ^ Muhammad Zaini Mohd Zin (30 Ogos 2016). "'Lara Aishah' Adaptasi Telenovela Popular Mexico 'La Loba'". Youth Bernama. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  53. ^ "Syurga yang kedua angkat martabat poligami". Utusan Malaysia. 7 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  54. ^ Amirul Haswendy Ashari (10 Januari 2018). "Fasha Sandha kini bergelar Penerbit". Harian Metro.
  55. ^ Tahir Alhamzah (10 Januari 2018). "(Showbiz) Another feather in the cap for actress Fasha Sandha". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  56. ^ Wahi Aziz (7 Januari 2018). "Fasha Sandha Akhirnya Pilih Jadi Penerbit". mStar Online.
  57. ^ Amerul Haswendy Ashari (16 Februari 2018). "Pelakon penuhi kehendak skrip". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  58. ^ Emma Hassan (30 Januari 2018). "Adi Putra, Fasha Sandha Diuji Dalam Teratai Kemboja". Mangga Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  59. ^ Salma Syahbuddin (15 April 2018). "Elemen Cinta Penuh Emosi Dalam Teratai Kemboja". XTRA. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  60. ^ "Sesekali, saya inginkan watak pembantu - Fasha". Kosmo!. 12 April 2019. Dicapai pada 28 Januari 2019.
  61. ^ Fasha Sandha bunting pelamin Diarkibkan 2018-02-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Mei 2012). Diperoleh pada 7 Februari 2013.
  62. ^ Farahhanim (12 Januari 2012). Fasha Sandha Sudah Benikah di Thailand? Malaysian Digest. Diperoleh pada 7 Februari 2012.
  63. ^ M'sian actress Nora Danish: I'm not a husband stealer Malaysia Chronicle.
  64. ^ Fasha Sandha sedih kehamilannya dipertikai Utusan Malaysia (18 Mei 2012). Diperoleh pada 18 Mei 2012.
  65. ^ Khadijah Ibrahim (1 Mei 2012). "Cinta Fasha, Jejai terpateri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  66. ^ Dennis Chua (20 Januari 2016). "Fasha Sandha and Rizal Ashram Ramli are divorced". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 28 Januari 2016.
  67. ^ "Fasha and Jejai settle court dispute". The Star (Malaysia). 6 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  68. ^ "Berita kematian Fasha Sandha palsu". Malaysian Digest. 24 Ogos 2015. Dicapai pada 28 Januari 2016.
  69. ^ Zaidi Mohammad (24 Ogos 2015). "Babak tembak menembak hanyalah lakonan". Berita Harian. Dicapai pada 28 Januari 2016.
  70. ^ Tahir Alhamzah (25 Mei 2018). "#Showbiz: Nora Danish and Fasha Sandha's 'eight-year feud' to end soon". New Straits Times. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  71. ^ Amerul Haswendy Ashari (24 Mei 2018). "'Perang lapan tahun' Nora, Fasha bakal berakhir". Harian Metro. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  72. ^ "Fasha Sandha mahu mohon maaf kepada Nora Danish". Astro Awani. 1 Jun 2018. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  73. ^ Dennis Chua (1 Jun 2018). "#Showbiz: I'm sorry, says Fasha Sandha". New Straits Times. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  74. ^ Maliah Surip (1 Jun 2018). "Fasha akan minta maaf pada Nora Danish". Kosmo!. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  75. ^ Khadijah Ibrahim (28 Jun 2018). "Fasha Sandha selesa berkawan dengan Aidil Aziz". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  76. ^ "Fasha: Aidil is just a good friend". The Star (Malaysia). 29 Jun 2018. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  77. ^ Farihad Shalla Mahmud (27 Jun 2018). "'Aidil, lelaki paling rapat dalam hidup saya'". Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  78. ^ Farizan Zainal (8 Jun 2018). "Fasha Sandha Dedahkan Sikap Sebenar Fazura". Rotikaya. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  79. ^ Aida Rismariza Kamarudin (19 November 2018). "Fasha Sandha, Aidil Aziz bertunang hari ini". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-24. Dicapai pada 24 November 2018.
  80. ^ Aref Omar (19 November 2018). "#Showbiz: 'He won my kids over' - Fasha Sandha on fiancé". New Straits Times. Dicapai pada 24 November 2018.
  81. ^ "Fasha, Aidil nafi bertunang". Astro Awani. 26 Oktober 2018. Dicapai pada 24 November 2018.
  82. ^ Farhana Ab Rahman (28 Mac 2019). "Baru saya rasa erti perkahwinan sebenar: Fasha Sandha". Berita Harian. Dicapai pada 5 April 2019.
  83. ^ Loshana K. Shagar & Ng Si Hooi (13 February 2017). Fasha sacrifices her locks to play role well in new film The Star (Malaysia). Retrieved on 13 February 2017.
  84. ^ Syahirah Mokhtazar (31 March 2017). A new edgy charm New Straits Times. Retrieved on 1 April 2017.
  85. ^ Dunia belakang tabir Fasha Sandha Kosmo! (11 Januari 2018). Diperoleh pada 7 Februari 2018.

Pautan luar sunting