Fatah (Arab: فتح, rumi: Fatḥ, lit.'Pembukaan'), sebelum ini Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Arab: حركة التحرير الوطني الفلسطيني, rumi: Ḥarakat al-Taḥrīr al-Waṭanī l-Filasṭīnī),[11] ialah sebuah parti politik kebangsaan dan demokratik sosial di Palestin. Ia merupakan kumpulan terbesar dalam badan kesekutuan pelbagai parti Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kedua terbesar dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC). Pengerusi parti ini ialah Presiden semasa Negara Palestin, Mahmud Abbas.

Fatah
فتح
PengerusiMahmud Abbas
Setiausaha agungJibril Rajoub
Naib PengerusiMahmud Alul
PengasasYasser Arafat
Khaled Yashruti
Salah Khalaf
Khalil al-Wazir
Diasaskan1959 (sebagai gerakan politik)
1965 (sebagai parti politik)[1]
Ibu pejabatRamallah, Tebing Barat
Sayap beliaPemuda Fatah
KetenteraanBriged Syuhada al-Aqsa
IdeologiNasionalisme Palestin[2]
Demokrasi sosial[3]
Sosialisme Arab[4]
Sekularisme[5][6]

Penyelesaian dua negara[7]
Anti-imperialisme[8]
Kedudukan politikKiri tengah[9] ke kiri[10]
Penggabungan kebangsaanPertubuhan Pembebasan Palestin
Penggabungan EropahParti Sosialis Eropah (pemerhati)
Penggabungan antarabangsaPerikatan Progresif
Sosialis Antarabangsa
WarnaYellow
Slogan
  • يا جبل ما يهزك ريح
    "Yā jabal mā yhizzak rīḥ"
    ("Wahai gunung, tiada yang akan menggoncangmu")
  • ثورة حتى النصر
    "Thawra ḥattā l-naṣr"
    ("Kebangkitan hingga kemenangan")
Majlis Perundangan Palestin
45 / 132
Laman sesawang
fatehmedia.ps
Politik Negara Palestin
Parti politik
Pilihan raya

Fatah secara umumnya dianggap mempunyai penglibatan yang besar dalam usaha pembebasan Palestin yang lampau dan kekal membiayai sejumlah kumpulan pembebasan.[12][13][14][15] Fatah amat mudah dikenal pasti dengan kepimpinan pengerusi pengasasnya, Yasser Arafat, sehingga kematiannya pada 2004, dan disambung oleh Farouk Kaddoumi sehingga 2009, yang kemudiannya diganti dengan Mahmud Abbas. Sejak kematian Arafat, identiti kekumpulanan dalam kalangan gerakan yang pelbagai semakin jelas terserlah.

Pada pilihan raya umum 2006, parti ini tewas kepada Hamas dan gagal memperoleh majoriti kukuh dalam PLC. Kejayaan Hamas tersebut membawa kepada kemelut antara Fatah-Hamas, di mana Fatah kekal mengawal Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat menerusi presidennya. Fatah juga aktif mengawal kem pelarian Palestin.[16][17]

Rujukan sunting

  1. ^ "مفوضية التعبئة والتنظيم - فصائل منظمة التحرير الفلسطينية". Fatehorg.ps. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2016. Dicapai pada 2013-04-25.
  2. ^ "Jailed Fatah leader Barghouti: Gaza war was victory for Palestinians". The Jerusalem Post - JPost.com. Dicapai pada 3 July 2015.
  3. ^ Wienthal, Benjamin. "German Jews slam party for working with Fatah". The Jerusalem Post. Dicapai pada 2 May 2016. [Sigmar Gabriel] added that Fatah was part of the values of social democracy and was represented in the European coalition of social democrats as an observer partner.
  4. ^ "Quién fue Yasser Arafat?". 17 March 2019.
  5. ^ Ulrika Möller, Isabell Schierenbeck, penyunting (2014). Political Leadership, Nascent Statehood and Democracy: A comparative study. Routledge. m/s. 139. ISBN 9781317673101.
  6. ^ Yonah Alexander, penyunting (2021). Palestinian Secular Terrorism: Profiles of Fatah, Popular Front for the Liberation of Palestine, Popular Front for the Liberation of Palestine - General Command, and Democratic Front for the Liberation of Palestine. BRILL.
  7. ^ "Abbas will tell UN to either save two-state solution or bury it — report". The Times of Israel.
  8. ^ "Rewriting history, Abbas calls Israel a 'colonial project' unrelated to Judaism". The Times of Israel.
  9. ^ Youssef H., Aboul-Enein, penyunting (2011). Militant Islamist Ideology: Understanding the Global Threat. Naval Institute Press. m/s. 230. ISBN 9781317755098. Fatah is a major Palestinian political party and the largest faction of the Palestine liberation Organization (PlO), a multiparty confederation. in Palestinian politics, it is on the center-left of the spectrum.
  10. ^ Carl Dahlström, Lena Wängnerud, penyunting (2015). Elites, Institutions and the Quality of Government. Springer.
  11. ^ "Al-Zaytouna Centre". Alzaytouna.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2011. Dicapai pada 2013-04-25.
  12. ^ "terrorism". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 3 July 2015.
  13. ^ "Palestine". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 3 July 2015.
  14. ^ Terrorism in Tel Aviv Time Friday, 13 Sep 1968
  15. ^ Phares, Walid (1974-11-13). "Arafat's 'means' failed in the end". NBC News. Dicapai pada 2013-04-25.
  16. ^ "Palestinian Leader of Hezbollah-linked Ansar Allah leaves Lebanon to Syria". 7 November 2018.
  17. ^ "Lebanese army deployed to Palestinian camp after Fatah-Ansar Allah clash".