Fatehpur Sikri adalah sebuah bandar dan dewan bandaraya di bandar Agra, negeri Uttar Pradesh , India .Ia merupakan bandar bersejarah Fatehabad , dibina oleh Maharaja Mughal, Akbar pada 1570. Tujuan pembinaan untuk menghormati ahli sufi Shaikh Salim Chisti , yang tinggal di sebuah gua di atas bukit di Sikri.

Fatehpur Sikri
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Diwan-i-Khas – Hall of Private Audience
Diwan-i-Khas – Hall of Private Audience
Maklumat am
Inskripsi1986 (sesi 10th)
Laman sesawang
https://www.fatehpursikri.gov.in/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiAgra district, India Sunting ini di Wikidata
Koordinat27°05′28″N 77°39′40″E / 27.0911°N 77.6611°E / 27.0911; 77.6611
Fatehpur Sikri is located in Bumi
Fatehpur Sikri
Fatehpur Sikri (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Akbar menjadi maharaja Empayar Mughal selepas Maharaja Jahangir . Fatehabad ditukar nama kepada Fatehpur dan kemudian Fatehpur Sikri. Senibinanya gabungan gaya India , Parsi dan Islam. Fatehpur Sikri menjadi ibu kota Empayar Mughal dari 1571 hingga 1585. Pembinaan mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan. Bekalan air menjadi masalah utama perkembangan penduduk.

Ia menjadi tapak pelancongan popular dan diiktiraf sebagaiTapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986. Tapak itu sendiri adalah sebuah bandar hantu , walaupun bandar ini memiliki penduduk sebesar 28.804 menurut bancian 2001 .

Demografik 2001 sunting

Menurut bancian India pada tahun 2001, Fatehpur Sikri memiliki bilangan penduduk seramai 28,754. Dari jumlah tersebut, kaum lelaki membentuk 53% dari jumlah keseluruhan populasi dan wanita seramai 47%.[1]

Pendidikan 2011 sunting

Menurut bancian India pada tahun 2001 Fatehpur Sikri memiliki kadar pendidikan (kebolehan membaca) 46%, di bawah kadar purata kebangsaan 59.5%; dengan 65% lelaki dan 35% wanita mampu membaca. 19% dari populasi berusia di bawah 6 tahun. (2001)



Rujukan sunting

  1. ^ Bancian India 2001 (sumber Wikipedia Inggeris) ^ Bancian India 2001: Data dari Bancian 2001, termasuk kampong, pekan, dan bandar (Provisional). Jawatan kuasa Bancian India. Diarkib dari asal 16-06-2004. / “Census of India 2001: Data from the 2001 Census, including cities, villages and towns (Provisional)". Census Commission of India. Archived from the original on 2004-06-16. https://web.archive.org/web/20040616075334/http://www.censusindia.net/results/town.php?stad=A&state5=999. Dicapai 2008-11-01.