Feminisme radikal ialah sudut pandang feminis yang ingin melakukan perubahan radikal dalam masyarakat dengan menghapuskan semua bentuk ketuanan lelaki dalam konteks sosial dan ekonomi.[1]

Feminis radikal ingin menghapuskan patriarki dengan menentang norma-norma dan institusi-institusi sosial yang berlaku daripada lewat proses politik. Beberapa contoh ialah menentang peranan gender tradisional, menentang objektifikasi seksual wanita, dan meningkatkan kesedaran awam mengenai isu seperti pemerkosaan dan keganasan terhadap wanita.

Feminis radikal awal (yang muncul dalam pergerakan feminisme gelombang kedua pada tahun 1960-an)[2] umumnya memandang patriarki sebagai "fenomena transejarah"[3] yang mendahului atau lebih dalam dari sumber-sumber penindasan lain, "tidak hanya bentuk dominasi tertua dan paling universal, tetapi juga bentuk utama"[4] dan menjadi model untuk yang lain.[4] Politik-politik yang belakangan didasarkan dari pandangan feminisme radikal berpelbagai dari feminisme budaya[1] sehingga politik yang lebih sinkretik dan menempatkan gagasan kelas sosial, ekonomi, dll, pada tahap yang sama dengan patriarki sebagai sumber penindasan.[5]

Feminis-feminis radikal menganggap bahawa sebab penindasan wanita ialah hubungan gender patriarki dan bukan sistem perundangan (seperti dalam pandangan feminisme liberal) atau konflik kelas (seperti dalam pandangan feminisme anarkis, feminisme sosialis, dan feminisme Marxis).

Nota kaki sunting

  1. ^ a b (Willis 1984, p. 117)
  2. ^ (Willis 1984, p. 118)
  3. ^ (Willis 1984, p. 122)
  4. ^ a b (Willis 1984, p. 123)
  5. ^ (Willis 1984, p. 141)

Bacaan lanjut sunting

  • Willis, Ellen, "Radical Feminism and Feminist Radicalism", 1984, collected in No More Nice Girls: Countercultural Essays, Wesleyan University Press, 1992, ISBN 0-8195-5250-X, pp. 117–150.
  • Ellen Willis (1984), "Radical Feminism and Feminist Radicalism", Social Text, 9: 91–118, JSTOR 466537