Fendy Bakry

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Affandi bin Nor Bakri atau lebih dikenali sebagai Fendy Bakry (lahir 11 Ogos 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 2012 dan terkenal menerusi watak sebagai Mr. Grey dalam siri drama Mr. Grey di Astro Ria.[2] Beliau diuruskan oleh agensi pengurusan bakat Prokuya Studios milik Fadzil Zahari.[3]

Fendy Bakry
Kelahiran
Mohd Affandi bin Nor Bakri

(1988-08-11) 11 Ogos 1988 (umur 35)
StatusBerkahwin
PekerjaanPelakon, model, usahawan
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)

Kerjaya sunting

Fendy Bakry terpilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/12 bersama finalis termasuk Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Ben Amir, Hafidz Roshdi dan Saharul Ridzwan. Selepas Hero Remaja tamat, Fendy memulakan kerjaya lakonannya, bermula dengan Zeel Production, kemudian Osman Ali mengasah bakatnya dalam bidang lakonan. Bermula di situlah Fendy mula serius berkecimpung dalam bidang lakonan.[4]

Kerjaya filem Fendy bermula pada 2014 setelah menerima tawaran daripada pengarah Mamat Khalid. Beliau berlakon bersama Shuib Sepahtu dan Shuk Balas menerusi peranan kecil dalam filem komedi pengembaraan jenayah, Amir dan Loqman Pergi ke Laut yang ditayangkan pada 25 September 2014.[5] Beliau kemudiannya berlakon bersama Fazura, Farid Kamil dan Keith Foo menerusi filem Langit Cinta arahan Osman Ali yang ditayangkan pada 7 Januari 2016.[6]

Beliau juga pernah berlakon dalam iklan Hari Raya Aidilfitri 2016 BDB Land. Selain itu, sebelum menjadi terkenal, beliau juga berlakon dalam dua filem pendek—Bangkit dan Syaitan 'Apabila Hati Telah Hitam' pada tahun 2016. Menerusi filem pendek Syaitan, beliau menjadi Penolong Pengarah filem pendek arahan pelajar Universiti Utara Malaysia.

Fendy meraih kejayaan komersial melalui gandingannya bersama Eyra Hazali dalam drama adaptasi novel, Mr. Grey yang bersiaran di Astro Ria bermula 9 April 2018. Sejak drama Kerna Syurga Bukan Percuma, Fendy mempunyai kelab peminat bernama "Fendynisme". Setelah empat bulan tidak menerima tawaran berlakon kerana penyakitnya, padanJulai 2018, Fendy mendapat tawaran untuk berlakon dalam satu persembahan teater untuk Malam Kilauan Cahaya Istana Arau 2018 bertajuk Aladdin bersama pelajar UNIMAP.

Fendy muncul dalam drama adaptasi novel, Kan Kukejar Cinta Kamu bersama Amyra Rosli yang ditayangkan pada pertengahan Disember 2018 di saluran Astro Ria untuk Slot MegaDrama. Beliau menjadi hero utama. Beliau juga berlakon dalam telefilem antologi cerpen Kahwin-Kahwin untuk saluran Astro Citra arahan Eyra Rahman. Beliau membawakan tiga watak berlainan dalam tiga cerita berbeza. Kali ini, beliau sekali lagi bergandingan dengan heroinnya dalam Mr. Grey, iaitu Eyra Hazali.[7] Selepas telefilem Kahwin Kahwin, beliau berlakon bersama Amelia Henderson dalam telefilem 30 Hari Membunuh Cinta juga untuk saluran Astro Citra.

Drama Destinasi Ukhuwah lakonan beliau bersama Zalif Sidek, Amerul Affendi dan Adam Shahz sebenarnya memulakan penggambaraan dari Johor ke Thailand pada tahun 2016, tetapi bersiaran pada 31 Disember 2018 di siaran TV1. Drama ini yang merupakan arahan Osman Ali sepatutnya bersiaran pada Julai 2018 tetapi tertangguh siarannya.[8]

Fendy diminta oleh penyanyi-komposer Asfan Shah untuk menghasilkan sebuah single. Asfan sendiri yang menggubahkan lagu untuk Fendy dengan single tersebut berunsurkan balada. Beliau mencuba menjalankan perniagaan jualan baju Melayu dan kurta sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun 2019.[perlu rujukan] Selain itu beliau juga akan muncul dengan beberapa drama dan telefilem termasuk telemovie raya pada tahun 2019. Beliau juga berlakon mini siri yang hanya akan ditayangkan selama 4 episod di TV3, slot Samarinda iaitu drama Voice Note bersama Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Ikmal Amry, Amelia Henderson, Scha Elinnea, Shasha Abedul, Ali Reza, Ariff Bahran dan ramai lagi. Dalam mini siri ini, beliau memegang watak doktor hospital dan tunang kepada Sharifah Sakinah.

Fendy juga pernah berlakon iklan sejak pulih dari penyakitnya. Antaranya, iklan Cashless Society bersama Melanie Tan, pelakon baru (sebagai Fendy) serta iklan Rezeki Raya anjuran FINAS (sebagai Zaki).

Beliau sekali lagi mendapat tawaran berlakon drama adaptasi novel bertajuk Cinta Belum Tamat Tempoh dan memegang watak antagonis bernama Megat Haikal, digandingkan bersama Bella Astillah sebagai bekas kekasihnya, Nafiz Muaz sebagai pesaingnya, Hun Haqeem sebagai adik Bella dan Dayang Areeda sebagai sepupunya. Drama 16 episod itu disiarkan di Slot Megadrama dan berakhir pada 3 Oktober 2019.

Pada September 2019, Fendy berlakon sebuah drama bersiri untuk saluran Astro Prima yang menampilkan Azar Azmi, Safwan Nazri, Fasha Sandha, Izzat Mushtaq, Syamim Farid, Aedy Ashraf, Zamarul Hisham dan Faizal Hussein. Drama yang ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan drama pertama beliau yang berepisod panjang iaitu sebanyak 65 episod.

Fendy akan memulakan kembali pengambaraan satu drama adaptasi novel terbitan Zeel Production yg turut disertai oleh Redza Rosli dan Intan Najwa sebagai teraju utama setelah hampir 8 bulan tiada aktiviti seni.Drama tersebut bakal ditayangkan di saluran TV3.

Aktiviti lain sunting

Fendy juga kini dikenali sebagai Usahawan Muda. Beliau mula berbisnes sedari tahun 2019 dengan kurtanya berjenama Bhenang. Pada awal 2020, beliau meneruskan bisnesnya dengan menjual Kuey Tiaw Goreng yang dimasak sendiri di gerai Bhenang Kitchen di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau digelar Tauke Kuey Tiaw Goreng oleh sebuah ahkbar tempatan. Sejak kemunculan wabak penyakit Covid 19 dan sistem Perintah Kawalan Pergerakan dari 20 Mac 2020, beliau mengambli keputusan untuk berehat dari dunia lakonan sementara waktu. Beliau menarik diri daripada pengambaraan telefilem Ungku yang baru bermula beberapa hari sebelum kerajaan Malaysia mengumumkan PKP yang tidak membenarkan sebarang aktiviti pengambaraan karya dilakukan. Punca beliau menarik diri, tidak diketahui.

Kehidupan peribadi sunting

Fendy lahir dan membesar di Beseri, Perlis. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Teknik dan mengambil kursus kulinari sebelum bertukar kursus yang melibatkan penghawa dingin.Pada sekitar April 2018, beliau dilaporkan menghidap satu penyakit misteri. Ia terjadi semasa beliau tiba-tiba rasa penat ketika menghabiskan baki penggambaran drama Mr Grey. Namun, Fendy meneruskan penggambaran sehingga tamat tempoh penggambaran.[9] Akibat peristiwa itu, beliau berubat di kampung bagi memulihkan semangatnya.[10][11] Pada 30 Ogos 2020, Fendy telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya didalam sebuah majlis pernikahan yang hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat rapat kedua mempelai. Sehingga kini, beliau belum mendedahkan siapa gerangan isterinya.Namun begitu,dia hanya mendedahkan bahawa dia hanya melamar isterinya dua bulan sebelum menikah.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Amir dan Loqman Pergi ke Laut Fendy Filem pertama
2016 Langit Cinta Kamil
Syaitan: Apabila Hati Telah Hitam Fendy Filem pendek
Bangkit Rafiq
2021 Seandainya Kau Ada Fazlur

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Kiah The Spy Rocky Astro Warna
2014 Besan Tiga Segi Azran TV3
2015 BIB Shah HyppTV
Dilema Fendy TVi
Eksperimen Cinta Achik TV3
2016 Kak Marr Encik Mukhriz
2017 Kerna Syurga Bukan Percuma Abang Surau Astro Oasis
2018 Mr. Grey Malique Gregory Kamal/Mr. Grey Astro Ria
Kan Kukejar Cinta Kamu Mukramin Raiyan
Destinasi Ukhuwah Hakimie TV1
2019 Voice Note Faris TV3
Imaan Anas Abdullah Astro Ria
Ajari Playboy Itu Haris Osman TV3
Cinta Belum Tamat Tempoh Megat Haikal Astro Ria
2020 Dua Takdir Cinta Rizal Astro Prima
Jangan Ambil Kerja Tuhan TV1 Episod: "Ajnabi"
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Epul TV3
Hati Yang Dikhianati Encik Adam Astro Prima
2022 Guard Komando Kolid TV9
2023 Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Razif Tonton
Kasyaf Elena Naim Awesome TV
Anugerah Untuk Ibu Akmal TV Okey
Tanah Kubur (Musim 16) Muiz Astro Oasis Episod: "Jalan Akhirat"

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Mati Hidup Semula Pemuda 1 Astro Oasis
2016 Jatuh Cinta Buta Zali Astro Ria
Salam Cinta Ustazah Husna Helmi Astro Oasis
2017 Kuntom Jidin Astro Citra
2018 Teksi Love Khairy
Kahwin-Kahwin Hannan/Faliq/Hadif
30 Hari Membunuh Cinta Syawal
2019 Kan Kukejar Cinta Kamu Raya Mukramin Raiyan Astro Ria
Bukan Lelaki Biasa Danish Izat TV1
2020 Alif Ba Ta (Aku Cinta Kamu) Kalam TV1
Air Mata Biru
2021 Tanah Kubur: Peneman Jebat Astro Citra
2022 Tanggang Langgang TV3
Air Mata Zulaikha Zahim TV9

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2018 Aladdin Aladdin

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 CCTV Tetamu undangan Astro Ria bersama Fikry Ibrahim dan Fadzil Zahari
2018 CCTV bersama Eyra Hazali

- CCTV (mempromosikan drama Mr Grey)

Anugerah Telenovela 2018 Dirinya sendiri
#citraekslusivechallenge: Fendy & Eyra Astro Citra
Al-Quran Tag with Ayesha & Ustazah Liyana Tetamu undangan Naura HD Episod 12 (20 Disember 2018)
Dewi Remaja 2018/2019 Artis jemputan Astro Ria bersama Michael Ang (30 Disember 2018)
2019 Bawang Live! bersama Amyra Rosli, Safwan Nazri, Elya Miera, Zarynn Min, Mia Nasir dan Shah Radhi Hazvee
H! Live 12 Januari (promosikan drama Kan Kukejar Cinta Kamu)
Little Hijrah: Kerana Mulut Badan Binasa Astro Oasis
Ketuk-Ketuk Ramadhan TV1 Episod 30 (4 Jun)
MeleTOP Astro Ria bersama Nora Danish, Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Michael Ang
Pok Pek Cik Man Astro Oasis rancangan ilmu agama bersama PU Azman sepanjang bulan Ramadan (beberapa episod)

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Penyanyi
2019 "Semua Sudah" Elizabeth Tan
"Vroom Vroom" Nabila Razali

Iklan sunting

Tahun Tajuk
2016 Jom Balik Raya
2018 Cashless Society
2019 Rezeki Raya

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011/2012
Hero Remaja
Tempat ke-5 Menang
2018
Anugerah MeleTOP Era ke–5
Artis Baru MeleTOP Kerna Syurga Bukan Percuma Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Artis Baru Lelaki Popular Menang
2019
Anugerah MeleTOP Era ke–6
Pelakon MeleTOP Mr. Grey Tercalon
Drama MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Popular Telenovela Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Dayah Musa (24 April 2018). Kenali Fendy Bakry, jejaka kacak & segak yang semakin digilai ramai menerusi drama Mr. Grey Diarkibkan 2018-07-01 di Wayback Machine Oh My Media. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  2. ^ Meen Tahrin (23 November 2017). Fendy Bakry mengorak langkah Diarkibkan 2018-12-01 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 28 April 2018.
  3. ^ Fendy Bakry Sedia Kembali Aktif Berlakon Umum Penyakit Sebenar Sensasi Selebriti (27 Julai 2018). Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  4. ^ Farizan Zainal (27 April 2018). Netizen Lupakan Fattah Amin, Sekarang Fendy Bakry Rotikaya. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  5. ^ "Kualiti hebat Amir dan Loqman Pergi ke Laut". Kosmo!. 25 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-13. Dicapai pada 16 Julai 2016.
  6. ^ Hashim, Ajami (5 Januari 2016). "Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?". Astro Awani. Dicapai pada 16 Julai 2016.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (20 Mac 2018). Fendy Bakry enggan malukan diri Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2018.
  8. ^ "Amerul Affendi, Fendy Bakry, Zalif Sidek dan Adam Shahz dalam drama Destinasi Ukhuwah". URTV. 27 Disember 2018.[pautan mati kekal]
  9. ^ Ifqdar Rahman (7 April 2018). Terbabit cinta segi, Fendy Bakry Utusan Malaysia. Diperoleh pada 5 Mei 2018.
  10. ^ Zaidi Mohamad (25 April 2018). Sakit misteri, Fendy berubat di kampung Berita Harian. Diperoleh pada 5 Mei 2018.
  11. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 April 2018). Mr Grey sakit Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mei 2018.

Pautan luar sunting