Feudalisme (Perancis: féodalité, bahasa Inggeris: feudalism) merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan antara abad-abad ke-9 ke 15 yang mengaturkan tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan antara tuan tanah,[nota 1] petani kebanyakan yang khadam bawah (vassallus)[nota 2] dan hak milik tanah dipinjamkan.[nota 3][2] Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi askar yang setia dalam tentera bangsawan yang mengurniakan tanah pertanian yang boleh diusahakan sebagai balasan.[3] Aturan ini bukan satu sistem politik formal pada zaman itu.[4]

Etimologi sunting

Pengungkapan ini mula dirakam pada abad ke-11 di Perancis menyerap kata Latin feodum terbitan Latin pecus "lembu" melalui bahasa Frank *fehu-ôd.[5][6] Istilah féodal mula digunakan persuratan undang-undang Perancis pada seawal 1614.[7][8] Istilah tepat feudalism dalam bahasa Inggeris mula diterangkan John Whitaker dalam buku The History of Manchester tahun 1771[9][10] sebelum akhirnya dikukuhkan dalam konteks bidang politik moden melalui ungkapan feudal government and feudal system diterapkan Adam Smith dalam The Wealth of Nations tahun 1776.[11]

Ciri-ciri sunting

Dalam feudalisme, kaum bangsawan dan vasal mempunyai hubungan setia yang bersifat peribadi dengan hak dan kewajiban tertentu pada sistem kontrak di antara mereka. Selain itu, kekuasaan politik bersifat terpusat dan peribadi kerana tidak dibahagikan secara merata melainkan dalam jumlah yang kecil terhad hanya kepada beberapa orang tertentu dengan sahaja. Hubungan sosial di antara kaum bangsawan dan vasal ditentukan oleh keberadaan tanah. Kaum bangsawan dan vasal mempertahankan status sosial dan kekuasaannya di bidang ekonomi dengan pemanfaatan tanah. Dalam feudalisme umumnya juga terbentuk suatu pasukan peribadi yang bertaraf elit.[3]

Nota sunting

  1. ^ lord di Kepulauan British, seigneur di Perancis
  2. ^ Perancis dan Inggeris: vassal
  3. ^ Latin: feodum, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis: fief[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Shumaker, Walter A. (1901). The Cyclopedic Dictionary of Law. George Foster Longsdorf. m/s. 365, 1901.
  2. ^ Ganshof, François Louis (1944). Qu'est-ce que la féodalité ? (edisi ke-4 tahun 1982). Paris, Tallandier, ISBN 2-235-01299-X. m/s.12-3
  3. ^ a b Rahman, M. T. (2011). Glosari Teori Sosial (PDF). Bandung: Ibnu Sina Press. m/s. 23–24. ISBN 978-602-99802-0-2.
  4. ^ Noble, Thomas (2002). The Foundations of Western Civilization. Chantilly, VA: The Teaching Company. ISBN 978-1565856370.
  5. ^ Lemarignier, Jean-François (2005). La France médiévale. Institutions et société. Armand Colin. m/s. 100.
  6. ^ Rujuk:
    • "Etymologie de féodal". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles (dalam bahasa Perancis). 2012. Dicapai pada 11 Jul 2023. « relatif à un fief, au régime fondé sur lui » ... Empr. au lat. médiév. feodalis attesté comme subst. 930 et adj. 993-1032 ds Nierm., dér. de feudum (v. fief).
    • "Etymologie de fief". ibid. 2012. Dicapai pada 11 Jul 2023. "...prob. de l'a. b. frq. *fehu « bétail », cf. le m. néerl. vee « id. » (Verdam), a. h. all. fihu « id. » (Graff t. 3, col. 428), a. b. all. fehu « id. », got. faihu « argent, possessions » (Feist); l'évolution sém. aura été identique à celle du lat. pecus « bétail »"
  7. ^ "Feudal (n.d.)". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada September 16, 2007.
  8. ^ Cantor, Norman F. (1994). The Civilization of the Middle Ages. ISBN 9780060170332.
  9. ^ Elizabeth A. R. Brown, "Reflections on Feudalism: Thomas Madox and the Origins of the Feudal System in England," Diarkibkan Mac 6, 2023, di Wayback Machine in Feud, Violence and Practice: Essays in Medieval Studies in Honor of Stephen D. White, ed. Belle S. Tuten and Tracey L. Billado (Farnham, Surrey: Ashgate, 2010), 135-155 at 145-149.
  10. ^ John Whitaker (1773). The History of Manchester: In Four Books. J. Murray. m/s. 359.
  11. ^ Cheyette, Fredric L. (2005). "FEUDALISM, EUROPEAN.". Dalam Horowitz, Maryanne Cline; Gale, Thomas (penyunting). New Dictionary of the History Of Ideas. 2. m/s. 828–831. ISBN 0-684-31379-0.