Filip Đorđević (Cyrilic Serbia: Филип Ђорђевић; lahir 28 September 1987) merupakan seorang pemain bola sepak Serbia yang kini bermain untuk kelab Serie A, Lazio. Beliau bermain di posisi penyerang.

Filip Đorđević
Maklumat peribadi
Nama penuh Filip Đorđević
Tarikh lahir (1987-09-28) 28 September 1987 (umur 36)
Tempat lahir Belgrade, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lazio
Nombor 9
Kerjaya remaja
Red Star Belgrade
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2008 Red Star Belgrade 8 (0)
2006–2007Rad Belgrade (pinjaman) 35 (16)
2008–2014 Nantes 181 (59)
2014– Lazio 13 (6)
Pasukan kebangsaan
2012– Serbia 14 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2014

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Filip memulakan kerjaya bola sepaknya di Red Star Belgrade, ketika beliau berusia lapan tahun. Beliau juga dipinjam ke Rad Belgrade. Ketika bersama Red Star, beliau telah membuat lapan penampilan liga sebelum ke Perancis.

Nantes sunting

Selepas dipinjam ke kelab Ligue 2, FC Nantes dan membantu Nantes untuk melonjak ke divisyen teratas Perancis selepas musim 2007-08, Nantes bersetuju untuk menandatangani Filip dengan kontrak selama empat tahun.[1] Ketika bersama Nantes dalam Ligue 1, Đorđević telah membuat 19 penampilan liga dan menjaringkan dua gol pada musim 2008-09, dan Nantes tersingkir dan terpaksa ke Ligue 2 sekali lagi. Pada musim 2010-11, Filip telah membuat impak besar apabila membuat 36 penampilan liga, menjaringkan 23 gol dan membuat lima hantaran. Pada musim 2011-12, Nantes masih di Ligue 2, Đorđević bermain sebanyak 28 perlawanan liga dan menjaringkan enam gol.

Pada musim 2012-13, Đorđević menjadi penjaring terbanyak Ligue 2 apabila menjaringkan 20 gol. Pada 16 Ogos 2013, Olympique Lyonnais mengeluarkan duit sebanyak €3-5 juta untuk Đorđević,[2] walaupun Đorđević dan Nantes telah mengesahkan pemindahan itu. Selepas Nantes kembali ke Ligue 1, Đorđević menjaringkan tujuh gol pada 12 perlawanan pertama, memotong rekod gol Radamel Falcao dan Zlatan Ibrahimović untuk tempat teratas penjaring gol Ligue 1 pada musim itu.

Lazio sunting

Pada 19 Mac 2014, Filip ke kelab Serie A Itali, S.S. Lazio.[3] Beliau menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan Lazio selepas ia masuk ke dalam enam bulan terakhir kontrak Nantes dan menyertai pasukan secara percuma pada 1 Julai 2014. [4] Gol pertama Đorđević untuk Lazio hadir pada 29 September 2014, dengan menjaringkan hatrick bagi kelab Rom itu apabile menewaskan Palermo, 4–0, membantu kelab itu melonjak ke tangga separuh Serie A.[5] Beliau menjaringkan gol sekali lagi untuk Lazio pada perlawanan seterusnya, dengan menanduk dari hantaran Antonio Candreva pada minit ke-25, Lazio menang 3-2 ke atas Sassuolo.[6]

Kerjaya antarabangsa sunting

Beliau telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Serbia pada 24 November 2007, untuk perlawanan kelayakan Euro 2008 menentang Kazakhstan, tetapi beliau tiada peluang untuk bermain.[7] Lima tahun selepas beliau dipanggil, iatu pada tahun 2012, Siniša Mihajlović memilih beliau untuk perlawanan persahabatan menentang Chile pada 14 November 2012. Beliau menjaringkan gol dua minit selepas memasuki padang sebagai pemain gantian dalam perlawanan debutnya untuk Serbia.[8]

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2012 1 1
2013 7 2
2014 6 1
Jumlah 14 4

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 14 November 2012 AFG Arena, St. Gallen, Switzerland   Chile 2–0 3–1 Persahabatan
2. 10 September 2013 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales   Wales 1–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
3. 15 November 2013 Stadium Zabeel, Dubai, Emiriah Arab Bersatu   Rusia 1–1 1–1 Persahabatan
4. 5 Mac 2014 Stadium Aviva, Dublin, Republik Ireland   Ireland 2–1 2–1 Persahabatan

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 3 Oktober 2014
Penampilan kelab Liga Piala Benua Lain Jumlah
Musim Kelab Liga Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Serbia Liga Piala Serbia Eropah Lain Jumlah
2006–07 Rad Liga Pertama Serbia 35 16 0 0 0 0 - - 35 16
2007–08 Red Star Liga Super Serbia 7 0 0 0 6 0 - - 13 0
Perancis Liga Coupe de France Eropah Coupe de la Ligue Jumlah
2007–08 Nantes Ligue 2 18 7 0 0 0 0 0 0 18 7
2008–09 Ligue 1 19 2 0 0 0 0 1 0 20 2
2009–10 Ligue 2 19 2 0 0 0 0 0 0 19 2
2010–11 36 12 4 4 0 0 1 0 41 16
2011–12 28 6 1 0 0 0 1 0 30 6
2012–13 34 20 2 3 0 0 1 0 37 23
2013–14 Ligue 1 27 10 0 0 0 0 2 2 29 17
Itali Liga Coppa Italia Eropah Supercoppa Italiana Jumlah
2014–15 Lazio Serie A 13 6 0 0 0 0 0 0 13 6
Liga Piala Benua Lain Jumlah
Jumlah Serbia 42 16 0 0 6 0 - - 48 16
Perancis 181 59 7 7 0 0 6 2 194 68
Itali 13 6 0 0 0 0 0 0 13 6
Jumlah kerjaya 236 81 7 7 6 0 6 2 255 90

Penghargaan sunting

Red Star
Nantes

Rujukan sunting

  1. ^ "Nantes : Djordjevic signe quatre ans". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-14. Dicapai pada 2014-12-05.
  2. ^ [1] Sportal: Đorđević glavna tema pregovora Nanta i Liona (Serbia) 16 August 2013
  3. ^ "Djordjevic signs with Lazio". L'Equipe (dalam bahasa French). 19 March 2014. Dicapai pada 29 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Serie A: Djordjevic set to join Lazio". Sky Sports. 20 March 2014. Dicapai pada 29 September 2014.
  5. ^ "Filip Djordjevic hits hat trick as Lazio crush Palermo". ESPNFC. 29 September 2014. Dicapai pada 29 September 2014.
  6. ^ "Serie A: Successive wins for Lazio after 3-2 victory over Sussuolo". Sky Sports. 5 October 2014. Dicapai pada 5 October 2014.
  7. ^ "Clemente names 10 debutants for Serbia's final qualifier". Reuters.com. 22 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-19. Dicapai pada 2007-11-22.
  8. ^ Novosti (Serbian) Đorđević: Imao sam debi za pamćenje. Retrieved 14 November 2012.
  9. ^ name="Soccerway Honours">"Serbia - F. Đorđević". Soccerway. Dicapai pada 29 September 2014.
  10. ^ name="Soccerway Honours"
  11. ^ name="Soccerway Honours"