Filippo "Pippo" Inzaghi, Ufficiale OMRI (sebutan bahasa Itali: [fiˈlippo inˈtsaːɡi]; lahir 9 Ogos 1973) merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional Itali dan kini menjadi seorang pengurus bagi kelab Venezia.

Filippo Inzaghi
Maklumat peribadi
Nama penuh Filippo Inzaghi
Tarikh lahir (1973-08-09) 9 Ogos 1973 (umur 50)
Tempat lahir Piacenza, Itali
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Venezia (pengurus)
Kerjaya remaja
1982–1985 San Nicolò
1985–1991 Piacenza
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991–1995 Piacenza 39 (15)
1992–1993AlbinoLeffe (pinjaman) 21 (13)
1993–1994Hellas Verona (pinjaman) 36 (13)
1995–1996 Parma 15 (2)
1996–1997 Atalanta 33 (24)
1997–2001 Juventus 120 (57)
2001–2012 Milan 202 (73)
Jumlah 466 (197)
Pasukan kebangsaan
1993–1996 Itali BB21 14 (3)
1997–2007 Itali 57 (25)
Pasukan diurus
2013–2014 Milan Primavera
2014–2015 Milan
2016– Venezia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Inzaghi bermain di posisi penyerang untuk beberapa kelab Itali dan kebanyakannya beliau menghabiskan kariernya di Juventus dan Milan selain memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah (2003, 2007) dan tiga kejuaraan "Scudetto" (1998, 2004, 2011). Beliau dikenali salah satu penyerang prolifik sepanjang zaman dan beliau berada di tempat kelima sebagai penjaring terbanyak di Itali dengan mencetak 313 gol dalam perlawanan-perlawanan rasmi. Inzaghi juga kini menjadi penjaring gol keempat tertinggi di perlawanan-perlawanan Eropah dengan menghasilkan 70 gol, di belakang Raúl, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Selan itu, beliau juga merupakan penjaring terbanyak Milan di peringkat antarabangsa dengan menjaringkan 43 gol. Oleh itu, tidak hairanlah beliau turut memegang rekod hatrik terbanyak di Serie A dengan 10 kali.

Dalam penyertaan antarabangsa, Inzaghi telah melakukan 57 kaps bersama pasukan kebangsaan Itali di antara tahun 1997 dan 2007 selain menjaringkan 25 gol. Di samping itu, beliau turut mewakili negaranya di tiga edisi Piala Dunia dan satu Kejohanan Eropah.

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Pada usia kanak-kanak, Inzaghi merupakan peminat Paolo Rossi dan Marco van Basten. Abangnya, Simone Inzaghi juga merupakan seorang pemain bola sepak. Filippo Inzaghi mula bermain untuk kelab tempatan, Piacenza sebagai seorang remaja pada 1991 tetapi dengan hanya membuat dua kemunculan liga membuatkan dia dipinjam ke kelab Serie C1, AlbinoLeffe dan Inzaghi mula menemui rentak cemerlang apabila menjaringkan 13 gol dalam 21 perlawanan. Pada tahun 1993, Inzaghi dipinjam lagi kali ini ke kelab Serie B, Hellas Verona dan menjaringkan 13 gol dalam 36 kemunculan. Kembalinya ke Piacenza, beliau menjaringkan 15 gol dalam 37 perlawanan lalu membantu pasukannya menjuarai Serie B dan membuktikan dirinya sebagai seorang prospek yang menarik.

Inzaghi membuat debut Serie A semasa beliau melakukan pemindahan ke Parma pada 1995 tetapi beliau hanya menjaringkan dua kali dalam 15 perlawanan liga buat musim 1995-96. Salah satu daripada dua gol itu ketika menentang kelab lamanya, Piacenza dan secara harfiahnya, membuatkan dia "menangis". Beliau menambah dua gol lagi dalam kejohanan Eropah pada musim itu. Pada musim berikutnya, beliau berpindah ke Atalanta dan menamatkan musim sebagai Capocannoniere (penjaring gol terbanyak Serie A) dengan menjaringkan 24 gol dan beliau menghasilkan gol setiap kali bertemu setiap pasukan liga. Selain itu, beliau juga dianugerahkan Pemain Muda Terbaik Serie A dan berkhidmat sebagai kapten pasukan pada hari perlawanan terakhir musim.[1][2][3]

Juventus sunting

Walau bagaimanapun, Inzaghi berpindah sekali lagi ke kelab keenam dalam musim ketujuh kariernya dan kali ini ke Juventus, dengan bayaran yang dilaporkan sekitar 23 bilion lira Itali. Beliau membentuk barisan serangan yang menggerunkan bersama-sama Alessandro Del Piero dan Zinedine Zidane di bawah pengurus Marcello Lippi dan kemudian Carlo Ancelotti. Ketika beliau beraksi bersama Bianconeri, Inzaghi mencatatkan dua hatrik di Liga Juara-Juara ketika menentang Dynamo Kyiv dan Hamburger SV – menjadikan pemain pertama mencatat rekod tersebut.

Pada musim pertamanya di Juventus, Inzaghi menjaringkan dua gol pada perlawanan Supercoppa Italiana 1997 menentang Vicenza 3–0. Juventus meraih kejuaraan Scudetto ketika musim 1997–98, yang mana pada musim itu, Inzaghi menjaringkan 18 gol termasuklah hatrik ketika menentang Bologna. Beliau juga menjaringkan enam gol di Liga Juara-Juara sekali gus membantu Juventus melangkah ke perlawanan akhir biarpun tewas 0-1 kepada Real Madrid.

Pada musim 1998–99 dilihat kurang cemerlang buat Juventus apabila mereka kecundang pada aksi Supercoppa Italiana 1998 kepada Lazio dan menamatkan musim dengan kekecewaan di tempat ketujuh liga. Inzaghi tetap bermain cemerlang apabila menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan dan menjadi penjaring terbanyak kelab pada musim itu. Enam daripada gol Inzaghi pada kempen Liga Juara-Juara dan Juve disingkirkan oleh Manchester United di separuh akhir yang kemudian menjadi juara pada edisi itu.

Inzaghi membantu Juventus bagi memenangi Piala Intertoto UEFA 1999 dengan menjaringkan lima gol pada peringkat separuh akhir menentang Rostov dan dua gol di perlawanan akhir menentang Rennes lalu membolehkan Juventus untuk layak ke Piala UEFA pada musim itu. Inzaghi turut menjaringkan 15 gol di Serie A dan Juventus kehilangan gelaran "scudetto" kepada Lazii dan hanya menduduki tempat kedua liga. Paa musim berikutnya, beliau menjaringkan 11 gol di Serie A dan dilihat Juventus menamatkan musim di tempat kedua berturut-turut selain Inzaghi juga menjaringkan lima gol pada Liga Juara-Juara termasuk hatrik menentang Hamburg 4-4 meskipun Juventus tersingkir pada pusingan pertama. Bersama 16 gol pada semua kejohanan, Inzaghi menjadi penjaring terbanyak Juventus buat tiga musim berturut-turut.

Milan sunting

Walaupun Inzaghi bermain cemerlang apabila menjaringkan 89 gol dalam 165 perlawanan untuk Bianconeri, Inzaghi kemudian hanya beraksi di bangku simpanan apabila khidmatnya digantikan oleh David Trezeguet dan beliau kemudian diikat Milan[4] dengan bayaran yang dilaporkan sekitar reported 70 bilion lira (kira-kira 16 juta ringgit),[5] Juventus mengumumkan penjualan Inzaghi menghasilkan keuntungan 31 juta paun sterling. Walau bagaimanapun, Inzaghi mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat pada separuh pertama musim. Selepas beliau mula pulih, Inzaghi bergandingan bersama Andriy Shevchenko, mereka bersama-sama menambah koleksi piala buat pasukan Rossoneri di bawah pengurus baru, Carlo Ancelotti yang membawa Milan ke Liga Juara-Juara 2002-03 (Milan menewaskan kelab lama Inzaghi, Juventus pada penentuan penalti) dan Coppa Italia 2002–03 (beliau menjaringkan gol pada perlawanan timbang balik, seri 2-2), Piala Super UEFA 2003, Supercoppa Italiana 2004 dan Scudetto pada musim 2003-04.[6] Dalam kempen Liga Juara-Juara 2002–03, beliau merekodkan hatrik ketiganya di Liga Juara-Juara apabila menumpaskan Deportivo de La Coruña pada peringkat kumpulan dan sehingga laluan kemenangan, beliau menjaringkan 12 gol di perlawanan Eropah pada musim itu. Pada November 2004, beliau menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab.

Inzaghi mampu pulih dari kecederaan lutut yang berterusan yang mengekang beliau selama dua musim. Selepas pulih sepenuhnya, beliau menjaringkan 12 gol dalam 22 perlawanan Serie A pada musim 2005–06 bersama empat gol di Liga Juara-Juara. Selain itu, beliau turut membantu Milan mara ke final Liga Juara-Juara selepas menjaringkan penentuan gol menentang Bayern Munich pada peringkat separuh akhir. Pada 23 Mei 2007, semasa perlawanan akhir berlangsung di Athens, beliau menjaringkan kedua-dua gol Milan ke atas Liverpool bangi mengulangi semula final 2005.

Pada permulaan musim 2007–08, beliau menyamakan kedudukan pada perlawanan Piala Super UEFA menentang Sevilla sebelum menang 3-1. Inzaghi menamatkan tahun 2007 dengan menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Piala Kelab Dunia FIFA 2007 ke atas Boca Juniors, Milan menang 4-2 sebagai dendam atas kekalahan kepada lawan yang sama pada penentuan penalti pada 2003.[7]

 
Inzaghi pada perlawanan menentang Siena pada 2007.

Pada 24 Februari 2008, Inzaghi menjaringkan gol kemenangan Milan ke atas Palermo melalui tandukan cantik selepas masuk ke padang dari bangku simpanan dan ditanda sebagai gol di Serie A pertamanya pada tahun ini. Ia kemudian diikuti sepuluh gol liga. Gol Inzaghi ketika menentang Udinese merupakan gol ke-100nya untuk Milan pada perlawanan rasmi. Namun, walaupun Inzaghi bermain cemerlang di Milan, pengurus pasukan kebangsaan Itali Roberto Donadoni menolak untuk memanggil beliau ke Euro 2008. Pada November 2008, Inzaghi setuju untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama Milan sehingga Jun 2010.[8]

Pada 8 Mac 2009, Inzaghi menjaringkan hatrik pertamanya musim ini ke atas Atalanta di San Siro. Gol ke-300 dalam kariernya ialah ketika membelasah Siena, 5-1. Beliau menjaringkan hatrik sekali lagi semasa menentang Torino, hatrik keduanya musim ini. Beliau diberi nama samaran "Super Pippo" oleh media kerana kemampuannya menjaringkan hatrik di Serie A dan telah meletakkan rekod bagi pemain menjaringkan hatrik terbanyak Serie A buat 25 tahun terakhir. Bersama sepuluh hatrik Serie A, Inzaghi kini berada di hadapan rekod Giuseppe Signori (9), Hernán Crespo (8), Roberto Baggio, Marco van Basten, Gabriel Batistuta, Abel Balbo, Vincenzo Montella (7), Antonio Di Natale dan David Trezeguet (6).

Pada musim 2009-10, di bawah pengurus Leonardo, Inzaghi telah diturunkan peranannya kepada sandaran pemain dengan menetapkan kontraknya tamat pada Jun 2010. Pada 21 Mei 2010, beliau ditawarkan kontrak setahun yang tamat pada 30 Jun 2011.

Pada 3 November 2010, dalam saingan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan, Milan ketinggalan 1-0 kepada Real Madrid sebelum Inzaghi masuk ke padang dari bangku simpanan dan menjaringkan gol untuk membolehkan Milan mendahului 2-1. Walau bagaimanapun, Pedro León menyamakan kedudukan pada minit ke-94 dan perlawanan berkesudahan seri 2-2. Selepas peristiwa itu, Inzaghi kini menjadi penjaring terbanyak baru pada perlawanan Eropah sepanjang zaman dengan menghasilkan 70 gol. Beliau juga menjadi pemain kedua tertua menjaringkan gol di Liga Juara-Juara sewaktu berumur 37 tahun dan 85 hari di belakang pemain Manchester United, Ryan Giggs dan Inzaghi kini berada di tempat ketiga selepas Francesco Totti dari Roma melakukan sedemikian. Dengan kelebihan dua gol, Inzaghi memintas idolanya, Marco van Basten sebagai penjaring terbanyak Milan sepanjang zaman dengan 125 gol.

Pada 10 November 2010, Inzaghi mengalami kecederaan serius pada perlawanan menentang Palermo. Kenyataan rasmi dari laman web Milan mengesahkan bahawa Inzaghi mengalami luka "anterior cruciate ligament" (ACL) dan luka itu turut dikaitkan di bahagian meniskus lutut kirinya. Keputusannya Inzaghi terpaksa direhatkan sehingga hujung musim. Jika dilihat umurnya, kecederaan dialaminya boleh menamatkan kariernya tetapi Inzaghi tetap optimis. Pada 7 Mei 2011, Inzaghi tetap direhatkan sementara menunggu pulih dan pada masa yang sama, Milan menjuarai gelaran Serie A 2010-11. Selepas direhatkan selama enam bulan, beliau memasuki padang dari bangku simpanan pada 14 Mei ketika menentang Cagliari 4–1. Beliau melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2012 ketika latihan pra-musim 2011–12.

Milan memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya terhadap beberapa pemain veteran termasuk Inzaghi, Clarence Seedorf, Alessandro Nesta dan Gennaro Gattuso. Beliau bermain pada perlawanan terakhirnya untuk kelab semasa menentang Novara pada 13 Mei 2012 dan menandakan aksinya dengan menjaringkan gol kemenangan. Pada 24 Julai 2012, Inzaghi mengumumkan persaraannya dari bola sepak untuk memulakan karier sebagai seorang jurulatih.

Rekod kejohanan Eropah sunting

Bersama 70 gol, Inzaghi menjadi penjaring keempat terbanyak dalam kejohanan kelab Eropah di belakang Raúl, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi . Beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan dua hatrik Liga Juara-Juara (kedua-duanya ketika bersama Juventus). Beliau berbuat sedemikian ketika peringkat suku akhir Liga Juara-Juara 1997-98 menentang Dynamo Kyiv dan pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Hamburg pada 13 September 2000. Inzaghi merekodkan hatrik ketiganya di Liga Juara-Juara ketika menentang Deportivo de La Coruña pada musim 2002-03 sewaktu bersama Milan. Rekod yang dilakar Inzaghi ini kemudiannya seri apabila Michael Owen, merekodkan dua hatrik ketika bersama Liverpool dan satu hatrik untuk Manchester United.

Kerjaya antarabangsa sunting

Antara tahun 1993 dan 1996, Inzaghi melakukan 14 kemunculan untuk pasukan bawah-21 Itali dengan menjaringkan tiga gol kesemuanya. Beliau sebahagian daripada skuad bawah-21 Itali yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak bawah-21 UEFA 1994. Inzaghi membuat debut untuk pasukan senior Itali pada Tournoi de France, menentang Brazil pada 8 Jun 1997 di bawah bekas pengurus bawah-21, Cesare Maldini dan Inzaghi melakukan hantaran kepada Alessandro Del Piero untuk menjaringkan gol. Perlawanan berkesudahan Itali seri 3-3. Beliau menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan Itali pada 18 November 1998 dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 2-2 bertemu Sepanyol. Sejak itu, beliau menjaringkan 25 gol dalam 57 kemunculan. Beliau turut dipanggil bagi mewakili Itali dalam kejohanan Piala Dunia 1998, Euro 2000, Piala Dunia 2002 dan Piala Dunia 2006.

Walaupun Inzaghi tidak menjaringkan sebarang gol pada kejohanan Piala Dunia 1998 di Perancis, beliau banyak bermain sebagai pemain gantian. Beliau masuk ke padang dari bangku simpanan dan membuat hantaran kepada Roberto Baggio untuk menjaringkan gol pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Austria dan perlawanan berkesudahan Itali menang 2-1, sekali gus Itali menjadi juara kumpulan. Namun, laluan Itali terhenti di peringkat separuh akhir pada penentuan penalti bertemu pasukan tuan rumah, Perancis yang kemudian menjadi juara. Di kejohanan Euro 2000, beliau menjadi salah satu penyerang yang tersenarai dalam kesebelasan utama di bawah pengurus baru Itali, Dino Zoff. Beliau menjaringkan dua gol sepanjang kejohanan berlangsung. Gol pertamanya menerusi tendangan penalti pada perlawanan pembukaan Itali sewaktu menentang Turki lalu memastikan Itali menang 2-1 dan beliau dianugerahkan sebaai pemain terbaik perlawanan. Gol keduanya pula pada perlawanan separuh akhir menentang Romania dan perlawanan berkesudahan Itali menang 2-0. Selain itu, beliau juga melakukan hantaran kepada Stefano Fiore untuk menjaringkan gol pada perlawanan kedua di peringkat kumpulan menentang tuan rumah, Belgium, Itali menang 2-0. Persembahan terbaik Inzaghi membantu Itali melangkah ke perlawanan akhir sebelum mereka kecundang di tangan Perancis sekali lagi menerusi gol emas. Bersama Francesco Totti, beliau bersama-sama menjadi penjaring terbanyak bagi pasukan Itali sepanjang kejohanan itu diadakan.

Di bawah jurulatih Giovanni Trapattoni yang menggantikan Zoff, Inzaghi merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan Itali ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2002 dan kelayakan UEFA Euro 2004. Selain itu, beliau mencatatkan hatrik pertamanya untuk Itali ialah ketika menang 4-0 ke atas Wales di laman sendiri pada 6 September 2003 Beliau tidak menjaringkan sebarang gol ketika Piala Dunia 2002 berlangsung dan beliau hanya melakukan dua penampilan sebelum Itali tersingkir di pusingan 16 kepada pasukan tuan rumah, Korea Selatan meskipun beliau menjaringkan gol namun tidak disahkan pada aksi terakhir kumpulan menentang Mexico yang berkesudahan seri 1–1.

Kecederaan lutut dan buku lali yang dialami Inzaghi memaksanya untuk menundakan tugas antarabangsanya selama dua tahun sebelum prestasi beliau menaik di peringkat kelab, sehinggalah beliau dipanggil oleh jurulatih kebangsaan Itali, Marcello Lippi bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2006 di Jerman. Disebabkan Itali terdapat banyak penyerang terkenal dan cemerlang seperti Alessandro Del Piero, Francesco Totti dan Luca Toni, Inzaghi hanya melakukan satu kemunculan dengan menggantikan Alberto Gilardino pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Republik Czech pada 22 Jun 2006. Beliau menjaringkan gol sulungnya di kejohanan itu dengan memperdayakan Petr Čech satu demi satu sebelum menyumbat ke dalam jaringan lawan. Tambahan lagi, beliau menjadi pemain tertua menjaringkan gol di Piala Dunia untuk pasukan Itali selepas Daniele Massaro. Itali akhirnya menjuarai kejohanan itu dengan membalas dendam atas kekalahannya pada dua kejohanan utama lalu menerusi tendangan penalti pada perlawanan akhir.

Berikutan kejayaan Itali meraih trofi Piala Dunia keempatnya, Inzaghi kemudian membuat enam kemunculan di bawah pengurus baru, Roberto Donadoni dalam kempen kelayakan UEFA Euro 2008 dengan menjaringkan tiga gol. Beliau tidak dipanggil ke kejohanan akhir dan beliau membuat kemunculan terakhirnya untuk Itali pada 8 September 2007 menentang Perancis dan kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 di Milan.

Inzaghi kini merupakan penjaring keenam terbanyak dalam sejarah pasukan kebangsaan Itali dengan 25 gol, bersama-sama Adolfo Baloncieri dan Alessandro Altobelli.

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1997 3 0
1998 6 3
1999 8 3
2000 11 5
2001 8 4
2002 8 0
2003 4 6
2004 0 0
2005 0 0
2006 5 2
2007 4 2
Jumlah 57 25

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
18 Oktober 1998 Salerno, Itali   Sepanyol 1–0 2–2 Persahabatan
2
2–1
3
16 Disember 1998 Rom, Itali   World Stars
1–0
6–2
Persahabatan
4
27 Mac 1999 Copenhagen, Denmark   Denmark
0–1
1–2
Kelayakan Euro 2000
5
31 Mac 1999 Ancona, Itali   Belarus
1–1
1–1
Kelayakan UEFA Euro 2000
6
5 Jun 1999 Bologna, Itali   Wales
2–0
4–0
Kelayakan UEFA Euro 2000
7
11 Jun 2000 Arnhem, Belanda   Wales
1–2
1–2
Euro 2000
8
24 Jun 2000 Brussels, Belgium   Romania
2–0
2–0
Euro 2000
9
3 September 2000 Budapest, Hungary   Hungary 0–1 2–2 Kelayakan Piala Dunia 2002
10
1–2
11
7 Oktober 2000 Milan, Itali   Romania
1–0
3–0
Kelayakan Piala Dunia 2002
12
24 Mac 2001 Bucharest, Romania   Romania 0–1 0–2 Kelayakan Piala Dunia 2002
13
0–2
14
28 Mac 2001 Trieste, Itali   Lithuania 1–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia 2002
15
3–0
16
6 September 2003 Milan, Itali   Wales 1–0 4–0 Kelayakan Euro 2004
17
2–0
18
3–0
19
10 September 2003 Belgrade, Serbia   Serbia dan Montenegro
0–1
1–1
Kelayakan Euro 2004
20
11 Oktober 2003 Reggio Calabria, Itali   Azerbaijan 2–0 4–0 Kelayakan Euro 2004
21
4–0
22
22 Jun 2006 Hamburg, Jerman   Republik Czech
0–2
0–2
Piala Dunia 2006
23
2 September 2006 Naples, Itali   Lithuania
1–1
1–1
Kelayakan Euro 2008
24
2 Jun 2007 Tórshavn, Kepulauan Faroe   Kepulauan Faroe 0–1 1–2 Kelayakan Euro 2008
25
0–2

Kerjaya pengurus sunting

Milan sunting

 
Inzaghi ketika menjadi jurulatih Milan pada 2014.

Inzaghi memulakan kerjaya pengurusnya pada permulaan musim 2012-13 sebagai ketua jurulatih Primavera Milan iaitu pasukan bawah-19 Milan.

Pada 9 Jun 2014, Inzaghi disahkan sebagai pengurus pasukan utama Milan selepas pemecatan bekas rakan sepasukannya dahulu, Clarence Seedorf. Pada perlawanan Inzaghi sebagai jurulatih baru Milan, mereka berjaya menewaskan Lazio 3-1 di San Siro pada 31 Ogos. Inzaghi kemudian membawa Milan meraih kemenangan kedua berturut-turut pada perlawanan sengit menentang Parma yang berkesudahan Milan menang 5-4.[9]

Pada 4 Jun 2015 Adriano Galliani, Ketua Pegawai Eksekutif Milan mengesahkan bahawa Inzaghi tidak akan menjadi jurulatih Milan untuk musim seterusnya. Inzaghi meletak jawatan secara rasminya pada 16 Jun.

Venezia sunting

Pada 7 Jun 2016, Inzaghi dilantik sebagai ketua jurulatih baru bagi pasukan Venezia.

Statistik sunting

Sehingga 31 Mei 2015
Pasukan Dari Sehingga Rekod
BP M S K Menang %
Milan Primavera 7 Jun 2013 9 Jun 2014 &&&&&&&&&&&&&033.&&&&&033 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&060.61000060.61
Milan 9 Jun 2014 4 Jun 2015 &&&&&&&&&&&&&039.&&&&&039 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&035.90000035.90
Venezia 7 Jun 2016 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 !

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 13 Mei 2012.
Kelab Musim Liga
Domestik
Piala
Domestik
Kejohanan
Eropah1
Kejohanan
Lain2
Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Piacenza 1991–92 2 0 1 0 3 0
  AlbinoLeffe 1992–93 21 13 0 0 21 13
  Hellas Verona 1993–94 36 13 1 1 37 14
  Piacenza 1994–95 37 15 4 2 41 17
  Parma 1995–96 15 2 1 0 6 2 22 4
  Atalanta 1996–97 33 24 1 1 34 25
  Juventus 1997–98 31 18 4 1 10 6 1 2 46 27
1998–99 28 13 1 0 10 6 33 13 42 20
1999–2000 33 15 2 1 8 10 43 26
2000–01 28 11 0 0 6 5 34 16
Jumlah 120 57 7 2 34 27 4 3 165 89
  Milan 2001–02 20 10 1 2 7 4 28 16
2002–03 30 17 3 1 16 12 49 30
2003–04 14 3 3 2 9 2 2 0 28 7
2004–05 11 0 2 0 2 1 15 1
2005–06 23 12 2 1 6 4 31 17
2006–07 20 2 5 3 12 6 37 11
2007–08 21 11 0 0 6 5 2 2 29 18
2008–09 26 13 0 0 6 3 32 16
2009–10 24 2 2 1 7 2 33 5
2010–11 6 2 0 0 3 2 9 4
2011–12 7 1 2 0 0 0 9 1
Jumlah 202 73 20 10 74 41 4 2 300 126
Jumlah keseluruhan 466 197 35 16 114 70 8 5 623 288

1Kejohanan Eropah termasuk Piala Pemenang UEFA, Liga Juara-Juara Eropah, Piala UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Intertoto UEFA
2Kejohanan lain termasuklah Supercoppa Italiana, Piala Antara Benua FIFA dan Piala Kelab Dunia FIFA
3Dua kemunculan dan satu gol ialah perlawanan play-off untuk kelayakan Piala UEFA

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Piacenza
Juventus[10]
Milan

Antarabangsa sunting

Itali bawah-21
Itali[11]

Individu sunting

Pingat sunting

 
Kelas ke-5 / Kesateria: Cavaliere Ordine al Merito della Repubblica Italiana: 2000
 
Collar of Merit Sports: Collare d'Oro al Merito Sportivo: (2006)
 
Kelas ke-4 / Pegawai: Ufficiale Ordine al Merito della Repubblica Italiana: 2006

Catatan sunting

  1. ^ name="FACTBOX"
  2. ^ name="Filippo Inzaghi, FourFourTwo (blog)"
  3. ^ name="Filippo Inzaghi - UEFA"
  4. ^ Webster, Rupert. "Pippo Milan's Man". Sky Sports.
  5. ^ name=Inzaghi2001
  6. ^ name="Filippo Inzaghi - UEFA"
  7. ^ name="Filippo Inzaghi - UEFA"
  8. ^ Mills, Adrian (6 November 2008). "Inzaghi pens Milan extension". The Independent. London. Dicapai pada 2 April 2010.[pautan mati kekal]
  9. ^ Waugh, Chris (14 September 2014). "Parma 4–5 AC Milan: Two wonder strikes, two red cards and a comical own goal as Filippo Inzaghi's side claim second win". Daily Mail. Dicapai pada 19 September 2014.
  10. ^ name="Gli eroi in bianconero: Filippo INZAGHI"
  11. ^ name="Italy - F. Inzaghi - Soccerway"
  12. ^ name="A.C. Milan Hall of Fame: Filippo Inzaghi"

Pautan luar sunting