Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.

Skema ringkas untuk flora sebuah pulau — kesemua spesies tumbuhannya ditandai dalam kotak-kotak.

Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.



Pengelasan flora sunting

Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas:

  • Flora asli: Flora asli sesuatu kawasan.
  • Flora pertanian dan kebun bunga: Tumbuhan yang ditumbuh dengan senjaga oleh manusia.
  • Flora rumpai: Secara tradisi, pengelasan ini digunakan untuk tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk mengawal dan memusnahkannya. Pada hari ini, gelaran ini jarang digunakan sebagai pengelasan untuk tumbuhan disebabkan kumpulan ini merangkumi tiga jenis tumbuhan yang berbeza: spesies rumpai, spesies invasif (tidak semestinya merupakan rumpai), dan spesies (baik asli mahupun yang diperkenalkan) yang tidak diingini dari segi pertanian. Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem.

Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora [1] [2] Diarkibkan 2007-07-15 di Wayback Machine. Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.

Karya flora sunting

Secara tradisi, flora merupakan buku-buku, tetapi sesetengahnya kini diterbitkan dalam format CD-ROM atau tapak web. Kawasan yang dilitupi oleh sesuatu flora boleh ditakrifkan mengikut geografi atau politik, dan seringnya memerlukan pengetahuan botani yang khusus untuk digunakan dengan berkesan.

Flora seringnya mengandungi petunjuk diagnosis, terutamanya petunjuk dikotomi. Ini memerlukan seseorang pengguna untuk memeriksa sesuatu tumbuhan berulang kali supaya dapat memutuskan mana satu antara dua pilihan yang diberikan dalam flora adalah lebih tepat untuk tumbuhan itu.

Flora klasik sunting

Eropah
India
Indonesia

Flora moden sunting

Amerika sunting

Caribbean
  • Britton, N. L., dan Percy Wilson. Scientific Survey of Porto Rico and the Virgin Islands (Kajian Saintifik untuk Porto Rico dan Kepulauan Virgin) — Jilid V, Bahagian 1: Botani Porto Rico dan Kepulauan Virgin: Pandanales hingga Thymeleales. New York: Akademi Sains New York, 1924.
Amerika Tengah & Selatan
Amerika Utara

Asia sunting

China dan Jepun
Asia Tenggara
Kawasan India dan Sri Lanka
  • Flora Bhutan
  • Flora of Nepalthe Presidency of Madras (Flora Jawatan Presiden Nepalthe untuk Madras) oleh J.S. Gamble (1915-36)
  • Tumbuhan-tumbuhan Bengal oleh D. Prain (1903)
  • Flora of the upper Gangetic plains (Flora dataran Ganges Atas) oleh J. F. Duthie (1903-29)
  • Botani Bihar dan Orissa oleh H.H. Haines (1921-25)
  • Flora India British (1872-1897) oleh Sir J.D. Hooker
Timur Tengah dan Asia barat
  • Flora Turki
  • Flora Iranica

Australasia sunting

  • Flora Australia
  • Siri Flora New Zealand:
    • Allan, H.H. 1961, cetakan semula 1982. Flora New Zealand. Jilid I: Tracheophyta Asli - Psilopsida, Lycopsida, Filicopsida, Gymnospermae, Dikotiledon. ISBN 0-477-01056-3.
    • Moore, L.B.; Edgar, E. 1970, cetakan semula 1976. Flora New Zealand. Jilid II: Tracheophyta Asli - Monokotiledo kecuali Graminae. ISBN 0-477-01889-0.
    • Healy, A.J.; E Edgar, E. 1980. Flora New Zealand. Jilid III. Adventive Cyperaceous, Petalous & Spathaceous Monocotyledons (Cyeraceous Adventif, Monokotiledon Berkelopak & Berspat). ISBN 0-477-01041-5.
    • Webb, C.J.; Sykes, W.R.;Garnock-Jones, P.J. 1988. Flora New Zealand. Jilid IV: Naturalised Pteridophytes, Gymnosperms, Dicotyledons (Pteridofita Ternaturalisasi, Gimnosperma, Dikotiledon) ISBN 0-477-02529-3.
    • Edgar, E.; Connor, H.E. 2000. Flora New Zealand. Jilid V: Rumput-rumput. ISBN 0-478-09331-4.
    • Jilid I-V: Edisi elektronik pertama, Penyelidikan Landcare, Jun 2004. Ditranskripsikan oleh A.D. Wilton dan I.M.L. Andres.
  • Galloway, D.J. 1985. Flora New Zealand: Liken. ISBN 0-477-01266-3.
  • Croasdale, H.; Flint, E.A. 1986. Flora New Zealand: Desmids. Jilid I. ISBN 0-477-02530-7.
  • Croasdale, H.; Flint, E.A. 1988. Flora New Zealand: Desmids. Jilid II. ISBN 0-477-01353-8.
  • Croasdale, H.; Flint, E.A.;Racine, M.M. 1994. Flora New Zealand: Desmids. Jilid III. ISBN 0-477-001642-1.
  • Sykes, W.R.; West, C.J.; Beever, J.E.; Fife, A.J. 2000. Flora Kepulauan Kermadec - Edisi Khas. ISBN 0-478-09339-X.

Kepulauan Pasifik sunting

  • Flora Vitiensis Nova, satu Flora Baru di Fiji
  • Manual of the Flowering Plants of Hawaii (Manual untuk Tumbuhan-tumbuhan Berbunga di Hawaii), Warren L. Wagner dan Derral R. Herbst (1991) + tambahan[3]
  • Flore de la Nouvelle-Calédonie
  • Flore de la Polynésie Française (J. Florence, jilid 1 & 2, 1997 & 2004)

Eropah sunting

British Isles

Afrika dan Madagascar sunting

  • Flore du Gabon
  • Flore du Cameroun
  • Flora Afrika Tropika
  • Flora Capensis
  • Flora Zambesiaca
  • Flora Afrika Selatan
  • Flore du Rwanda
  • Flore de Madagascar et des Comores

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting