Force de dissuasion

Force de frappe (Bahasa Perancis untuk: pasukan serangan), atau Force de dissuasion selepas tahun 1961,[1] adalah nama yang digunakan untuk senjata nuklear yang berpangkalan di darat, udara dan laut yang bertujuan bagi penghalangan, istilah Perancis untuk pencegahan. Angkatan Nuklear Perancis, sebahagian daripada Angkatan Tentera Perancis, adalah pasukan senjata nuklear ketiga terbesar di dunia, mengekori triad nuklear Persekutuan Rusia dan Amerika Syarikat.

Perancis telah menyahaktifkan semua peluru berpandu nuklear yang berpangkalan di darat. Pada 27 Januari 1996, Perancis menjalankan ujian nuklear terakhir (di Pasifik Selatan) sebelum menandatangani Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) pada September 1996. Pada Mac 2008, Presiden Nicolas Sarkozy mengesahkan laporan yang memberikan saiz sebenar simpanan senjata nuklear Perancis dan beliau mengumumkan Perancis akan mengurangkan simpanan senjata nuklear milik Tentera Udara Perancis sebanyak 30%, meninggalkan Force de Frappe dengan 290 kepala peledak.[2]

Selain program ketenteraan nuklearnya, Perancis mempunyai program nuklear masa aman yang besar dan merupakan antara salah sebuah generator kuasa nuklear terbesar di dunia.

Komponen sunting

Komponen pangkalan darat sunting

Perancis tidak lagi memiliki peluru berpandu nuklear berpangkalan di darat. Pangkalan IRBM di Plateau d'Albion (wilayah Vaucluse) telah dinyahaktifkan pada tahun 1999 dan peluru berpandunya disekerapkan. Semua unit-unit Tentera Darat Perancis dilengkapi dengan peluru berpandu jarak dekat seperti Pluton dan Hadès telah dibubarkan, peluru berpandunya disekerapkan dan bahan fissile nuklearnya di kitar semula.

Komponen pangkalan laut sunting

 
Redoutable, kapal selam peluru berpandu nuklear pertama Perancis.

Tentera Laut Perancis merangkumi cabang nuklear strategik, iaitu Force Océanique Stratégique, yang mengandungi sebanyak 5 buah Kapal selam peluru berpandu balistik yang berkuasa nuklear.

Komponen pangkalan udara sunting

 
Mirage 2000N

Armée de l'Air memiliki 75 buah ASMP peluru berpandu udara ke permukaan jarak sederhana dengan kepala peledak nuklear,[4] iaitu:

Lokasi-lokasi peluru berpandu nuklear adalah rahsia (walaupun banyak fasiliti simpanan sudahpun diketahui umum, jumlah kepala peledak didalamnya masih rahsia dan kerap berubah-ubah). Jarak pesawat serangan masa kini diperluaskan oleh KC-135 dan pada masa depan oleh armada pesawat penangki minyak Airbus A330 MRTT yang akan datang.

Pos Kawalan Jupiter sunting

Pos Kawalan Jupiter adalah satu struktur dalam bunker Élysée Palace. Ia dilengkapi dengan alat-alat komunikasi dan perlindungan bagi membolehkan Presiden Perancis dan para penasihatnya mengurus situasi krisis dan sentiasa berhubung dengan entiti kerajaan lain, pos kawalan tentera dan kerajaan asing. Bunker ini dibina untuk Presiden Albert Lebrun pada 1940 semasa Perang Olok-Olok, dan Presiden Valéry Giscard d'Estaing mendirikan pos kawalannya pada 1978.

Lihat juga sunting

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ Gunston, Bill. Bombers of the West. New York: Charles Scribner's and Sons; 1973. p104
  2. ^ "France to reduce nuclear arsenal, warns of Iran danger". 21 March 2008.
  3. ^ a b "Mer et Marine". Mer et Marine.
  4. ^ (Perancis) Centre de Documentation et de Recherche sur la Paix et les Conflits, Etat des forces nucléaires françaises au 15 août 2004

Bibliografi sunting

  • (Perancis) Jean-Hugues Oppel, Réveillez le président !, Éditions Payot et rivages, 2007 (ISBN 978-2-7436-1630-4). The book is a fiction about the nuclear weapons of France; the book also contains about ten chapters on true historical incidents involving nuclear weapons and strategy (during the second half of the twentieth century).