Forevermore (lagu Yuna)

|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. B0C4DE;" | Senarai runut Rouge

|- | colspan="3" |

"Forevermore"
Single oleh Yuna
daripada album Rouge
Dilancarkan pada5 April 2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:53
SyarikatVerve Forecast Records, UMG Recordings
PenulisYunalis Zarai, Alexandra Govere, Robin Hannibal
PenerbitRobin Hannibal
Kronologi single Yuna
""Pulang"
(2017)"
"Forevermore" ""Blank Marquee"
(2019)"
"Forevermore" di YouTube
"Does She"
(Trek 9)
"Forevermore"
(Trek 10)
"Tiada Akhir"
(Trek 11)

sunting · sunting di Wikidata

Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Forevermore" ialah lagu nyanyian Yuna yang dikeluarkan sebagai single pertama untuk album studio antarabangsa keempat beliau, Rouge. Ia berkisarkan mengenai pengalaman Yuna yang membesar di Malaysia,[1] lagu ini dicipta bersama oleh Yuna, Alexandra Govere dan Robin Hannibal dan dikeluarkan pada 5 April 2019 oleh Verve Music Group.[2]

Latar belakang dan keluaran sunting

Pada 5 April 2019, Yuna mengumumkan single terbarunya secara rasmi dalam satu siaran akhbar. Menurutnya, "Forevermore" berkisakan tentang kehidupannya yang membesar di Perlis, dan ingin menampilkan keadaan rumahnya dalam muzik video. "Saya mahu menonjolkan Perlis kerana di mana saya menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanak saya dan saya ingin menunjukkan betapa cantiknya dan masih ada, dan tidak disedari oleh pemodenan, yang saya suka".[2] Menurut Yuna dalam temuramah bersama Utusan Malaysia pada 13 Januari 2019, "Jujurnya, dalam hati ini cuma ada Malaysia sahaja. Ini kan ‘rumah’ saya, mana mungkin semudah itu akan melupakannya,".[3]

Komposisi dan lirik sunting

"Forevermore" diilhamkan oleh melodi syair, sebuah bentuk puisi Melayu klasik, dan bermula dengan kelembutan melodi yang disertai dengan alunan kompang Melayu tradisional.[2]

Muzik video sunting

Penerbitan sunting

Muzik video "Forevermore" diterbitkan oleh 33.3 Creative[4] dan difilemkan di 11 lokasi di Malaysia termasuk Kuala Lumpur dan Perlis.[5][6] Ia diarahkan oleh suami Yuna, Adam Sinclair, menurut Yuna: "Ini pengalaman yang sangat istimewa untuk saya kerana ia diarahkan oleh suami saya. Walaupun kami berdua dari Malaysia, kami datang dari pelbagai negara dan Perlis agak asing dengannya, jadi dia berjaya menawan keindahan dalam perkara paling mudah di sana."[2]

Yuna menyifatkan video muzik itu sebagai "gambaran fantasi kenangan zaman kanak-kanak saya", dan ia termasuk urutan yang difilemkan di Stadium Shah Alam, Batu Caves, kedai runcit, sekolah lama, dan juga generasi pertama Proton Saga.[7] Stesen minyak lama juga dijadikan lokasi penggambaran.[2][8] Muzik video "Forevermore" menjadi trending di carta 15 di YouTube dan mencatat hampir 1 juta lebih penonton sejak dikeluarkan.[9]

Yuna menulis di laman Instagram beliau bahawa muzik video "Forevermore" ditujukan kepada semua stesen mintak di bandar kecil di Malaysia utara.[10] Untuk menjayakan muzik video ini, Yuna menari buat kali pertama dan mengikuti kelas tarian hip hop yang pertama bersama dengan Karma yang dikenalinya di Los Angeles.[11][12]

Sinopsis sunting

Muzik video "Forevermore" dimulakan dengan adegan sebuah stesen minyak lama dengan sebuah kereta berhenti di situ dengan iringan daripada lenggok syair. Kemudian muncul pula Yuna yang duduk di luar kereta dan kredit awal lagu dengan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil menyusul.

Di adegan seterusnya, Yuna bersama empat penarinya melakukan tarian di hadapan Stadium Shah Alam, yang diikuti oleh adegan Songket merah, sawah padi, penunggang motosikal, Makcik pegang kipas sate, rumah kampung dan kedai runcit.

Sambutan sunting

Sejak pelancarannya, muzik video "Forevermore" telah mencatatkan sebanyak lebih 1.3 juta tontonan.[11] Malah, paparan kereta nasional Proton Saga, panorama bendang di Perlis dan wajah masyarakat berbilang kaum di Malaysia pantas menjadikan video muzik ini juga menjadi sohor kini di media sosial.[13]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[14]
  1. "Forevermore" – 3:53

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 5 April 2019 Muat turun digital[14]
Penstriman digital[15]
Verve Music Group

Tenaga kerja sunting

Lagu
  • Yunalis Zarai - vokal
  • Yunalis Zarai, Alexandra Govere, Robin Hannibal - penulis
Muzik video
  • Adam Sinclair - pengarah
  • Edwin Raj & Ian Kirk - penerbit
  • Samuel Lam - pengarah fotografi
  • Rabbani Sujak - pengarah seni
  • Karma Raines - koreografer
  • Kroll Azry - pembantu pengarah
  • Haida Yusof-Yeomans - penggaya

Carta sunting

Carta (2019) Kedudukan
carta
Carta RIM (Domestik)[16] 1

Rujukan sunting

  1. ^ Milica P. (7 April 2019). "Yuna Retreats To Her Malaysian Roots On "Forevermore"". Hotnewhiphop. Dicapai pada 15 April 2019.
  2. ^ a b c d e Michael Chiang (5 April 2019). "Yuna sings an ode to Malaysia in new single 'Forevermore'". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-08. Dicapai pada 15 April 2019.
  3. ^ Siti Athirah Dzulkifly (13 Januari 2019). "Ini kan rumah saya - Yuna". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  4. ^ Surej Singh (1 April 2019). "Yuna shows off the aesthetic diversity of Malaysia in music video for 'Forevermore' – watch". Bandwagon Asia. Dicapai pada 15 April 2019.
  5. ^ Torsten Ingvaldsen (1 April 2019). "Yuna's 'Forevermore' visual is an ode to Malaysian upbringing". Hype Beast. Dicapai pada 15 April 2019.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 April 2019). "Yuna pilih Perlis lokasi video muzik lagu baharu". Berita Harian. Dicapai pada 26 April 2019.
  7. ^ Fadzli Hanaffi (6 April 2019). "Netizens Are Shocked by the Beautiful Aesthetics of Perlis in Yuna's New Music Video". World of Buzz. Dicapai pada 21 Mei 2019.
  8. ^ Annie May (8 April 2019). "Yuna Makes Malaysian Kampung Look So Aesthetic In "Forevermore"". Hype. Dicapai pada 15 April 2019.
  9. ^ attiqah Mohd (12 April 2019). "Yuna Muncul Dengan Single Baru "Forevermore"". XTRA. Dicapai pada 15 April 2019.
  10. ^ Melanie Chalil (3 April 2019). "Route 66 or Malaysia? Singer Yuna makes Perlis petrol station look like it's from US". The Malay Mail. Dicapai pada 26 April 2019.
  11. ^ a b Feride Hikmet Atak (23 April 2019). "Yuna simpan rahsia menari hip hop". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mei 2019.
  12. ^ Ameera Rosli (5 April 2019). Checkout Our Kween, Yuna Zarai Dancing in a MV for the First Time JUICE Online. Dicapai pada 6 Julai 2019.
  13. ^ Farhana Ab Rahman (5 April 2019). "Proton Saga, tarian Yuna topik hangat netizen". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  14. ^ a b "Forevermore - Single". iTunes Malaysia (MY). 8 April 2019. Dicapai pada 15 April 2019.
  15. ^ "Forevermore - Single by Yuna". Spotify. 8 April 2019. Dicapai pada 15 April 2019.
  16. ^ RIM (11 April 2019). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-04-04. Dicapai pada 17 Mei 2019.