Format fail ialah suatu cara piawai mengekodkan maklumat untuk disimpan dalam suatu fail komputer. Cara ini memperincikan bagaimana bit digunakan untuk mengekod maklumat dalam suatu medium penyimpanan digital. Fomat-fomat ini boleh bersifat proprietari mahupun bebas dan ia boleh kekal tersimpan dan tidak diterbitkan ataupun terbuka.