Anjing berjanggut Czech

baka anjing dari Republik Czech
(Dilencongkan dari Fousek Czech)

Anjing berjanggut Czech, fousek Czech,[a] atau grifon penuding berbulu dawai Bohemia[b] ialah satu baka anjing pemburu serba guna Czech yang secara tradisional dan kini digunakan untuk memburu, menuding, dan mengutip.[1] Namanya dalam bahasa Czech terdiri daripada český yang memaksudkan Czech dan fousek yang diterbitkan daripada vousy (bulu muka; janggut; misai; dll.) atau vousky (misai [anjing]).[perlu rujukan] Baka ini sebahagian daripada keluarga anjing pemburu grifon dan mempunyai janggut dan kumis ("hiasan muka") yang umum pada baka anjing berbulu dawai. Terdapat perbezaan besar antara saiz anjing betina dengan saiz anjing jantan baka ini, dengan perbezaan berat yang mencapai 11 kilogram (24 lb).

Anjing berjanggut Czech
Nama lainFousek Czech
Grifon penuding berbulu dawai Bohemia
Negara asalRepublik Czech
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Anjing berjanggut Czech ialah anjing pemburu serba guna berbulu dawai yang jauh lebih baharu berhubung dengan banyak baka Eropah atau baka benua lain, dengan piawaian bertulis yang pertama kali diasaskan pada abad kesembilan belas dan pengiktirafan FCI pada tahun 1964. Baka ini hampir menjadi pupus pada tahun 1920-an dan diselamatkan oleh pembiak baka berdedikasi di Republik Czech melalui pembiakbakaan dengan baka pemburu serba guna lain, seperti anjing penuding berbulu pendek Jerman dan anjing penuding berbulu dawai Jerman. Ini menyebabkan masalah untuk penerimaan baka ini oleh FCI kerana Verband für das Deutsche Hundewesen (Kelab Kenel Jerman) menentangnya berdasarkan keadaan genetik yang hampir sama dengan anjing penuding berbulu kasar Jerman.[perlu rujukan] Secara berasingan, ini berlaku sekali lagi di Amerika Syarikat pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an dengan penyerapan anjing berjanggut Czech ke dalam grifon penuding berbulu dawai yang menyebabkan perpecahan sesama anggota dan pembentukan dua buah kelab baharu dan berasingan,[2] iaitu Cesky Fousek North America (dahulunya Bohemian Wirehaired Pointing Griffon Club of America) dan American Wirehaired Pointing Griffon Association.[3][4]

Anjing berjanggut Czech digunakan dalam penghasilan ternakan asasi bagi anjing penuding berbulu kasar Slovakia.[5][6]

Perihal sunting

 

Penampilan sunting

Sebagai baka bersaiz sederhana dengan lapis bulu kasar, anjing berjanggut Czech ialah anjing dengan binaan atletik dan tubuh mirip dawai dan berotot. Trait paling ketaranya ialah bulu mukanya yang menjadi pembeza. Kening, misai dan janggut lembut dan lebat menjadikannya begitu mudah dikecam. Telinga baldunya tergantung dengan longgar di sisi mukanya, manakala mata berbentuk badamnya yang menawan terletak dalam-dalam dan dapat berwarna ambar atau perang.

Saiz sunting

Anjing ini bersaiz sederhana. Ketinggian untuk lelaki ialah 60–66 sentimeter (24–26 in) dan untuk betina 58–62 sentimeter (23–24 in). Berat untuk jantan ialah 28–34 kilogram (62–75 lb) dan untuk betina 22–28 kilogram (49–62 lb).

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ برجڠݢوت چيک; فوسيک چيک; Czech: český fousek; Perancis: barbu tchèque
  2. ^ Jawi: ݢريفون ڤنوديڠ بربولو داواي بوهيميا; bahasa Inggeris: Bohemian wirehaired pointing griffon; Bohemian wire-haired pointing griffon

Rujukan sunting

  1. ^ "Breed Standards : Cesky Fousek". ukcdogs.com (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ "The Crisis in North America to Save the Wirehaired Pointing Griffon and the Cesky Fousek (June 2020)" (dalam bahasa Inggeris). 8 Jun 2020. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  3. ^ "Transition from Korthals Griffon to Bohemian Griffon". ceskyfousekna.org (dalam bahasa Inggeris). 13 Mei 2016. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  4. ^ "History". awpga.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  5. ^ "Slovensky hrubosrsty stavac - chovatelska stanica". danibull.sk (dalam bahasa Inggeris). Danibull Kennel. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  6. ^ "Slovakian Wirehaired Pointer Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.

Pautan luar sunting